-----Original Message----- From: Anizan Bte Puteh Sent: Wednesday, March 16, 2005 2:23 PM Subject: SOSEJ USUS BABI Jenama sosej yang dicampur dengan usus BABI 1.MULLER 2.AZMY 3.SAUDI Disahkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) No.Tel. : 019-3591000 Edisi Nasional: Sosej usus babi Oleh Jamilul Anbia Md Denin dan Muhd Izawan Baharin [EMAIL PROTECTED] SELAYANG: Pihak berkuasa membongkar kegiatan sebuah kilang memproses daging sosej yang dikesan menggunakan usus haiwan disyaki babi sebagai sarung sosej. Kilang berkenaan turut didapati menggunakan logo halal palsu pelbagai jabatan agama pada bungkusan produknya. Sosej yang dikeluarkan syarikat pengilang bukan Bumiputera itu diedar secara meluas ke beberapa pusat beli-belah terkemuka tanpa disedari pengguna Islam. Hasil siasatan mendapati pemilik kilang terbabit turut membekalkan hampir 4,000 sosej setiap hari kepada restoran di sebuah pasar raya terkenal di Damansara. Kegiatan itu didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas mendapati kilang yang membekalkan sarung sosej berkenaan syarikat sama yang turut memproses produk berasaskan daging babi. Penyelaras Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata Bahagian Siasatan PPIM yang melakukan risikan sebelum ini mendapati kilang terbabit mendapatkan bekalan sarung sosej diperbuat daripada usus haiwan daripada sebuah syarikat yang beroperasi di Subang Jaya. Menurutnya, pihaknya pernah menyamar sebagai wakil pengilang untuk membuat tempahan sarung sosej terbabit dan syarikat itu mengakui produk itu diperbuat daripada haiwan yang haram dimakan umat Islam. Perkara itu terbongkar selepas pemeriksaan lebih empat jam oleh 15 pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Jabatan Kesihatan negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan PPIM di kilang memproses daging sosej dan kilang membuat sarung sosej berkenaan, di sini, semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 10 pagi itu, pengilang sosej yang berusia lewat 50-an gagal menjawab soalan berhubung sarung sosej yang digunakan. Malah, puluhan bungkusan berisi kulit usus terbabit yang siap digaram tidak mempunyai label pengeluar pada tongnya, menyebabkan ia disyaki usus babi mentah yang sudah dibuang lemak. 典ambah mengejutkan apabila Jabatan Perkhidmatan Haiwan sebelum ini mengesahkan tiada syarikat luar negara yang diiktiraf dan disahkan halal oleh pihak berkuasa negara ini bagi membekalkan sarung sosej berasaskan organ haiwan. 徹leh itu kita mengesyaki ada sesuatu tidak kena di kilang sosej terbabit. Malah, kebanyakan pengguna terpedaya apabila pengeluar sewenang-wenangnya melekatkan label halal Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada bungkusan produk,?katanya. Menurutnya, sarung sosej yang dihasilkan daripada bahan protein haiwan pada amnya sukar ditentukan halal haramnya kerana selepas haiwan disembelih, kulit usus atau bahan mentah yang diproses menjadi sarung sosej akan melalui satu proses lain yang memerlukan teknik tertentu di kilang berlainan dari rumah penyembelihan. 鉄etiap sarung sosej yang dihasilkan memerlukan bahan mentah yang banyak. Kemungkinan bahan mentah daripada haiwan yang disembelih akan bercampur dengan bahan mentah haiwan tidak disembelih adalah tinggi. 撤erkara ini menimbulkan tanda tanya berikutan tiada kilang mengeluarkan usus halal di negara ini. Pengguna Islam perlu dijelaskan berhubung keraguan ini, katanya. Sementara itu, Ketua Unit Siasatan dan Pendakwaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Mohamad Sopa Sarjan, berkata pihaknya mengambil tindakan tegas terhadap pengilang terbabit atas kesalahan menggunakan logo halal Jais yang sudah tamat tempoh pada 28 Januari 2004. Menurutnya, pengilang terbabit turut menggunakan logo halal palsu Jakim serta satu logo halal lain yang salah ejaan dalam tulisan jawi pada kotak, label pelekat dan bungkusan plastik. 撤engilang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Perihal Dagangan 1972 kerana kesalahan menggunakan nama agensi kerajaan tanpa kebenaran yang boleh didenda RM250,000. 滴asil serbuan itu KPDNHEP merampas kotak, pelekat selain 115 kotak sosej yang sudah siap dibungkus, katanya. Susulan serbuan pertama itu, pihak berkuasa turut membuat rampasan produk berkenaan di sebuah lagi kilang pengeluar barangan makanan yang menggunakan sijil halal tamat tempoh di Selayang. Hasil siasatan mendapati kilang itu masih menggunakan logo halal walaupun tempohnya sudah tamat pada 28 Januari tahun lalu. Berikutan itu, pihak berkuasa merampas 95 kotak sosej yang dianggar bernilai RM23,750 serta menyita kilang terbabit selama dua minggu. Siasatan juga mendapati, kilang itu mengedarkan produk keluaran mereka di beberapa pasar raya dan hotel terkemuka di Lembah Klang. 鉄atu serbuan turut dilakukan di restoran di sebuah pasar raya dipercayai mendapat bekalan daripada kilang terbabit dan kami merampas 60 kotak berisi sosej bernilai RM14,425,?katanya. Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil, yang turut serta dalam operasi itu berkata, pemeriksaan mendapati kedua-dua kilang terbabit menggunakan logo halal tamat tempoh dan sudah ditarik balik kebenarannya oleh majlis agama. 撤enutupan selama dua minggu itu akan membolehkan pemantauan lanjut dibuat,?katanya kepada pemberita selepas serbuan ketiga diadakan di sebuah pasar raya di Damansara. Sharnabila(E1-077390)EEM Sdn Bhd019 3962053 @ 03 8076 3545http://www.eraedar.com.my Subject: Sausage (hotdog) dari usus khinzir - Bulletin Utama TV3 - 14/3/2005 Malam semalam, kalau ada sesiapa yang tengok Buletin Utama TV3 pasti tau TV3, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) & Kementerian apa lagi satu saya tak ingat telah membuat serbuan ke satu kilang membuat 'sausage' di kawasan Selangor. 'Sausage' tersebut menggunakan usus khinzir dan TV3 turut hadir. Malangnya jenama sausage tersebut tidak dibagitahu. Hari ni, sebab perasaan membuak2 nak tau, I personally called-up TV3's news room and was told that the brand is manufactured by Muller's Sausage Haus Sdn. Bhd and they are also the supplier for Ikea !! (Kalau pernah pergi Ikea you all mesti tau about cafe makanan kat Ikea tu). Yang untuk Ikea tu namanya 'Varmkorv'. katanya Buletin Utama akan buat more coverage tonite. Jadi, kawan2, sebar2kan lah...... ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Has someone you know been affected by illness or disease? Network for Good is THE place to support health awareness efforts! http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
