From: "Muhammad Rosham" Sedikit pandangan berkenaan masalah sosial remaja > > > Assalamualaikum, > > Bertemu di ruangan email ini, saya sekadar > ingin membicarakan berkenaan isu kebebasan sosial > remaja kini yang semakin meruncing. Saya ingin > merujuk kepada kenyataan akhbar Berita Harian seperti > yang dilaporkan dibawah, ditambah pula dengan > penganjuran konsert amal (Force of Nature) kononya > untuk membantu mangsa tsunami. Saya merasa hairan > dan keliru apakah aktiviti yang seumpama ini dapat > membantu mengurangkan gejala sosial dikalangan > muda mudi seterusnya membantu mangsa tsunami. > > Konsert Force of Nature, alangkah terkilannya > mangsa Tsunami bilamana kita boleh bergembira dan > berhibur dalam usaha membantu mereka. Sesuaikah bala > bencana yang menimpa itu disambut dengan hiburan > yang mega termasuk membawa ramai artis dari barat > yang dirasakan paling besar pernah dianjurkan. > Dimaklumkan bahawa penganjur (MAS) terpaksa > membelanjakan berjuta-juta ringgit membawa masuk > artis dari luar untuk konsert tersebut. Alangkah > baiknya kalau wang tersebut terus disalurkan kepada > mangsa yang amat memerlukannya. Sepertimana tabung > Jantung Hatiku dahulu, belum tentu hasil jualan tiket > konsert nanti semuanya sampai terus kepada mangsa > tsunami dan jumlahnya mungkin kurang daripada > perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan oleh penganjur. > Kenapakah konsert mega seumpama ini dengan mudah > mendapat kebenaran dan kelulusan untuk dianjurkan > dalam suasana kesedihan tsunami dan Islam Hadhari > yang dicanangkan. Sedangkan yang akan hadir ke konsert > itu sebahagian besarnya adalah muda-mudi melayu yang > beragama Islam yang tentunya akan meninggalkan solat > asar, maghrib, isyak dan mungkin subuh pada hari > tersebut. Apakah ini merupakan penyelesaian kepada > masalah sosial dengan menganjurkannya pada tempat2 > yang tertentu atau dikhususkan sahaja. Tahukah kita > berapa banyak kondom dan botol arak yang ditemui oleh > pekerja pencuci selepas selesai konsert yang seumpama > itu berlangsung. Dan adakah matlamat kita untuk > membantu mangsa tsunami menghalalkan kita bersama > di dalam konsert yang sedemikian rupa. > > Di dalam suasana ekonomi negara yang semakin gawat > ini (sengaja disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu), > tidak sepatutnya kita bergembira atau berhibur dengan > cara yang tidak sepatutnya dengan menghadiri konsert > tersebut. Kenapa tidak kalau wang tersebut disalurkan > terus kepada banyak badan yang berkenaan yang telah > terbukti memberikan bantuan kepada mangsa tsunami. > Janganlah kita menjadi sebahagian daripada individu > yang mungkin boleh meningkatkan lagi masalah sosial > dengan cara hadir pada konsert tersebut. Kerana jumlah > kehadiran menunjukkan sambutan masyarakat dan ianya > akan lebih kerap diadakan pada masa akan datang kalau > mendapat sambutan yang baik. semoga mendapat > pengajaran kepada kita semua daripada tragedi Tsunami > yang menimpa sebagai pengajaran dan peringatan supaya > kita kembali kepada Allah dan ajaran Islam yang > sebenarnya. Wallahu'alam, Wassalam. > > Rosham Muhammad > > > > > > ------------------------------------------------- > > > Oleh Anual Bakhri Haron > ISLAM Hadhari sekali lagi dipersoalkan oleh rakyat > berikutan dari berita benar yang termuat di dalam > akhbar, merakamkan perihal bimbangnya Jabatan Agama > Islam Pahang (Jaip) tentang keselamatan semasa > bercadang mengambil tindakan terhadap ribuan remaja di > pesta muzik dan minum arak terbuka di Genting > Highlands. > > Ketua Pandakwa Syarie Pahang ?terkejut apabila melihat > kehadiran kira-kira 10,000 remaja dari seluruh negara > terutama Kuala Lumpur dan Selangor.? (Berita Harian 9 > Mac 2005). > Menurut berita itu lagi ?walaupun remaja Islam khasnya > perempuan menghadiri majlis itu berpakaian menjolok > mata, minum arak, berpeluk dan berciuman dengan > pasangan secara terbuka, pihaknya dinasihatkan polis > tidak mengambil tindakan kerana dikhuatiri boleh > mendatangkan risiko.? > > Semua orang boleh naik hairan dengan berita ini. > Pertama, hairankan bidang kuasa Mahkamah Syarie? > Kedua, hairankan pencegah maksiat yang takutkan > pengamal maksiat? > > Ketiga, hairankan negara ini yang pernah diisytiharkan > Negara Islam? Keempat, hairankan rupa bentuk > undang-undang yang ada di Malaysia? Kelima, hairankan > sikap Kerajaan Islam Hadhari mengenai maksiat? > > Walapun berita ?pesta gila? yang tamat hingga jam 4 > pagi itu cuba menyalahkan penganjur tetapi soalnya > siapa pula pihak yang meluluskan penganjurannya. > > Atau, sememangnya ia tidak memerlukan penganjur, tidak > memerlukan permit dan tidak perlu memenuhi syarat > apa-apa? > > ........ sambungan seterusnya, sila rujuk laman web > http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=12085 > > > ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> In low income neighborhoods, 84% do not own computers. At Network for Good, help bridge the Digital Divide! http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
