MB saran rakyat manfaatkan bank berasas Islam
Tuesday, March 22 @ 19:24:56 MYT


KOTA BHARU, 22 Mac (Hrkh) - Rakyat di negeri ini disaran memanfaat penubuhan bank berasaskan Islam bagi meningkatkan prestasi ekonomi mereka, kata Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, institusi bank berasaskan Islam termasuk yang baru diperkenalkan RHB hendaklah dimanfatkan sebaik mungkin sama ada urusan pinjaman atau simpanan.

�Usaha tersebut selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang ingin melihat rakyatnya maju khususnya menceburkan diri dalam bidang perniagaan berteraskan Islam,� katanya ketika berucap pada majlis perasmian �RHB Di Hati� peringkat negeri di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. Perasmiannya disempurnakan Sultan Kelantan.

Menteri Besar turut mengucap tahniah kepada RHB kerana berjaya mewujud sistem kewangan berasaskan Islam yang dikenali sebagai Bank Islam RHB.

�Semoga dengan perkembangan tersebut masyarakat akan lebih berminat untuk berurusan dengan bank ini pada masa-masa yang akan datang,� ujarnya.

Pengerusi Eksekutif, Kumpulan RHB, Dato' Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib memberitahu pihaknya menyumbang sebanyak RM16,000 untuk projek kemasyarakatan di Kelantan.

Katanya, projek itu termasuk membaik pulih kediaman penduduk miskin di Bachok, Tumpat, Jeli dan Pasir Puteh. Selain itu, RHB juga menderma buku-buku bernilai RM9,000 kepada tiga kolej pendidikan di sini.

"Kami berharap sumbangan yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat menerapkan minat membaca di kalangan anak muda di Kelantan," ujarnya.

Menyentuh institusi kewangan RHB yang berlandaskan syariat, beliau yakin ia mampu mengorak langkah yang lebih jauh dalam industri perbankan di negara ini.

Katanya, RHB Islamic Bank menggabungkan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang berdasarkan tiga prinsip asas, iaitu saling mempercayai, memahami dan bersepakat.

"Sejak ia beroperasi 16 Mac lalu, RHB Islamic Bank mempunyai lebih 200 cawangan dan 500 ATM serta perkhidmatan perbankan berinternet," ujarnya. � SMH/mj

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke