Ya! Pastikan orang mendekati Islam. Tugas kita Muslimin Malaysia ni banyak. Terpaksa bahagi-bahagikan. Nak Islamkan kerajaan yang dok ada, nak Islamkan orang bukan Islam dan yang paling berat ialah nak Islamkan orang Islam. Nak Islamkan orang bukan Islam tak berat tugasnya. Kalau hatinya dah dapat hidayah terus saja dia peluk Islam. Lagi pun dari masa ke semasa tak ramai, jadi tugasnya tak berat. Tapi nak Islamkan yang dah Islam ni sangat berat. Bayangkan entah-entah artis tu tengah mentertawakan kita bersama kawan-kawannya. Maklumlah kita tahan dia ada orang lain tolong lepaskan. Berita hari ini pula (19/03/05) seorang pegawai polis berpangkat DSP kena cekup khalwat. Dia pukul petugas sampai separuh pengsan dan polis pengiringnya kena tampar. DSP itu lari begitu sahaja. Entah-entah DSP itu sekarang tengah mentertawakan kita semua yang nak menegakkan Islam yang sebenar. Inilah bukti susahnya susahnya nak Islamkan orang Islam Setuju tak saudara-saudaraku
sekalian?
[EMAIL PROTECTED] wrote:
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum...
Kuasa sebenarnya pada rakyat terbanyak. Kuasa datang pada kita setiap 4
atau 5 tahun sekali.
Masa tu kita dipinjamkan sekeping kertas & sebatang pensil.
Pastikan anda meletak 2 garis tersebut di tempat yang betul. Jangan ulangi
kesilapan yang lepas.
Yang belum daftar, daftarlah sekarang.
Saya juga membenci demokrasi & hanya percaya pada sistem khulafa.
Tapi, buat masa ini kita perlu gunakan demokrasi untuk hapuskan demokrasi.
Kalau kerajaan baru pun macam kerajaan sekarang, mungkin kita boleh buat
revolusi (macam revolusi Islam).
Tapi buat masa ini, kita gunakan dulu jalan damai.
Dan... Pastikan orang terdekat kita mendekati Islam...
Wallahu'alam...
"Siti Rafidah Mahmud"
<[EMAIL PROTECTED]> To: <[email protected]>
cc:
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] ICM-Malaysia lebih memerlukabn pendekatan
03/17/2005 03:45 AM beradab
Please respond to
hidayahnet
kes kecil Jeslina pun terbatal camna kita nak hadapai benda besar camni
kalau puak-puak yang KAT ATAS tu dah sekongkol
itu yang teman sedihni......
adeke pihak-pihak yang lebih KUASA untuk membatalkan kes ini
----- Original Message -----
From: IslahGateway
To: hidayahnet
Sent: Tuesday, March 15, 2005 3:09 PM
Subject: Bismillah [hidayahnet] ICM-Malaysia lebih memerlukabn pendekatan
beradab
From: [EMAIL PROTECTED]
ICM-Malaysia lebih memerlukabn pendekatan beradab
Assalamualaikum,
Harap semua cerdik pandai Islam lebih sensitif dengan apa yang berlaku di
Malaysia. Tindakan yang proaktif dari kita semua diperlukan dalam memantau
gerakan-gerakan pihak liberal dari terus berleluasa. Tindakan ini perlu
demi menjamin generasi yang baru berada dalam persekitaran yang harmoni
berasaskan konsep tauhid. Sekiranya dibiarkan berleluasa gerakan-gerakan
ini akan menjalar seperti 'api dalam sekam' seterusnya ditakuti pandangan
mereka akan menjadi dokongan generasi muda.
Mungkin tlh ramai yg maklum tentang pri pentingnya isu ini... walau apapun
disertakan pandangan ABIM berkenaan isu ICM:-
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) mengalu-alukan ketegasan pemerintah
untuk menangguhkan penubuhan Inter-Faith Commission of Malaysia (ICM).
Dengan ini juga, ABIM mendesak agar pemerintah tidak cuma menangguhkan
penubuhan ICM, bahkan menolak terus cadangan tersebut dari dipertimbangkan
di mana-mana peringkat sama ada di peringkat Parlimen mahupun di peringkat
Kerajaan.
Sehubungan ini, ABIM juga mengharapkan agar pemerintah tidak tunduk dengan
desakan, cadangan dan anjuran beberapa pihak yang tidakpun mewakili
sebahagian besar masyarakat Malaysia yang berjumlah 25 juta orang, untuk
meneruskan penubuhan ICM. Tuntutan penolakan kepada ICM yang terdiri dari
berbagai NGO dan masyarakat Islam tempoh hari menunjukkan keprihatinan
mereka tentang usaha-usaha yang hendak dilakukan oleh segelintir kelompok
ke arah konflik yang berpanjangan.
ABIM juga menyeru masyarakat beragama di Malaysia agar menyuarakan
bantahan secara lebih lantang kerana apa yang dicadangkan oleh segelintir
pendokong ICM itu menyentuh isu asas mengenai kewujudan negara ini. Mereka
ini perlu diperingatkan dengan sejumlah butiran terperinci mengenai
Kontrak Sosial yang telah disepakati oleh kesemua masyarakat utama di
negara ini sebagai asas mencapai kemerdekaan pada 1957. Kontrak sosial ini
ternyata memberi formula yang baik bagi menjamin keharmonian sesebuah
negara. Kalaupun ada kekurangannya bukanlah dengan cara merungkai seluruh
ikatan perpaduan yang telah dikecapi.
Yang amat menyedihkan, ABIM difahamkan bahawa persidangan untuk menubuhkan
ICM tersebut turut menjadi medan mengkritik dan meremehkan agama dan
masyarakat Islam di Malaysia. Sikap yang diambil oleh persidangan ini
amatlah tidak wajar. Pada masa yang sama, masyarakat Malaysia harus
diperingatkan bahawa kebebasan tanpa batas, termasuk untuk menghina dan
menghasut sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi yang menyentuh hak-hak yang
sedia ada, akan hanya mengundang tindakbalas yang tidak kurang bezanya. Di
dalam persidangan tersebut juga, difahamkan bahawa beberapa peruntukan
yang jelas dan khusus di dalam Perlembagaan telah dinafikan secara
terang-terang. Ini sekaligus memperlihatkan sikap ketidaktelusan (not
transparent) dan ketidakjujuran (dishonesty) para pendokong ICM ini.
Mengapakah Islam dijadikan fokus dalam tuntutan penubuhan ini ?
Dengan ini ABIM mengajak semua pihak agar tidak mengambil kesempatan
kepada kelunakan sikap pemerintah untuk menjuarai kehidupan a la Barat
yang sarat dengan ethos, sistem nilai, pandangan hidup (worldview) yang
tidak langsung mengakar kepada budaya teras masyarakat Malaysia. Sistem
nilai a la Barat yang begitu fanatik dengan kebebasan mutlak tanpa batas
moral ini, telah terbukti meruntuhkan sistem nilai, kehidupan berkeluarga
dan bermasyarakat di negara-negara mereka masing-masing.
Tidak perlulah segelintir masyarakat kita merasa terlalu hina dan rendah
diri, sekiranya masyarakat Malaysia memilih untuk tidak mengikuti
pengalaman kebebasan a la Barat ini. Tidak perlulah kita mengikuti
denai-denai yang telah dirintis Barat hanya sekadar untuk menonjolkan
bahawa kita sedang mengikuti kemajuan dan peredaran zaman, sedangkan kita
mempunyai cara-kaedah kita sendiri untuk membina masyarakat Malaysia yang
beradab. Malah mereka juga telah membuktikan tindakan-tindakan seperti
diskriminasi kepada minoriti umat Islam di negara mereka. Sepatutnya di
negara merekalah wajar dicadangkan penubuhan Interfaith Commission ini.
ABIM juga merasakan bahawa cadangan penubuhan ICM ini akan menyebabkan
jurang hubungan antara pelbagai kaum, bangsa dan agama akan bertambah
melebar dan keharmonian negara akan terjejas. Sedangkan negara mempunyai
banyak isu-isu lain untuk ditangani bagi mengukuhkan asas moral masyarakat
beragama. Apa yang diperlukan ialah meningkatkan jalinan hubungan di
antara penganut pelbagai agama untuk menghayati, memahami dan menghormati
perbezaan masing-masing. Oleh itu, dialog diantara pemimpin agama wajar di
Jadikan agenda bagi membolehkan persefahaman dan perpaduan dapat
dijalinkan seutuhnya.
Kenyataan beberapa pihak bahawa kesemua agama juga perlu disamaratakan
hanya kerana ingin menonjolkan keterbukaan sikap masyarakat Malaysia
adalah sikap yang tidak bertanggungjawab kerana umumnya, kita telah sedia
maklum bahawa setiap penganut agama telah memilih sesuatu agama di atas
kepercayaan, kerelaan, kehendak dan ilmu masing-masing. Tidak timbul
keperluan untuk menyamaratakan mana-mana agama. Dan menghormati dan
toleransi diantara agama-agama ini adalah suatu budaya yang jelas dalam
kehidupan bermasyarakat dalam negara ini.
Untuk isu-isu tertentu khususnya isu yang bersangkutan dengan sentimen dan
rasional keagamaan seperti isu murtad, ABIM merasakan bahawa penganut
Islam, sama ada di peringkat rakyat jelata, pemimpin atau menteri, harus
membuat keputusan untuk berbeza pendirian (draw the line). Bersikap
terbuka tidak membawa makna bahawa mana-mana manusia yang tidak
berkepentingan dibolehkan dan dihalalkan mencerobohi dan merubah
ajaran-ajaran asasi mana-mana agama! Tindakan campur tangan sebegini wajib
ditolak, bukan sahaja oleh pemerintah, malah oleh sekalian rakyat jelata,
khususnya masyarakat beragama di Malaysia.
Yang menjadi isu di sini ialah masyarakat Malaysia yang telah lama
menerima persepakatan untuk menjadi warganegara Malaysia, juga telah
menerima hakikat bahawa agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan
Malaysia manakala agama-agama lain bebas dipraktikkan di dalam batas
sempadan negara ini. Mana-mana usaha untuk meremeh dan menafikan fakta dan
hakikat sejarah ini pastinya mengundang kontroversi dan bantahan. ABIM
merasakan adalah tidak bijak untuk kita merungkaikan kesemua atau
sebahagian dari mana-mana butiran Kontrak Sosial yang telah disepakati ini
yang telah hampir 50 tahun membina masyarakat Malaysia.
Azizuddin Ahmad
Setiausaha Agung
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Kuala Lumpur, MALAYSIA
3 Mac 2005
Wassalam,
Haslinda-Notts
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
Children International
Would you give Hope to a Child in need?
�
Click Here to meet a Girl
And Give Her Hope
�
Click Here to meet a Boy
And Change His Life
Learn More
Yahoo! Groups Links
To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
|
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
