Monday, March 21 @ 11:03:22 MYT
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat suntikan semangat baru apabila tokoh Umno Selangor, Dato' Dr Zainal Abidin Hj Ahmad menyertai parti tersebut.
Zainal pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor sehingga awal 2004.
Ketua Penerangan PKR, Tian Chua apabila dihubungi mengesahkan penyertaan rasmi Zainal ke dalam PKR.
Difahamkan, upacara penyerahan borang kemasukan beliau ke dalam PKR kepada kepada penasihat parti itu, Dato� Seri Anwar Ibrahim akan diadakan bersamaan ceramah perdana di Bangi 23 Mac ini.
Ceramah tersebut akan diadakan pada sebelah malam di premis beralamat no 25, Jalan 3/4A, Bandar Baru Bangi.
Dalam Pilihan raya Umum 1999, Zainal yang juga merupakan bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia memenangi DUN Sungai Tua dengan mengalahkan calon PAS, Md Fadzil Hj. Hassan.
Beliau bagaimanapun tidak bertanding dalam pilihan raya umum 2004.
- zs
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
|
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
