Monday, March 21 @ 16:36:13 MYT
Oleh SAHAR ABD MAJID
[EMAIL PROTECTED]
KOTA KINABALU, 21 Mac (Hrkh) - "Terima kasih banyak Pak". Itulah antara kata-kata yang sering diucapkan oleh mangsa yang teselamat dari bencana tsunami 26 Disember lalu kepada para petugas Yayasan Amal Malaysia (YAM) yang membawa misi kemanusiaan secara berterusan di Acheh, kata Jamaluddin Alias Pengarah Yayasan itu.
Ketika menceritakan pengalaman beliau dalam satu majlis ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar di sini, Jamaluddin berkata, tiga hari selepas berlakunya bencana yang melanda beberapa buah negara khususnya di Asia Tenggara,YAM terus menghantar rombongan pertamanya ke Acheh untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa yang masih terselamat dari bencana dahsyat itu.
Rombongan pertama YAM yang terdiri daripada beberapa orang doktor perubatan termasuk beliau sendiri merupakan badan NGO pertama di negara ini yang mencurahkan bakti di bumi Serambi Makkah itu.
Kata Jamaluddin, kehadiran mereka di bumi Acheh bukan sahaja disifatkan oleh rakyat Acheh sebagai suatu rahmat bagi mereka tetapi turut mendapat pengiktirafan dan pujian daripada NGO-NGO kebajikan dan kemanusiaan antara bangsa seperti Pakistan, Bangladesh, Turki dan lainnya yang tiba kemudian termasuk Indonesia sendiri.
Bahkan katanya, badan-badan NGO dari Malaysia yang turut menghantar misi kemanusiaan mereka di Acheh mengakui komitmen dan pengorbanan yang bukan sedikit yang telah diberikan oleh YAM di bumi Acheh.
Pujian dan pengiktirafan ini mungkin kerana peranan yang dimainkan oleh YAM ini amat menakjubkan mereka yang mana para petugas memberikan komitmen sepenuhnya tanpa mengira waktu dan apa keadaan sekali pun dalam usaha menghulurkan bantuan kemanusaiaan dan perubatan kepada rakyat Acheh.
"Apa yang amat membanggakan kami adalah sebagai badan amal, kami telah melaksanakan tangungjawab dengan sedaya mungkin dengan menghulurkan bantuan apa sahaja yang ada pada kami termasuk menubuhkan dua buah hospital untuk membantu rakyat Acheh yang mejadi mangsa tsunami," katanya.
Katanya lagi, YAM adalah NGO pertama yang telah berjaya menubuhkan dua buah hospital sebagai pusat rawatan dan membeli dua buah van untuk kegunaan sepenuhnya di negeri Serambi Makkah itu.
Dua buah hospital itu masing-masing ditempatkan di Banda Acheh dan Meulaboh yang mana sehingga kini ia masih beroperasi.
Selain itu katanya, YAM juga telah berjaya menghantar 18 buah trailer pakaian terpakai kepada mangsa-mangsa berkenaan.
Ketika berkesempatan menyambut hari raya Aidil Adha di Acheh, YAM juga telah mengorbankan 45 ekor lembu untuk diagih-agihkan kepada rakyat Acheh.
Beliau yang berada di Acheh selama 45 hari bersama rombongan pertama berkata, sehingga kini YAM tela menghantar rombongan kemanusiaan yang ke-16 ke Acheh dan bersedia akan terus memberikan komitmen kepada negeri Serambi Makkah itu selagi mana mereka diperlukan.
Selain itu, beliau yang menyaksikan sendiri kesan-kesan tsunami yang melanda Banda Acheh dan beberapa daerah sekitarnya berkata tidak ada istilah atau kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan betapa hebatnya kekuasaan Allah SWT terhadap alam ini.
�Bukan sahaja meragut nyawa ratusan ribu rakyat Acheh bahkan harta benda tidak terkira lagi banyaknya telah musnah sama sekali dalam sekelip mata,� tambah beliau
Jamaluddin turut menyifatkan tragedi yang telah mengorbankan ratusan ribu orang itu merupakan suatu pengajaran yang amat bermakna daripada Allah SWT.
Katanya, umat Islam wajar menjadikan peristiwa itu sebagai medan untuk bermuhasabah diri dengan meningkatkan amal dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.
�Saya menganggap peristiwa ini sebagai ujian dan peringatan Allah Swt kepada orang-orang yang beriman,� ujarnya lagi.
- zs
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
|
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
