Wednesday, March 16 @ 18:13:03 MYT
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan pertemuan dengan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sarifuddin Ibni AlMarhum Sultan Salahuddin Abdul Azizi Shah dalam masa terdekat untuk membincangkan isu penerokaan tanah di Taman Pertanian, Bukit Cerakah.
Ketua Penerangan Pemuda PAS, Mazlan Aliman berkata, pihaknya telahpun menghantar surat permohonan mengadap DYMM Sultan beberapa hari lalu.
Bagaimanapun kata Mazlan, sehingga kini Pemuda PAS belum menerima jawapan dari pihak Istana Selangor.
Menurut Mazlan, isu tersebut kini mendapat perhatian DYMM Sultan dan Sultan berkeras mahu tanah Taman Botani itu kekal milik kerajaan negeri.
Katanya, kenyataan ini berbeza dengan pendirian kerajaan yang mana Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambilalih pengurusan taman tersebut.
Justeru kata Mazlan, tujuan Pemuda PAS mengadap Sultan antara lain akan menyatakan pendirian rakyat dan PAS berhubung kes penggondolan tanah Bukit Cerakah yang dikatakan melibatkan Menteri Besar, Dato' Seri Mohd Khir Toyo.
"Kita mahu DYMM Sultan berbuat sesuatu terhadap kerajaan negeri setelah kerajaan pimpinan Mohd Khir gagal mentadbir negeri dengan baik,"tegasnya.
Sebelum ini kata Mazlan, pihaknya bersama Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Mohd Hasan Ali telah bertemu dengan wakil Menteri Besar, iaitu Dato' Karim Mansor bagi menyerahkan memorandum mendesak Khir supaya meletak jawatan.
Isu Bukit cerakah timbul apabila dua minggu lalu, media utama negara ini mendedahkan isu penggondolan Taman Pertanian Bukit Cerakah di Shah Alam.
Penggondolan bukit itu telah menjejaskan empangan seperti Empangan Sungai Baru dan Danau Perikanan, Perkampungan Budaya, Taman Orkid, Taman Buah-buahan Tropika, Taman Sayur dan beberapa taman lagi.
Tinjauan mendapati, pemandangan yang sebelum ini cukup indah untuk dinikmati kini dicacatkan oleh pokok-pokok mati.
Kebanyakan pokok yang terdapat di kawasan-kawasan itu mati atas alasan yang mudah - mengalami gangguan ekosistem.
Biarpun isu penerokaan kawasan persekitarannya menjadi heboh seminggu dua ini, namun kesan kemusnahan tersebut sebenarnya telah dirasai beberapa tahun lalu.
Buktinya, Perkampungan Budaya pada 2003 telah dikejutkan dengan banjir besar.
Banjir seumpama itu dikatakan tidak pernah berlaku sebelum ini sehinggalah ada pihak yang melakukan penerokaan di kawasan berhampiran untuk projek penempatan.
Dengan kedudukan yang semakin terancam oleh arus pembangunan di sekeliling, keadaannya kini umpama sebuah pulau.
Rata-rata pelbagai pihak dan rakyat Selangor yang ditemui merasakan jika tiada tindakan segera diambil, kemungkinan Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam akan ditenggelami air suatu hari nanti bukanlah sesuatu yang mustahil. - mks.
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
|
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
