Assalamualaikum warahmatullah...
Terima kasih Brother Roslan atas berita ini.
Hm... Nampaknya Sami Budha Thailang lebih 'mengamalkan' Islam dari Islam
Hadhari. Kesian... Lantak! Teguran dah puas dibuat. Barangsiapa yang masih
setia kepada Islam Hadhari, di Hari Kebangkitan nanti jangan pula kata kami
semua tidak mengingatkan...
Kes Ikea, saya harap kawan2 semua dapat boikot company ni sampai melingkup
terus. Ini bukan perkara main2. Biarlah lepas ni dah mohon sijil halal
balik dan lulus pun. Kita pulun sampai dia bungkuih. Biaq tutup kedai.
Kuang ajaq! Kalau nak harap kerajaan tutp kedai depa ni... Jangan harap la.
Hang bayaq cukai, hang bulih buat hang punya suka. Janji masyuuukkk...
Wassalam...
syed dahij
<[EMAIL PROTECTED]> To: [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[email protected], [email protected],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
03/19/2005 04:38 PM [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
Please respond to [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
hidayahnet [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED]
cc:
Subject: Bismillah
[hidayahnet] Sami Buddha protes + berita IKEA
Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
SAMI BUDDHA BANTAH SYARIKAT ARAK
- ULAMAK MALAYSIA?
ROSLAN SMS
Satu berita menarik dalam akhbar THE STAR hari ini. Beribu-ribu sami
Buddha berdemonstrasi di hadapan ibupejabat bursa saham Thailand kerana
membantah penyenaraian awam salah sebuah syarikat arak yang paling maju di
negara tersebut.
Syarikat Thai Beverages Limited yang mengeluarkan produk Chang Beer dan
Mekhong Whisky itu dilaporkan akan menjadi syarikat penegluar arak yang
pertama yang bakal disenaraikan di Bursa Saham Thailand ataupun SET.
Para sami yang dianggarkan berjumlah hampir 2,000 orang (menurut Bangkok
Post 5,000 orang) telah melalui wakil mereka menyerahkan surat bantahan
kepada SET. Antara lain surat tersebut memaparkan kesan buruk arak
terhadap masyarakat disamping menyuarakan kebimbangan tentang mendadaknya
naik kemalangan jalanraya yang berpunca dari pemandu yang mabuk khususnya
dikalangan remaja.
Menuru! tPhra Suriya Panya-vachiro, Setiausaha Agung Pusat Koordinasi
Sami-sami Buddha Thailand (laporan akhbar THE NATION Thailand) 99.9
peratus dari masalah sosial di Thailand dikesan dari penggunaan arak!
Thailand adalah sebuah negara Buddha. Syarikat araknya baru mahu mohon
untuk disenaraikan. Malaysia sebuah negara yang didakwa Islam yang jelas
mengharamkan arak namun di Bursa Malaysia di bawah kaunter produk pengguna
terdapat dua syarikat pengeluar arak iaitu Carlsberg dan Guiness.
Kedua-dua syarikat ini telah pun disenarai dan diurusniagakan di Malaysia
sejak berpuluh-puluh tahun dan masing-masing mengaut keuntungan yang
lumayan dari tahun ke tahun.
Tak tahulah apa usaha ulamak Malaysia dalam hal ini, khususnya yang duduk
selesa di bilik-bilik berhawa dingin di JAKIM dan Jabatan-jabatan Agama
negeri-negeri. Arak di Malaysia tidak seburuk kesannya sebagaimana arak di
Thailand agaknya? [EMAIL PROTECTED]
posted by Roslan SMS 12:07 PM| Comment (0)|
* * * * * * * * *
IKEA UMUM TUTUP SEMENTARA RESTORAN & KAFE
: TAPI TIADA MOHON MAAF
ROSLAN SMS
Masuk hari ini sudah dua hari berturut-turut pihak pengurusan IKEA Retail
Malaysia memuatkan notis dalam akhbar-akhbar tempatan yang:
Memaklumkan penutupan sementara Restoran dan Kafe Exit.
Penutupan sementara bagi tujuan proses samak.
Mengusahakan untuk mengesahkan sijil jaminan halalnya.
Media tempatan telah mendedahkan secara berleluasa betapa restoran di
Komplek IKEA ini menghidangkan sosej dari usus babi kepada para
pelanggannya termasuk yang beragama Islamwalaupun kononnya memiliki sijil
halal . Sejak terdedah berita ini banyak pihak telah menyerang pihak IKEA
dan lain-lain yang terlibat dalam mengeluarkan produk tersebut.
Melihatkan ketegangan suasana maka IKEA mengeluarkan notis ini bagi
mententeramkan para pelanggannya. Soalnya tiada langsung pernyataan mohon
maaf oleh pihak IKEA terhadap masyarakat Islam khususnya mereka yang telah
tertipu dan memakan makanan har! am yang telah mereka hidangkan itu.
Ini bukan soal main-main yang boleh disapu ke bawah tikar begitu sahaja.
Ini soal maruah dan kehormatan umat Islam. IKEA perlu didesak mengeluarkan
pernyataan memohon maaf kepada semua umat Islam. Jangan sekadar
memeperkudakan umat Islam untuk melariskan produk mereka tanpa sensitif
langsung terhadap kesucian agama.
Selagi pernyataan maaf secara terbuka ini tidak disiarkan maka wajarlah
umat Islam memboikot syarikat gergasi Sweden ini. Mana yang lebih penting
maruah agama atau kepentingan dan keperluan peribadi? [EMAIL PROTECTED]
posted by Roslan SMS 11:34 AM
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here
Yahoo! Groups Links
To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
In low income neighborhoods, 84% do not own computers.
At Network for Good, help bridge the Digital Divide!
http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/