--- adi sudirman suparno <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2005/2/16/features/10115425&sec=features

> > MARINA MAHATHIR telah menulis satu rencana yang
> menarik dalam The Star
> > baru-baru ini. Berikut adalah terjemahannya
> sebagaimana yang disiarkan
> > oleh laman Marhaen.
> >
> > Moral Yang Tergugat
> > (Morals At Stake)
> > Oleh: Marina Mahathir - The Star 5 Mac, 2005
> >Sumber asal:
http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2005/2/16/features/10115425&sec=features
>
--------------------------------------------------------------------------------
> >
> > Sebagai ibu bapa yang hidup di bandar-bandar,
> salah satu tugas kita
> > yang paling mencabar dalam membesarkan anak gadis
> kita ialah mengekang
> > keghairahan mereka untuk keluar malam bersama
> kawan-kawan. Gara-gara
> > risau akan keselamatan, kita menjadi ibu bapa yang
> sungguh kerap
> > meleter akan bahaya kalau mereka minum-minum,
> terlibat gejala dadah
> > dan berbual dengan lelaki yang tidak mereka
> kenali. Memang sukar kerja
> > itu tetapi ia perlu dilaksanakan juga. Kini, sudah
> muncul satu topik
> > baru dalam senarai berbahaya kita itu. Topiknya
> ialah "serbuan dan
> > tangkapan" yang dilakukan oleh sekelompok manusia
> yang menggelarkan
> > diri mereka sebagai pegawai agama. Bagaimana
> caranya kita mewaspadakan
> > anak-anak akan perkara ini? Apakah kita perlu
> memberitahu mereka agar
> > menelefon kita secepat mungkin dan tidak
> mempedulikan orang-orang ini?
> > Ataupun apakah kita perlu beritahu anak-anak agar
> mematuhi kehendak
> > pegawai agama ini yang pastinya bertindak
> mengeluarkan arahan yang
> > sungguh memalukan kita?
> > Tindakan menyerbu salah satu disko bandaraya Kuala
> Lumpur tentu
> > membawa kesedaran kepada kita kerana ia
> mendedahkan sikap kurang ajar
> > orang-orang ditugaskan membuat kerja-kerja ini.
> Apakah tindakan mereka
> > mengaibkan orang-orang yang mereka periksa itu
> melegakan mereka?
> > Apakah mereka lega dengan hitungan pahala yang
> mereka dapat untuk
> > memasuki gerbang syurga dengan tindakan memaksa
> gadis-gadis muda
> > menunjukkan bahagian badan kepada mereka.
> Sedangkan inilah kumpulan
> > gadis muda yang mesti berpakaian menutup aurat
> agar tidak menggoda
> > mereka? Sebagai seorang ibu saya memang begitu
> mual dengan kejadian
> > ini. Sudahlah kita kerap dihantui ancaman pihak
> yang mengganggu
> > keselamatan anak-anak kita, bagaimana pula caranya
> menangani
> > pegawai-pegawai agama ini (JAWI - penterjemah)
> yang seolah-olah
> > direstui perbuatannya oleh kerajaan negeri? Tentu
> tidak, kerana
> > bukannya kerja mudah untuk memekap dan memeramkan
> anak-anak kita di
> > rumah begitu sahaja. Perbuatan begini bukan sahaja
> akan membuatkan
> > mereka menjadi degil dan memberontak, tetapi kalau
> mereka sudah
> > berusia lebih 21 tahun kita tidak lagi mempunyai
> hak mengunci
> > anak-anak kita di rumah. Jika demikian, bagaimana
> caranya kita mahu
> > melindungi anak-anak daripada kumpulan yang taksub
> ini?
> >
> > Jawapannya ialah kita mesti hentikan segala sifat
> membiarkan keadaan
> > begini terus berlaku. Tangkapan dan penggeledahan
> semacam ini mestilah
> > dihentikan kerana ia adalah sama dengan sifat
> hipokrasi dan
> > bermuka-muka. Pada prinsipnya kalau satu golongan
> penduduk kita tidak
> > boleh keluar malam di disko kerana takutkan mereka
> dirasuk pengaruh
> > tidak bermoral, kenapa mesti digeledah hanya satu
> disko sahaja pada
> > sesuatu malam? Kita tidak mahu membincangkan
> perihal kesopanan dan
> > sensitiviti tangkapan semacam ini, kerana kita
> mahukan segala kegiatan
> > pemeriksaan mendadak sebegini mesti dihentikan.
> Kita perlu bertindak
> > menentang perbuatan yang begitu memalukan,
> lebih-lebih lagi asas
> > dilakukan pemeriksaan seperti itu masih boleh
> diragukan nawaitunya.
> > Kita harus pertanggungjawabkan kelompok yang
> melakukan penggeledahan
> > semacam ini sebagai orang-orang yang
> bertanggungjawab merosakkan
> > anak-anak kita, kerana menakut-nakut dan
> mengaibkan mereka tidak tentu
> > fasal. Lagi pun kerja-kerja mereka itu dibuat atas
> nama agama,
> > kesannya anak-anak ini akan membenci terus agama
> mereka.
> >
> > Apakah caranya kita mahu meyakinkan mereka betapa
> agama mereka itu
> > adil dan penyayang sedangkan orang-orang yang
> melantik diri sendiri
> > sebagai penjaga keluhuran agama itu ternyata tidak
> bersikap begitu?
> > Secara terus terang biarlah saya nyatakan di sini,
> kalaulah saya salah
> > seorang ibu bapa yang mempunyai anak gadis yang
> telah diaibkan oleh
> > kumpulan begini, sudah pasti saya akan menyaman
> mereka hingga ke
> > lubang cacing. Apa yang sudah berlaku sebenarnya
> sudah menguji
> > kesabaran kita hingga ke garisan penamatnya, kalau
> pun tidak ke tahap
> > kita terus putus asa.
> >
> > Tibalah masanya kita mesti bertindak tegas kalau
> kita mahu melihat
> > negara kita ini bergelar sebuah negara Islam yang
> moden. Kita mesti
> > bertegas dan bersungguh-sungguh. Seandainya kita
> mahu mempertahankan
> > imej sebuah masyarakat toleran dan adil, kita
> mesti menentang kumpulan
> > yang tidak adil dan tidak toleran ini yang
> ternyata begitu riang
> > menyalahgunakan apa juga kuasa yang ada di tangan
> mereka. Kita harus
> > tentang segala usaha serbuan dan tangkapan di
> kelab-kelab malam dan
> > jua ke atas pasangan berdua-duaan (yang memadu
> asmara? - penterjemah).
> > Hakikatnya nanti kita bertanggungjawab hanya
> kepada Yang Maha Esa
> > sebagai Bos kita. Siapakah orang-orang yang
> menganggap diri mereka
> > sebagai proksi Bos kita di bumi ini? Maafkan saya
> bercakap begini,
> > tetapi sudah tentu kita tidak mahu sekumpulan
> manusia seperti ini yang
> > ternyata sakit (mental?) dan mahu membelek-belek
> anak gadis kita yang
> > ketakutan atas nama jabatan agama yang berkuasa.
> >
> > Di mana sahaja saya menjelajah negara membangun
> ramai orang yang
> > memberitahu saya betapa mereka kagum melihat
> Malaysia sebagai sebuah
> > negara Islam yang berjaya. Inilah negara yang
> menjadi contoh dan
> > menunjukkan apa juga boleh dicapai kalau
> kepentingan rakyat
> > diambil-kira selalu. Mereka kagum dengan cara kita
> menyatu-padukan
> > rakyat yang berbilang kaum sambil meningkatkan
> taraf hidup mereka
> > melalui pendidikan, kemudahan rumah kediaman dan
> kemudahan perubatan
> > yang boleh berdaya-saing dengan negara-negara
> maju. Tup-tup berlaku
> > pula kejadian serbuan dan tangkapan semacam ini,
> memalukan kita hingga
> > tidak tahu macam mana nak sorok muka. Percayalah
> saya, hanya mereka
> > yang ada otak macam Taliban (dan mereka yang mahu
> melihat Malaysia
> > jatuh standardnya setakuk dua) beranggapan bahawa
> serbuan dan
> > tangkapan semacam ini adalah baik. Orang yang
> berfikiran bahawa dunia
> > tidak memerhatikan kita adalah kelompok yang hidup
> laksana katak di
> > bawah tempurung.
> >
> > Apakah kesan semua ini nanti? Mereka yang berharta
> sudah tentu akan
> > menghantar anak-anak mereka keluar negara kerana
> tidak mahu mereka
> > diaibkan oleh kegiatan (pegawai JAWI) seperti ini.
> Ini bererti bahawa
> > jurang pemisah akan bertambah luas, apa lagi
> dengan renggangnya
> > hubungan rapat mengenai kampung halaman sendiri
> yang akan tersisih
> > jauh daripada anak-anak yang dihantar belajar luar
> negara. Mereka yang
> > tinggal akan menjadi semakin membenci akan nasib
> buruk mereka.
> > Sesungguhnya kita sedang berada di puncak gunung
> berapi yang hampir
> > meledak disebabkan golongan muda-mudi yang semakin
> memberontak.
> > Siapakah yang patut kita persalahkan?
> > 
> 
> 



                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Make Yahoo! your home page 
http://www.yahoo.com/r/hs

------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




MARINA MAHATHIR telah menulis satu rencana yang menarik dalam The Star
baru-baru ini. Berikut adalah terjemahannya sebagaimana yang disiarkan
oleh laman Marhaen.

Moral Yang Tergugat
(Morals At Stake)
Oleh: Marina Mahathir - The Star 5 Mac, 2005
--------------------------------------------------------------------------------

Sebagai ibu bapa yang hidup di bandar-bandar, salah satu tugas kita
yang paling mencabar dalam membesarkan anak gadis kita ialah mengekang
keghairahan mereka untuk keluar malam bersama kawan-kawan. Gara-gara
risau akan keselamatan, kita menjadi ibu bapa yang sungguh kerap
meleter akan bahaya kalau mereka minum-minum, terlibat gejala dadah
dan berbual dengan lelaki yang tidak mereka kenali. Memang sukar kerja
itu tetapi ia perlu dilaksanakan juga. Kini, sudah muncul satu topik
baru dalam senarai berbahaya kita itu. Topiknya ialah "serbuan dan
tangkapan" yang dilakukan oleh sekelompok manusia yang menggelarkan
diri mereka sebagai pegawai agama. Bagaimana caranya kita mewaspadakan
anak-anak akan perkara ini? Apakah kita perlu memberitahu mereka agar
menelefon kita secepat mungkin dan tidak mempedulikan orang-orang ini?
Ataupun apakah kita perlu beritahu anak-anak agar mematuhi kehendak
pegawai agama ini yang pastinya bertindak mengeluarkan arahan yang
sungguh memalukan kita?
Tindakan menyerbu salah satu disko bandaraya Kuala Lumpur tentu
membawa kesedaran kepada kita kerana ia mendedahkan sikap kurang ajar
orang-orang ditugaskan membuat kerja-kerja ini. Apakah tindakan mereka
mengaibkan orang-orang yang mereka periksa itu melegakan mereka?
Apakah mereka lega dengan hitungan pahala yang mereka dapat untuk
memasuki gerbang syurga dengan tindakan memaksa gadis-gadis muda
menunjukkan bahagian badan kepada mereka. Sedangkan inilah kumpulan
gadis muda yang mesti berpakaian menutup aurat agar tidak menggoda
mereka? Sebagai seorang ibu saya memang begitu mual dengan kejadian
ini. Sudahlah kita kerap dihantui ancaman pihak yang mengganggu
keselamatan anak-anak kita, bagaimana pula caranya menangani
pegawai-pegawai agama ini (JAWI - penterjemah) yang seolah-olah
direstui perbuatannya oleh kerajaan negeri? Tentu tidak, kerana
bukannya kerja mudah untuk memekap dan memeramkan anak-anak kita di
rumah begitu sahaja. Perbuatan begini bukan sahaja akan membuatkan
mereka menjadi degil dan memberontak, tetapi kalau mereka sudah
berusia lebih 21 tahun kita tidak lagi mempunyai hak mengunci
anak-anak kita di rumah. Jika demikian, bagaimana caranya kita mahu
melindungi anak-anak daripada kumpulan yang taksub ini?

Jawapannya ialah kita mesti hentikan segala sifat membiarkan keadaan
begini terus berlaku. Tangkapan dan penggeledahan semacam ini mestilah
dihentikan kerana ia adalah sama dengan sifat hipokrasi dan
bermuka-muka. Pada prinsipnya kalau satu golongan penduduk kita tidak
boleh keluar malam di disko kerana takutkan mereka dirasuk pengaruh
tidak bermoral, kenapa mesti digeledah hanya satu disko sahaja pada
sesuatu malam? Kita tidak mahu membincangkan perihal kesopanan dan
sensitiviti tangkapan semacam ini, kerana kita mahukan segala kegiatan
pemeriksaan mendadak sebegini mesti dihentikan. Kita perlu bertindak
menentang perbuatan yang begitu memalukan, lebih-lebih lagi asas
dilakukan pemeriksaan seperti itu masih boleh diragukan nawaitunya.
Kita harus pertanggungjawabkan kelompok yang melakukan penggeledahan
semacam ini sebagai orang-orang yang bertanggungjawab merosakkan
anak-anak kita, kerana menakut-nakut dan mengaibkan mereka tidak tentu
fasal. Lagi pun kerja-kerja mereka itu dibuat atas nama agama,
kesannya anak-anak ini akan membenci terus agama mereka.

Apakah caranya kita mahu meyakinkan mereka betapa agama mereka itu
adil dan penyayang sedangkan orang-orang yang melantik diri sendiri
sebagai penjaga keluhuran agama itu ternyata tidak bersikap begitu?
Secara terus terang biarlah saya nyatakan di sini, kalaulah saya salah
seorang ibu bapa yang mempunyai anak gadis yang telah diaibkan oleh
kumpulan begini, sudah pasti saya akan menyaman mereka hingga ke
lubang cacing. Apa yang sudah berlaku sebenarnya sudah menguji
kesabaran kita hingga ke garisan penamatnya, kalau pun tidak ke tahap
kita terus putus asa.

Tibalah masanya kita mesti bertindak tegas kalau kita mahu melihat
negara kita ini bergelar sebuah negara Islam yang moden. Kita mesti
bertegas dan bersungguh-sungguh. Seandainya kita mahu mempertahankan
imej sebuah masyarakat toleran dan adil, kita mesti menentang kumpulan
yang tidak adil dan tidak toleran ini yang ternyata begitu riang
menyalahgunakan apa juga kuasa yang ada di tangan mereka. Kita harus
tentang segala usaha serbuan dan tangkapan di kelab-kelab malam dan
jua ke atas pasangan berdua-duaan (yang memadu asmara? - penterjemah).
Hakikatnya nanti kita bertanggungjawab hanya kepada Yang Maha Esa
sebagai Bos kita. Siapakah orang-orang yang menganggap diri mereka
sebagai proksi Bos kita di bumi ini? Maafkan saya bercakap begini,
tetapi sudah tentu kita tidak mahu sekumpulan manusia seperti ini yang
ternyata sakit (mental?) dan mahu membelek-belek anak gadis kita yang
ketakutan atas nama jabatan agama yang berkuasa.

Di mana sahaja saya menjelajah negara membangun ramai orang yang
memberitahu saya betapa mereka kagum melihat Malaysia sebagai sebuah
negara Islam yang berjaya. Inilah negara yang menjadi contoh dan
menunjukkan apa juga boleh dicapai kalau kepentingan rakyat
diambil-kira selalu. Mereka kagum dengan cara kita menyatu-padukan
rakyat yang berbilang kaum sambil meningkatkan taraf hidup mereka
melalui pendidikan, kemudahan rumah kediaman dan kemudahan perubatan
yang boleh berdaya-saing dengan negara-negara maju. Tup-tup berlaku
pula kejadian serbuan dan tangkapan semacam ini, memalukan kita hingga
tidak tahu macam mana nak sorok muka. Percayalah saya, hanya mereka
yang ada otak macam Taliban (dan mereka yang mahu melihat Malaysia
jatuh standardnya setakuk dua) beranggapan bahawa serbuan dan
tangkapan semacam ini adalah baik. Orang yang berfikiran bahawa dunia
tidak memerhatikan kita adalah kelompok yang hidup laksana katak di
bawah tempurung.

Apakah kesan semua ini nanti? Mereka yang berharta sudah tentu akan
menghantar anak-anak mereka keluar negara kerana tidak mahu mereka
diaibkan oleh kegiatan (pegawai JAWI) seperti ini. Ini bererti bahawa
jurang pemisah akan bertambah luas, apa lagi dengan renggangnya
hubungan rapat mengenai kampung halaman sendiri yang akan tersisih
jauh daripada anak-anak yang dihantar belajar luar negara. Mereka yang
tinggal akan menjadi semakin membenci akan nasib buruk mereka.
Sesungguhnya kita sedang berada di puncak gunung berapi yang hampir
meledak disebabkan golongan muda-mudi yang semakin memberontak.
Siapakah yang patut kita persalahkan?


Kirim email ke