Kepada Para Muslimin dan Muslimat yang kami hormati,  Assalamualaikum w.b.t.,

The Little Khalifah Shop telah ditubuhkan secara online pada bulan November 
2003 dengan tujuan untuk berkongsi ilmu dan Alhamdulillah, kedai serta pusat 
aktiviti ini telah dibuka secara fizikal pada 1hb Mei 2004.   Sesuai dengan 
matlamat kami untuk berkongsi ilmu, The Little Khalifah Shop akan mengadakan 
kursus keibubapaan (parenting course) untuk berkongsi maklumat mengenai Kaedah 
Khalifah.   

Sekiranya tuan puan menonton rancangan TV3 Wanita Hari Ini pada Hari Jumaat, 
11hb Mac, kami telah dijemput untuk menerangkan mengenai Kaedah Khalifah ini.

Dijemput untuk menghadiri beramai-ramai.

[EMAIL PROTECTED]
www.littlekhalifahshop.com

**********************************************************************

Tahukah anda bahawa anak adalah ibarat sebuah batu permata  yang belum dibentuk?

Jiwa anak kita adalah ibarat sebuah batu permata yang belum digilap dan kita 
sebagai ibubapa  telah diberi satu tanggungjawab yang amat besar untuk 
membentuk dan juga menggilap batu permata itu kepada bentuk yang cantik yang 
diredhai oleh Allah s.w.t.  Ini adalah merupakan satu tugas yang suci untuk 
memastikan anak kita akan membesar sebagai seorang manusia Muslim yang baik dan 
berguna. Membesarkan anak sebagai seorang manusia yang baik dan berguna adalah 
suatu manusia Muslim yang baik dan berguna. Membesarkan anak sebagai seorang 
manusia yang baik dan berguna adalah suatu proses yang penting di dalam 
mengislamisasikan masyarakat dunia.  Akan tetapi, amatlah sukar atau tidak 
mungkin untuk membesarkan anak kita untuk menjadi seorang manusia yang baik dan 
berguna di dalam keadaan dunia sekarang ini.  

Hanya di dalam dunia Islam sejati sahaja, keadaan akan wujud di mana setiap 
anak itu akan membesar mengikut fitrahnya menjadi seorang manusia yang baik dan 
berguna seperti yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.  Inilah masa depan cerah 
yang diharap-harapkan dapat diberikan kepada anak cucu kita.  Akan tetapi untuk 
mencapai matlamat itu, kita hendaklah memerangi pengaruh-pengaruh negatif dan 
salah di dunia sekarang ini agar kita dapat menwujudkan masa  depan yang 
diharapkan.

Oleh itu, untuk melaksanakan harapan itu, kita perlu mempelajari ilmu 
pengetahuan dan juga skil-skil yang dapat membantu kita menjadi ibubapa Islam 
yang efektif, dan juga menanam di dalam jiwa kita semangat yang teramat tinggi 
bahawa kita sebagai ibubapa akan menggunakan skil-skil dan pengetahuan ini di 
dalam kehidupan harian kita sambil kita membantu anak-anak kita di dalam 
pembangunan mereka secara jasmaniah dan rohaniahnya.

Kami disini ingin berkongsi ilmu dan juga ingin menyampaikan maklumat mengenai 
Kaedah Khalifah Sebagai Panduan Ibubapa. Adalah menjadi tanggungjawab kami 
untuk menyebarkan kaedah ini kepada seramai yang mungkin kerana kami percaya 
kaedah ini dapat membantu kita sedikit sebanyak dalam usaha kita mendidik 
anak-anak di zaman sekarang yang penuh dengan cabaran.  

Kaedah ini adalah mengenai cara membesarkan kanak-kanak yang berkeperibadian 
Islam yang amat cermerlang yang manajuga  secara tidak langsungnya akan membawa 
dunia ini kearah kecemerlangan.  

Bagaimana caranya di lakukan?

Oleh itu, The Little Khalifah Shop akan mengadakan satu seminar pengenalan 
untuk para ibubapa bertempat di alamat di bawah.  Seminar tersebut adalah 
seperti berikut:-

Tarikh          :       Sabtu, 26hb Mac 2005

Masa            :       2.30pm hingga 5.30pm 

Tempat          :       The Little Khalifah Shop 
                        No 89, Jalan 2/27F
                        KLSC Pusat Bandar Wangsa Maju
                        53300 Kuala Lumpur

Tajuk           :       Kaedah Khalifah  :  Membentuk Keperibadian  
                                            Cemerlang

Penceramah      :       Tuan Syed Omar bin Syed Aznal
Yuran           :       RM12 seorang ; RM20 untuk pasangan ibubapa

Aturcara                
2.15 pm         :       Pendaftaran

2.30 pm         :       Ceramah 1
                        Pengenalan kepada Kaedah Khalifah

3.15 pm                 Ceramah 2
                        Hukum Pembelajaran 
                        (Law Of Learning)

4.00 pm                 Jamuan Ringan

4.15 pm                 Ceramah 3
                        Ganjaran dan Hukuman
                        (Rewards and Punishments)

5 � 5.30 pm     :       Sesi Soal Jawab
5.30 pm         :       Bersurai                                                
        
                         
Kami dengan sukacitanya ingin menjemput ibubapa untuk menghadirkan diri di 
seminar tersebut di atas.  Kami berharap tuan/puan dapat memberi jawapan 
selewat-lewatnya hari Jumaat, 25hb Mac 2005 untuk memudahkan pengurusan kami.

Sila hubungi Hani di 03-41426269 atau 012-2526924 atau Roslinah di 012-2576269 
atau Syed di 012-6088304 untuk mengesahkan kehadiran tuan/puan atau emel kepada 
kami di [EMAIL PROTECTED]  

Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan untuk kita bersama-sama mempelajari 
mengenai Kaedah Khalifah serta cara-cara untuk mengamalkannya.  

Sekian, terima kasih.

Wassalam,
The Little Khalifah Shop
www.littlekhalifahshop.com













------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
In low income neighborhoods, 84% do not own computers.
At Network for Good, help bridge the Digital Divide!
http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke