Pak Abu ada tulis tentang seorang perempuan jadi imam mengimamkan sembahyang Jumaat dan berjemaah dalam gereja. Juga tentang seorang perempuan di Kelantan yang memohon kepada mahkamah sivil untuk mengisytiharkan dirinya (bersama suaminya) keluar Islam (murtad). Seorang telah reply kat Pak Abu tentang berlaku dalam sepanjang sejarah Islam tentang tentangan-tentangan terhadap puak radikal Islam. Dari zaman nabi hingga ke zaman Arqam di Malasyia. Katanyanya tentangan-tentangan ini sebenarnya tuntutan kepada perubahan kerana menurutnya tanpa perubahan kita tidak akan maju. Ertinya jika tiada perubahan kita (Islam) tidak akan maju. Puak yang mempertahan perkara asal dianggapnya sebagai puak radikal sementara puak yang menentang puak radikal dianggap sebagai puak yang mahukan kemajuan. Kita jangan harus lupa kerana kekalahan puak radikallah rosaknya agama Nabi Musa. Kerana kekalahan puak radikallah rosaknya agama Nabi Isa. Kalau puak radikal yang memepertahankan 'Agama Nabi Muhammad' juga kalah, bagaimana?

Iskandar <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
pandangan saya, Sisters-in Islam mendokong usaha tersebut, dengan
menidakkan beberapa hukum asas sudah menjadi seperti munafik. Bukan nak
menuduh, tetapi kita sudah belajar dari sejarah Islam di era selepas
wafat baginda Rasulullah di zaman Khalifah Abu Bakar As Siddiq r.a

Persamaan tu dah ada, jadi kesimpulan saya begitulah. Tapi saya ni bukan
pandai agama, juga Sisters-in Islam. Tak dengar pulak ada ustazah yang
join diorang...

Siti Rafidah Mahmud wrote:

> kes kecil Jeslina pun terbatal camna kita nak hadapai benda besar
> camni kalau puak-puak yang KAT ATAS tu dah sekongkolitu yang teman
> sedihni......
>
> adeke pihak-pihak yang lebih KUASA untuk membatalkan kes ini
>
> ----- Original Message -----
> From: IslahGateway
> To: hidayahnet
> Sent: Tuesday, March 15, 2005 3:09 PM
> Subject: Bismillah [hidayahnet] ICM-Malaysia lebih
> memerlukabn pendekatan beradab
>
> From: [EMAIL PROTECTED]
> ICM-Malaysia lebih memerlukabn pendekatan beradab
> Assalamualaikum, Harap semua cerdik pandai Islam lebih
> sensitif dengan apa yang berlaku di Malaysia. Tindakan yang
> proaktif dari kita semua diperlukan dalam memantau
> gerakan-gerakan pihak liberal dari terus berleluasa.
> Tindakan ini perlu demi menjamin generasi yang baru berada
> dalam persekitaran yang harmoni berasaskan konsep tauhid.
> Sekiranya dibiarkan berleluasa gerakan-gerakan ini akan
> menjalar seperti 'api dalam sekam' seterusnya ditakuti
> pandangan mereka akan menjadi dokongan generasi
> muda. Mungkin tlh ramai yg maklum tentang pri pentingnya isu
> ini... walau apapun disertakan pandangan ABIM berkenaan isu
> ICM:-ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) mengalu-alukan
> ketegasan pemerintah untuk menangguhkan penubuhan
> Inter-Faith Commission of Malaysia (ICM). Dengan ini juga,
> ABIM mendesak agar pemerintah tidak cuma menangguhkan
> penubuhan ICM, bahkan menolak terus cadangan tersebut dari
> dipertimbangkan di mana-mana peringkat sama ada di peringkat
> Parlimen mahupun di peringkat Kerajaan.
>
> Sehubungan ini, ABIM juga mengharapkan agar pemerintah tidak
> tunduk dengan desakan, cadangan dan anjuran beberapa pihak
> yang tidakpun mewakili sebahagian besar masyarakat Malaysia
> yang berjumlah 25 juta orang, untuk meneruskan penubuhan
> ICM. Tuntutan penolakan kepada ICM yang terdiri dari
> berbagai NGO dan masyarakat Islam tempoh hari menunjukkan
> keprihatinan mereka tentang usaha-usaha yang hendak
> dilakukan oleh segelintir kelompok ke arah konflik yang
> berpanjangan.
>
>
> ABIM juga menyeru masyarakat beragama di Malaysia agar
> menyuarakan bantahan secara lebih lantang kerana apa yang
> dicadangkan oleh segelintir pendokong ICM itu menyentuh isu
> asas mengenai kewujudan negara ini. Mereka ini perlu
> diperingatkan dengan sejumlah butiran terperinci mengenai
> Kontrak Sosial yang telah disepakati oleh kesemua masyarakat
> utama di negara ini sebagai asas mencapai kemerdekaan pada
> 1957. Kontrak sosial ini ternyata memberi formula yang baik
> bagi menjamin keharmonian sesebuah negara. Kalaupun ada
> kekurangannya bukanlah dengan cara merungkai seluruh ikatan
> perpaduan yang telah dikecapi.
>
> Yang amat menyedihkan, ABIM difahamkan bahawa persidangan
> untuk menubuhkan ICM tersebut turut menjadi medan mengkritik
> dan meremehkan agama dan masyarakat Islam di Malaysia. Sikap
> yang diambil oleh persidangan ini amatlah tidak wajar. Pada
> masa yang sama, masyarakat Malaysia harus diperingatkan
> bahawa kebebasan tanpa batas, termasuk untuk menghina dan
> menghasut sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi yang menyentuh
> hak-hak yang sedia ada, akan hanya mengundang tindakbalas
> yang tidak kurang bezanya. Di dalam persidangan tersebut
> juga, difahamkan bahawa beberapa peruntukan yang jelas dan
> khusus di dalam Perlembagaan telah dinafikan secara
> terang-terang. Ini sekaligus memperlihatkan sikap
> ketidaktelusan (not transparent) dan ketidakjujuran
> (dishonesty) para pendokong ICM ini. Mengapakah Islam
> dijadikan fokus dalam tuntutan penubuhan ini ?
>
> Dengan ini ABIM mengajak semua pihak agar tidak mengambil
> kesempatan kepada kelunakan sikap pemerintah untuk menjuarai
> kehidupan a la Barat yang sarat dengan ethos, sistem nilai,
> pandangan hidup (worldview) yang tidak langsung mengakar
> kepada budaya teras masyarakat Malaysia. Sistem nilai a la
> Barat yang begitu fanatik dengan kebebasan mutlak tanpa
> batas moral ini, telah terbukti meruntuhkan sistem nilai,
> kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat di negara-negara
> mereka masing-masing.
>
> Tidak perlulah segelintir masyarakat kita merasa terlalu
> hina dan rendah diri, sekiranya masyarakat Malaysia memilih
> untuk tidak mengikuti pengalaman kebebasan a la Barat ini.
> Tidak perlulah kita mengikuti denai-denai yang telah
> dirintis Barat hanya sekadar untuk menonjolkan bahawa kita
> sedang mengikuti kemajuan dan peredaran zaman, sedangkan
> kita mempunyai cara-kaedah kita sendiri untuk membina
> masyarakat Malaysia yang beradab. Malah mereka juga telah
> membuktikan tindakan-tindakan seperti diskriminasi kepada
> minoriti umat Islam di negara mereka. Sepatutnya di negara
> merekalah wajar dicadangkan penubuhan Interfaith Commission
> ini.
>
> ABIM juga merasakan bahawa cadangan penubuhan ICM ini akan
> menyebabkan jurang hubungan antara pelbagai kaum, bangsa dan
> agama akan bertambah melebar dan keharmonian negara akan
> terjejas. Sedangkan negara mempunyai banyak isu-isu lain
> untuk ditangani bagi mengukuhkan asas moral masyarakat
> beragama. Apa yang diperlukan ialah meningkatkan jalinan
> hubungan di antara penganut pelbagai agama untuk menghayati,
> memahami dan menghormati perbezaan masing-masing. Oleh itu,
> dialog diantara pemimpin agama wajar di Jadikan agenda bagi
> membolehkan persefahaman dan perpaduan dapat dijalinkan
> seutuhnya.
>
> Kenyataan beberapa pihak bahawa kesemua agama juga perlu
> disamaratakan hanya kerana ingin menonjolkan keterbukaan
> sikap masyarakat Malaysia adalah sikap yang tidak
> bertanggungjawab kerana umumnya, kita telah sedia maklum
> bahawa setiap penganut agama telah memilih sesuatu agama di
> atas kepercayaan, kerelaan, kehendak dan ilmu masing-masing.
> Tidak timbul keperluan untuk menyamaratakan mana-mana agama.
> Dan menghormati dan toleransi diantara agama-agama ini
> adalah suatu budaya yang jelas dalam kehidupan bermasyarakat
> dalam negara ini.
>
> Untuk isu-isu tertentu khususnya isu yang bersangkutan
> dengan sentimen dan rasional keagamaan seperti isu murtad,
> ABIM merasakan bahawa penganut Islam, sama ada di peringkat
> rakyat jelata, pemimpin atau menteri, harus membuat
> keputusan untuk berbeza pendirian (draw the line). Bersikap
> terbuka tidak membawa makna bahawa mana-mana manusia yang
> tidak berkepentingan dibolehkan dan dihalalkan mencerobohi
> dan merubah ajaran-ajaran asasi mana-mana agama! Tindakan
> campur tangan sebegini wajib ditolak, bukan sahaja oleh
> pemerintah, malah oleh sekalian rakyat jelata, khususnya
> masyarakat beragama di Malaysia.
>
> Yang menjadi isu di sini ialah masyarakat Malaysia yang
> telah lama menerima persepakatan untuk menjadi warganegara
> Malaysia, juga telah menerima hakikat bahawa agama Islam
> adalah agama rasmi Persekutuan Malaysia manakala agama-agama
> lain bebas dipraktikkan di dalam batas sempadan negara ini.
> Mana-mana usaha untuk meremeh dan menafikan fakta dan
> hakikat sejarah ini pastinya mengundang kontroversi dan
> bantahan. ABIM merasakan adalah tidak bijak untuk kita
> merungkaikan kesemua atau sebahagian dari mana-mana butiran
> Kontrak Sosial yang telah disepakati ini yang telah hampir
> 50 tahun membina masyarakat Malaysia.
>
>
> Azizuddin Ahmad
> Setiausaha Agung
> Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
> Kuala Lumpur, MALAYSIA
> 3 Mac 2005
>
> Wassalam,
>
> Haslinda-Notts
>
>
> -
> ------------------------------------------------------------------------
>
> All views expressed herein belong to the individuals
> concerned and do not in any way reflect the official views
> of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
>
> If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may
> wish to get a daily digest of emails by logging-on to
> http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery
> settings or email the moderators at
> [EMAIL PROTECTED] with the title "change to
> daily digest".
>
>
>
>
>
> -
> ------------------------------------------------------------------------
>
> All views expressed herein belong to the individuals
> concerned and do not in any way reflect the official views
> of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
>
> If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may
> wish to get a daily digest of emails by logging-on to
> http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery
> settings or email the moderators at
> [EMAIL PROTECTED] with the title "change to
> daily digest".
>
>
> Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT

Children International

Would you give Hope to a Child in
need?

� Click Here to meet a
[Image] Girl
And Give Her Hope
� Click Here to meet a
Boy
And Change His Life

Learn More


>
> ---------------------------------------------------------------
> Yahoo! Groups Links
>
> * To visit your group on the web, go to:
> http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
>
> * To unsubscribe from this group, send an email to:
> [EMAIL PROTECTED]
>
> * Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo!
> Terms of Service.
>

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke