Kuasa sentuhan urutan
Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
SENTUHAN. Disentuh dan menyentuh - mengikut pengarang buku The Power of Touch, Dr. Phyllis K Davis, merupakan keperluan asas manusia.
Pendek kata, dari dalam rahim ibu hinggalah diteran keluar, diangkat kepala ke bawah, ditepuk-tepuk punggungnya, diletakkan di dalam pelukan ibu, sehinggalah saat maut menjemputnya.
Seperti halnya keperluan terhadap makan dan minum, sentuhan bukan setakat memenuhi keinginan biologi insan tetapi menjadi bahasa emosi lebih baik daripada kata-kata.
``Tanpa sentuhan, bayi sekali pun akan mati, jantung dan hati manusia menjadi sakit manakala jiwa kering kontang, layu dan merana,'' kata Dr. Davis.
Kajian membuktikan, bayi baru lahir amat memerlukan sentuhan dan belaian manja ibu bapa bagi membantu tumbesaran mereka.
Sebaliknya, bayi yang tidak mendapat usapan secukupnya dikatakan cenderung mengalami masalah semasa meningkat dewasa, akibat kekurangan harga diri.
Bagi mana-mana bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan pula, hasil penyelidikan mendapati, sentuhan (urutan) berupaya menambah berat badan mereka.
Kajian klinikal yang baru diterbitkan oleh Persatuan Terapi Urutan Amerika pada Khamis lalu berkata, terapi urutan lebih berkesan untuk sakit belakang kronik berbanding lain-lain terapi.
Ia juga boleh mengurangkan sakit kepala selepas traumatik, merangsang pengeluaran hormon endorfin iaitu sejenis bahan kimia gembira serta, meningkatkan keyakinan dengan cara menggalakkan pesakit mengendalikan kesakitan mereka secara berkesan.
Urutan terapi melibatkan manupilasi struktur tisu-tisu lembut badan secara manual bagi meringankan kesakitan, ketidakselesaan, pengecutan otot-otot dan stres. Kesan mekanikal langsung urutan ialah meningkatkan kadar aliran darah manakala rangsangan penerima saraf menyebabkan pembuluh darah mengembang, yang turut membantu peredaran darah.
Urutan yang menjadi bentuk penjagaan perubatan tertua dan paling ringkas itu mempunyai faedah-faedah kesihatan dan emosional seperti:
* Menyingkirkan lebihan toksik badan
* Mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah
* Melicinkan kompleksi kulit, `organ' tubuh manusia yang paling besar
* Merehatkan otot-otot yang selama ini mungkin mengalami ketegangan
* Melancarkan sistem pencernaan
* Membentuk badan
* Menyeimbangkan minda, rohani dan jasmani
* Mengurangkan kebimbangan dan tekanan mental.
Sumber: Utusan Malaysia (6 Mac 2005)
Untuk melancar dan memudahkan lg teknik urutan, anda boleh menggunakan Minyak Urut Aromaterapi/Aromatic Massage Oil. RM17.00 sahaja. Ianya tidak panas spt minyak urut lain. Berbau wangi krn mengandungi ekstrak serai wangi. Ia juga berkesan utk membuang selulit dan lemak. Mudah disapu krn hujung botolnya berbentuk roll-on. utk mendptkan produk ini, sila hubungi 012-6028905 (Salina)...
Get your ringtones, operator logos and picture messages from MSN Mobile.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
|
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
