Assalamualaikum,
Saya bernama Abu Seman b. Awang Besar minta tolong saudara-saudari 
dua perkara:
(1) Saya ialah generasi ke-8 berketurunan Tok Ayah Syed Abdul Qadir 
yang tinggal dalam kalangan kerabat Diraja Pattani. Makamnya 
dikenali dengan Kubor Tok Ayah yang terletak dalam Makam Besar 
Kerabat Diraja Pattani di Pattani. Tok Ayah dikatakan mempunyai lima 
anak. Seorang bernama Syed Husin yang berhijrah ke Kelantan (jalur 
keturunan saya), seorang bernama Syed Muhammad berhijrah ke 
Terengganu dan tiga beradik lagi tidak dapat dipastikan namanya 
berhijrah ke Kedah/Perlis. Kami dari jalur keturunan Syed Husin di 
Kelantan putus hubungan dengan jalur keturunan di Terengganu dan 
Kedah/Perlis. Oleh itu sesiapa di Terengganu dan Kedah/Perlis 
diharap menghubungi saya. 
Saya sedang menyiapkan lama web keturunan Tok Ayah Syed Abdul Qadir 
bagi jalur keturunan Kelantan. Sesiapa dari jalur keturunan 
Terengganu dan Kedah/Perlis atau juga jalur keturunan Kelantan 
bolehlah melayari laman web: 
http://syaqadir-pattani.cjb.net
Sesiapa dari jalur keturunan Terengganu, Kedah dan Perlis sila 
segera menghubungi saya kerana saya ingin berkenalan bagi menyambung 
semula hubungan keluarga kita dan maklumat ini akan dimasukkan ke 
laman web ini.

(2) Saya juga seorang artis amatur. Saya sekarang dalam proses 
mengumpul foto potret para ulama silam Malaysia/Pattani/Nusantara 
bagi tujuan dilukis semula. Sesiapa yang menyimpan foto-foto mereka 
diharap dapat emailkan imej foto-foto tersebut secara percuma kepada 
saya melalui:
[EMAIL PROTECTED]
Setahu saya ada seorang penulis menyimpan hampir semua foto potret 
para ulama di Nusantara tetapi kemungkinan saya akan dikenakan 
bayaran untuk mendapatkannya. Saya tidak mampu. Oleh itu saya merayu 
kepada yang sudi memberi salinan percuma sahaja.

Sekian. Terima kasih

Pak Abu,
Sg. Petani, Kedah.
Artmyas Studio & Gallery
http://www.asabart.com
[EMAIL PROTECTED]









------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke