Perihal imam wanita untuk solat Jumaat

 

Maszlee Malik

 

 

Hari Jumaat, 18 Mac 2005 telah mencatatkan satu sejarah besar di dalam
lembaran kehidupan umat Islam semenjak zaman Rasulullah S.A.W. ianya
lebih besar dari peristiwa peperangan Badar di mana umat Islam buat
pertama kalinya berjihad menentang Musyrikin Qurasih. Ianya lebih
besar dari pengisytiharan perang oleh Khalifah pertama umat Islam, Abu
Bakar terhadap golongan murtad yang enggan membayar zakat. Ianya juga
jauh lebih besar daripada peristiwa penawanan masjid al-Aqsa oleh
tentera salib lewat tahun 1099, dan juga penawanan buat kali keduanya
oleh rejim Zionis pada tahun 1967. Apakah peristiwanya ???

 

 

 

Pembaharu agama di milenium baru

 

Di Manhattan, AS, seorang pembawa pembaharuan bagi agama Islam lagak
Martin Luther King bagi agama Kristian dan juga Moses Mendelson bagi
agama Yahudi telah melakukan satu pembaharuan dalam agama Islam yang
tidak pernah disaksikan semenjak awal Jibril membawa wahyu ke gua Hira
kepada Rasulullah S.A.W. Dr. Ameenah Wadud, seorang wanita yang
dianggap sebagai imam, intelek, ilmuan oleh para pengkagum dan
penyembah ide-idenya telah melakukan solat Jumaat secara berjemaah
dengan diimamkan oleh beliau sendiri!, ya beliau sendiri, sebagai
seorang wanita telah menjadi imam kepada para makmumnya dan telah
memberikan khutbah Jumaat. Yang lebih lucu, di antara para makmum
tersebut terdapat para jamaah lelaki (yang mungkin telah hilang
kelakiannya) yang bersolat di belakang saf wanita.

 

Mantan tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini
bukanlah asing dan pelik bagi para pengamat isu Islam di peringkat
antarabangsa. Ini juga bukanlah kali pertama beliau muncul dengan isu
yang penuh sarat dengan kontreversi. Bagi para liberalis yang jumud
dengan pemikiran yang agak ketinggalan zaman, beliau merupakan
mujtahid, malah pembaharu, jika tidak mencapai tahap "kenabian" yang
berupaya merubah pentafsiran agama Islam yang sering didakwa oleh
beliau dan pengkagumnya sebagai "telah didominasi pentafsirannya oleh
para ulama lelaki" yang bias kepada "male chauvinisme". Bagi beliau
dan penganut ide-ide Islam versi barunya, Islam "fundamentalis" dan
"konservatif" ini telah menjumudkan umat Islam, mengongkong pemikiran
mereka dan juga terlalu bersifat anti wanita. Jika ada sesiapa yang
mengkritik ide-ide beliau yang dianggap "kudus" oleh pemuja-pemujanya
dari para Liberalis Islam, sering kedudukannya sebagai mantan
pensyarah di UIAM, thesis beliau di dalam bidang tafsir dan juga dua
batang huruf "D" dan "R" di hadapan namanya akan dijadikan dalil yang
paling qat'i untuk mempertahankan ke"keramat"an pembaharu agama ini.

 

 

 

Objektif!

 

Biarlah kita meletakkan peribadinya ketepi. Dalam membincangkan
sesuatu ide dan isu biarlah kita bersifat objektif. Sikap melihat
individu di dalam menilai isu bukanlah satu sikap yang tepat walaupun
ianya perkara yang termudah dan juga senjata paling ampuh yang
digunakan oleh para tradisionalis yang kolot dan pro-taqlid. Sikap
jumud dan taqlid buta inilah yang sering membawa kepada ekstrim kiri
yang muncul dengan pelbagai nama kononnya untuk mencerahkan Islam yang
kononnya telah dikotori dengan warna-warna tradisionalis yang penuh
dengan jumud, kolot, taqlid dan juga anti thesis. Inilah dilemma umat
Islam, yang ekstrim kanannya melakarkan Islam dalam bentuk yang tidak
saintifik, samada golongan tarekatnya yang mentuhankan syeikh-syeikh
mereka dan kuburan-kuburan syeikh-syeikh tersebut, ataupun
golongan-golongan pondok dan taqlid yang mendewakan teks-teks lama
kitab-kitab fiqh yang hanya sesuai di zaman Abbasiyyah dengan seruan
penutupan pintu ijtihad dan pemonopolian golongan tertentu tanpa boleh
dicabar. Ekstrimis kanan juga mempunyai pelbagai versi yang lain
seperti golongan â golongan yang merapu dan jauh dari kebenaran Islam
seperti golongan Syiah, Ahbash, Brelwi dan lain-lain lagi. Sebagai
tindak balas yang ekstrim pula, muncul golongan sekularis yang
langsung menolak Islam dan juga golongan Liberalis yang beriman dengan
kebebasan mutlak ala-Orwelli di dalam mentafsirkan agama tanpa
menghiraukan nilai keilmuan, prinsip dokotomi dan juga kekudusan teks
al-Quran dan sunnah yang qat'i dan ijmak para sahabat yang luhur dan
diiktiraf oleh Rasulullah S.A.W. sendiri. Dengan pengaruh arus
enlightment di barat dan juga idealisme protestenisme, mereka telah
membiarkan teks-teks suci ini menjadi bahan tafsiran sesiapa sahaja,
malah menjadi bahan lelongan di pasar borong. Berkat bimbingan para
orientalis yang cuba mengaplikasikan konsep pembaharuan agama untuk
mengeluarkan penganutnya dari kegelapan gereja yang bersifat
anti-saintifik, Islam yang sarat dengan objektivisme dan juga
nilai-nilai saintifik telah dihamparkan di lantai yang sama tarafnya
dengan ajaran ortodoks gereja-gereja Eropah pra-zaman pencerahan. Ini
bukanlah tindakan yang bijak, malah seumpama tikus yang membaiki keju!

 

 

 

Wanita sebagai imam

 

Di sini bukanlah gelanggangnya untuk membicarakan tentang kelencongan
kedua-dua ekstrim ini. Biarlah di forum yang lain ianya dinilaikan.
Tajuk utama di sini ialah, adakah wanita boleh menjadi imam untuk
solat Jumaat???

 

Persoalan yang pertama : "Adakah solat Jumaat itu wajib untuk orang perempuan?"

 

Jawapannya, Rasulullah S.A.W. dalam sebuah hadis telah mengatakan:
"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat hendaklah dia
menunaikan (solat) Jumaat kecuali wanita, orang yang musafir, hamba
sahaya dan orang yang sakit." (H.R. Abu Daud, al-Baihaqi dan lain-lain
)

 

Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Solat
Jumaat adalah wajib ke atas setiap muslim kecuali empat golongan:
Hamba sahaya, wanita, anak-anak dan orang yang sakit" (Hadis riwayat
Abu Daud)

 

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Daraqutni pula, kanak-kanak
digantikan dengan musafir seperti hadis al-baihaqi. Para ulama telah
mengabungkan kesemua riwayat dan membuat kesimpulan, wanita,
kanak-kanak, hamba sahaya, orang yang bermusafir dan juga orang yang
sakit tidak diwajibkan untuk menunaikan solat Jumaat, dan mereka hanya
menunaikan solat Zohor sahaja. Dalam kes ini, Ibn al-Mundhir di dalam
ensiklopedia ijmaknya, sepertimana yang disebutkan oleh al-Nawawi di
dalam karyanya "al-Majmuk" telah mengatakan, umat Islam telah berijmak
bahawa solat Jumaat adalah tidak wajib bagi wanita.

 

Jelas ianya adalah wajib bagi lelaki dan tidak wajib ke atas wanita.
Perlakuan para sahabiyyat yang tidak menghadiri solat Jumaat dan juga
tiada satu pun hadis samada dari Aisyah, ataupun isteri-isteri Nabi
yang lain, mahupun para Sahabiyyat mengatakan solat Jumaat itu wajib
dan mereka menghadirinya. Konsesi secara mutawatir ini menjadi
sokongan terhadap hadis di atas jika ada yang ingin mencabar statusnya
dengan mengatakan ianya adalah hadis Ahad.

 

Jika ianya tidak wajib, mengapa pula orang yang tidak wajib untuk
bersolat Jumaat ingin menjadi imam kepada orang-orang yang wajib
menunaikan solat Jumaat, iaitu para makmum lelaki???

 

Di dalam al-Mughni, penulisya Ibnu Qudamah (mati 660H) telah membawa
perbincangan ini dan telah membawa pendapat jumhur muslimin bahawa
wanita tidak boleh menjadi imam, kerana solat Jumaat adalah tidak
wajib ke atas mereka. Malah kehadiran mereka pun tidak digalakkan.
Ibnu Mas'ud, salah seoorang daripada sahabat Rasulullah S.A.W. yang
menjadi rujukan dalam bidang fiqh dan qiraat telah menyuruh para
jamaah wanita untuk pulang ke rumah dan mengatakan : "Solat anda semua
di rumah lebih afdhal bagi diri anda". (Athar ini telah diriwayatkan
oleh Abu 'Amru al-Syaibani, penulis Diwan al-Lughah wa al-Syiir dan
diiktiraf sbagai "Saduq" oleh para pengkritik rijal hadis).

 

Logiknya lagi, para wanita sendiri digalakkan oleh Rasulullah S.A.W.
untuk bersolat di rumah mereka (Hadis riwayat Abu Daud) dan tidak
digalakkan ke masjid. Ini penting agar mereka dapat membimbing
anak-anak di rumah untuk solat bersama, sewaktu para suami ke masjid
untuk menunaikan solat. Lebih menarik lagi, kehadiran wanita untuk
menunaikan solat Jumaat pun tidak dikira sebagai anggota untuk
mencukupkan bilangan korum yang membolehkan solat Jumaat berlangsung.

 

Jika adapun sesiapa yang menggunakan hujah hadis Umm al-Waraqah
(riwayat Ahmad dan Abu Daud) yang telah dibenarkan oleh Rasulullah
S.A.W. untuk menjadi imam untuk isi rumahnya (termasuk lelaki dan
perempuan), ianya masih lagi terbuka untuk perbincangan. Pertamanya,
hadis yang sama menurut riwayat al-Daraqutni telah mentafsirkan
keumuman makna riwayat Ahmad dan Abu Daud apabila disebutkan suruhan
tersebut adalah untuk Umm al-Waraqah mengimamkan orang-orang perempuan
di dalam rumah beliau. Dari sudut sanadnya pula, hadis ini juga tidak
terlepas daripada kritikan. Jika pun hadis ini hendak digunakan
sebagai dalil juga untuk membenarkan orang perempuan menjadi imam
kepada jamaah lelaki, namun ianya tetap bukan dalil untuk membenarkan
perempuan menjadi imam untuk solat Jumaat, kerana suruhan itu khusus
untuk seorang wanita mengimamkan solat di rumahnya sahaja. Dalilnya,
tidak pernah pun Umm al-Waraqah ataupun mana-mana sahabiyyat menjadi
imam bagi solat Jumaat kepada para sahabat lelaki pada waktu itu dan
juga sepanjang sejarah Islam. Adakah insan yang bernama Amina Wadud
ini lebih memahami hadis Umm al-Waraqah daripada Umm al-Waraqah
sendiri?

 

Mungkin ada juga yang berdalilkan beberapa hadis yang menunjukkan para
sahabiyat mengetuai solat tarawikh, ataupun fatwa Imam Ahmad bin
Hanbal berfatwa harusnya wanita mengimamkan solat tarawikh di kalangan
ahli keluarganya di rumah. Dalam kes ini, para ulama bersepakat itu
hanya terhad kepada ahli rumah an di kalangan wanita sahaja, jika
ianya melibatkan kaum lelaki pun seperti yang difatwakan oleh Imam
Ahmad, ianya dengan syarat ahli lelaki di rumah tersebut tidak boleh
membaca al-Quran dan hanya wanita yang paling berumur sahaja yang elok
bacaannya. Tidak timbul pula di dalam hadis tersebut penambahan untuk
melakukannya di masjid, atau untuk solat Jumaat.

 

 

 

Ibadah tidak menerima inovasi

 

Soalan keduanya pula, kita meyakini Aisyah merupakan antara para
isteri Nabi yang menjadi rujukan para sahabat dan sahabiyyat. Malah
Rasulullah S.A.W. menyuruh kita mengambil  daripada ajaran Islam
daripada beliau. Fakta yang tidak boleh dinafikan juga bahawa para
sahabat yang terkemuka merujuk dan menjadikan Aisyah sebagai guru
mereka. Jikalaulah wanita boleh menjadi imam untuk solat Jumaat dan
juga berkhutbah Jumaat, mengapa Aisyah tidak pernah menjadi imam,
hatta walaupun sekali di dalam seumur hidup beliau? Bukankah beliau
pernah mengetuai gerakan reformasi mengkritik kepimpinan Ali dan
mengetuai segerombolan sahabat lewat peristiwa Siffin?

 

Jawapannya mudah, kerana solat Jumaat merupakan persoalan Ibadat.
Persoalan ibadat adalah bersifat ta'abbudi dan tawqifi, iaitu hanya
mengikuti apa yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W. tanpa
perlukan modifikasi dan juga inovasi. Malah inovasi di dalam ibadah
adalah termasuk di dalam perkara bid'ah yang dicela oleh Rasulullah
S.A.W. dan dijamin sebagai tidak diterima oleh Allah (rujuk hadis
Aisyah riwayat Muslim: Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam ajaran
Islam yang bukan berasal daripadanya, ianya tertolak). Ini perkara
asas yang diterima oleh semua pihak, sepertimana asasnya pengetahuan
bahawa solat Zohor adalah empat rakaat, subuh adalah dua rakaat, puasa
di bulan Ramadan adalah wajib dan juga haji adalah ke Mekah dan
bukannya ke India ataupun ke Pulau Pinang. Barangsiapa yang merubah
perkara-perkara ini, maka mereka dianggap sebagai pelaku bid'ah dan
amalan mereka tidak akan diterima oleh Allah, hatta jika niat mereka
itu ikhlas, kerana ikhlas sahaja bukanlah emata-mata syarat untuk
diterima sesuatu amalan. Di dalam persoalan ibadah, seperti yang telah
disinggung oleh al-Suyuti di dalam karyanya "al-Amru bi al-Ittiba' wa
al-Nahyu 'an al-Ibtida'", ianya hendaklah menuruti sunnah dan tunjuk
ajar Rasulullah S.A.W.

 

Bukankah Aisyah lebih afdhal untuk menjadi imam Jumaat semenjak zaman
dahulu lagi, jika wanita boleh menjadi imam. Mengapa baru kini pula
muncul "mujtahid instant" yang ingin menginovasikan ibadah dengan
menjadi imam bagi solat Jumaat pula??? Pelik @ ajaib bin hairan.
Samada sipelakunya tidak berpuashati dengan ibadah yang telah Allah
berikan kepada Rasulullah S.A.W. untuk diajarkan kepada kaum muslimin,
ataupun si pelakunya adalah seorang yang gila dan tidak waras, maka
dimaafkan apa yang beliau lakukan kerana otaknya yang mereng itu.

 

Di dalam isu mengada-adakan ibadat yang baru dan juga penginovasian
terhadap hukum ibadat yang telah disepakati dan telah ditetapkan oleh
syariat, Allah S.W.T. telah memberikan ancaman yang amat keras di
dalam surah al-Shura (42) ayat 21, yang berbunyi: "Patutkah mereka
mempunyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan apa yang tidak diizinkan
oleh Allah?".

 

 

 

Dominasi kaum lelaki 

 

Mungkin prinsip ibadah tidak menerima inovasi itu tidak diterima oleh
pemikiran bebas golongan liberal. Bukankah mereka tidak menerima
prinsip-prinsip lama dan juga yang diterima secara ijmak oleh para
sahabat kerana ianya didominasi oleh kaum lelaki yang gila kuasa!

 

Maka mungkin persoalan mengapa Aisyah tidak menjadi imam Jumaat akan
dirasionalkan (walaupun tidak logik langsung), bahawa para sahabat
yang lelaki masih dominan, dan mentaliti masyarakat pada waktu itu
masih lagi menindas wanita. Hujah yang tidak logik dan
kebudak-budakkan dan berbau sikap taklid buta aqidah feminisme ini
amat mudah untuk disangkal. Pertamanya, mengapa di bidang keilmuan
Aisyah punya kuasa dan boleh menunjukkan belang di gelanggang politik,
tetapi di dalam isu solat Jumaat sahaja beliau takut untuk menjadi
imam. Dan sakit jiwa apa pula yang menghidapi para sahabat yang dapat
menerima Aisyah sebagai rujukan agama dan pemimpin politik, tetapi
melarang beliau hanya dalam kes menjadi imam solat?

 

Ternyata di dalam kes ibadah, para sahabat, tidak kira yang lelaki dan
perempuan maklum dan akur dan tunduk patuh ianya tidak boleh menerima
perubahan. Maka di dalam isu solat Jumaat, oleh kerana ianya wajib
untuk lelaki sahaja, maka wanita tidak boleh menjadi imam bagi solat
tersebut. Lebih menarik lagi perkataan "imam" itu sendiri hanya ada di
dalam bentuk (wazan) maskulin dan tiada femininnya "imamah" seperti
halnya ustazah adalah feminin kepada ustaz, muslimah adalah feminin
kepada muslim dan lain-lain lagi. Begitu juga berhubung perkataan
"Hamil" orang yang hamil / mengandung, ianya khusus untuk wanita, dan
tiada maskulin untuk perkataan tersebut, kerana ianya khusus untuk
wanita. Termasuk juga perkataan "Haaid" yang bermaksud orang yang
sedang haid merujuk kepada orang perempuan dan tiada maskulin bagi
perkataan tersebut, kerana orang lelaki tidak mengalami haid. Maka
imam hanya khusus bagi lelaki dari sudut bahasanya, dan di dalam kes
wanita mengimamkan wanita yang lain, penamaan imam adalah berbentuk
majazi (pinjaman) sahaja.

 

Jika persoalan dominasi lelaki yang menjadi ukuran juga, mengapakah
Ibnu Hazm yang bergurukan para wanita pun tidak mengutarakan ide yang
begitu hebat ini?, ataupun lewat pemerintahan Syajarat al-Durr di
Mesir yang telah menjadi sultan kepada kerajaan Mamluk, beliau tidak
pula menjadi imam untuk solat Jumaat di masjid al-Azhar, ataupun lewat
pemerintahan Ratu Adil dan sultan-sultan perempuan di Aceh, tidak pula
kedengaran mereka menjadi imam untuk solat Jumaat. Ternyata persoalan
dominasi lelaki dan juga kekusaan politik bukanlah isu utamanya di
sini.

 

 

 

Ijmak

 

Bagi majoriti umat Islam yang berpegang dengan ajaran Rasulullah
S.A.W. yang sebenar, larangan wanita menjadi imam solat Jumaat kepada
jamaah lelaki dan wanita adalah berdasarkan ijmak para sahabat dan
juga kaum muslimin semenjak 1400 tahun yang lalu. Ianya adalah sesuatu
yang maklum dan perlakuan wanita menjadi imam solat Jumaat kepada
jamaah lelaki dan wanita, adalah ibarat orang lelaki yang ingin cuti
solat kerana haid, ataupun mewajibkan hijab ke atas orang lelaki dan
juga mewajibkan tanggungan nafkah suami ke atas para
isteri....perlukan kita kepada "pencerahan" seumpama ini?... hanya
golongan Wadudiyah sahaja yang boleh menjawabnya.

________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Small Business - Try our new resources site! 
Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT

________________________________
Yahoo! Groups Links

To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Warga-Kota-Damansara/
  
To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
  
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke