Sedikit catatan utk kita kongsi bersama sebagai
panduan dan motivasi
diri.

L/belakang Syed Mokhtar
-      Umur - 53 tahun
-      Pendidikan - SPM
-      Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan
kerbau)
-      Kekayaan -RM1,425 juta
-      Ke 7 terkaya di Malaysia
-      Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
-      Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg.
Pelepas,
BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
-      Kereta - Proton Perdana


1.      Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada
hari esok. Agenda
sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara
sebabnya. Saya
mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal
berpanjangan

2.      (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa
tapi orang
Melayu kena berdamping dengan orang politik
sedikit-sedikit. Tapi
masalahnya  kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak
yang mahu
senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3.      Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah
biasa, budak
dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia
ini sama
sahaja.  Proses kematangan saya yang membezakannya.
Saya percaya
sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka
berusaha dengan
tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa.  Tiada jalan
singkat.

4.      Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya.
Apa yang tidak
mampu buat saya akan minta orang lain
tengok-tengokkan.  Saya melalui
jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5.      Kita perlu menggunakan kepakaran mereka
(bangsa Cina) kerana
mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa
yang kita kurang
faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar
dengan mereka.
Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga
kepentingan kita.

6.      Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di
Kedah. Saya ada
cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok.  Kita kena
maju.

7.      Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya
tiada pilihan
lain.

8.      Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak
sabar dan kuat
berusaha.

9.      Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang
perniagaan ini
sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10.      Saya pun suka kemewahan.  Saya pun suka
tengok dunia, ke
Tokyo, New York dan London.  Saya pun suka pakai baju
elok.  Tapi
kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju
banyak mana,
hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak
makan pun sampai
larat mana ?

11.      Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada
status; ada masa di

atas, ada masa di bawah.

12.      Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena
turun ke bawah,
tengok mana-mana yang boleh dibantu.  Allah beri
rezeki melalui kita
untuk kita tolong orang lain.  Rezeki itu bila-bila
masa dia boleh
ambil balik.  Jika ada orang korporat Melayu yang
tidak mahu turun ke
bawah  mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat
daripada yang lain.

13.      Korporat Cina turun ke bawah membantu.  Orang
Cina ada
pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun
berpecah.  Orang
Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan
dengki menguasai
diri.  Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain
berusaha mereka
marah

14.      Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang
lain.   Memang
dari segi hukum pun begitu.  Kita kena keluar zakat
dan fitrah.
Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat.  Islam agama
yang adil; ia
minta sedikit saja.  Oleh itu, kalau ada duit yang
lebih ia
seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15.      Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini.
Saya boleh tak

buat apa-apa dan balik ke Alor Star.  Tetapi saya rasa
hidup ini sia-
sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak
tutup rapat kerana
tanggungjawab depan mata kita tidak buat.  Orang lain
ambil kekayaan
kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih
tidak buat apa-
apa !

16.      Saya ada emotional attachment kepada agama,
bangsa dan
ummah.  Saya bukan individualistik. Diri saya tidak
penting.  Pangkat
dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17.      Saya sedih media tonjolkan saya begini.  Saya
malu kerana
orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada
saya. Tapi saya
tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat
tidak kira
siang malam.  Kita ada kekuatan yang tuhan beri
melebihi daripada
bangsa lain.  Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18.      Saya asal daripada tidak ada apa-apa.  Apa
yang saya tidak
tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya
tidak malu. Saya
bukannya mencuri.  Saya usaha sendiri.  Sikap pemalas
dan pemalu ini
yang orang Melayu kena atasi.  Kita kena berani kerana
benar.
Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih,
bolehlah kita
menolong orang.

19.      Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri.  Kaya
itu adalah
kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan
kepada orang
ramai.  Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20.      Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan
ini untuk anak
dan isteri.  Duit ini tidak akan kekal.  Saya percaya
hanya perkara
yang baik yang kita lakukakan akan kekal.  Bukan duit
yang akan
melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan
sekarang.

21.      Saya perlu terus mencari peluang dan
perniagaan lain supaya
kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri
masing-masing.
Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22.      Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan
orang tak tahu.
Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya
Syed Mokhtar sapu
semua.  Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan
dalam ekonomi,
siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.  Di
kampung orang
Melayu berpecah kerana politik, di bandar  berpecah
kerana ini (wang).

23.      Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri
kepada saya ia bukan

untuk saya tetapi untuk orang ramai juga.  Orang tidak
tahu banyak
syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada
saya tetapi
orang tidak tahu.

24.      Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada
RM10 juta atau RM20

juta dalam tangan baru hidup boleh selamat.  Ini yang
menyebabkan
mereka hanyut daripada menolong orang lain.  Mereka
lebih takutkan
diri sendiri.  Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh
membantu
selama-lamanya.

25.      Orang kata saya takda duit tapi banyak
hutang. Orang berniaga

mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana
hendak meminjam
dan membayarnya semula.  Ada cara boleh kita buat.
Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir
bagaimana hendak
membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.  Banyak
orang mahu senang
tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26.      (perasaan setiap kali mendapat rezeki).  Saya
ini kata orang
Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok.  Tapi saya tahu
hal-hal asas.
Kalau mahu saya minta terus dari tuhan.  Tuhan beri
manusia akal dan
fikiran.  Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah
padan dengan
badan.

27.      Kesenangan yang saya perolehi ini datang
dengan tanggungjawab

(bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah).  Kalau
hendak
dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini
tidak ada apa.
Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada
berkatnya.

28.      Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya
dapat itu orang lain

boleh berkongsi sama.

29.      Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat
anak orang alim
yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat
kekayaan.  Saya pun
sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara
tetapi kita tidak
boleh lupa kubur kita dan asal usul kita.  Di kampung
kita mungkin
ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30.      ......kalau tidak mungkin saya sudah ke
Haatyai dan jadi
nakal.  Saya manusia yang banyak buat kesilapan.
Tetapi saya insaf,
beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada
kesedaran mahu
mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31.      Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana
itu saya terpaksa
bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32.      Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk
saya menolong orang

lain pula.  Saya percaya kepada keberkatan rezeki.
Hari ini kita
tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula
dengan cara yang
lain.

33.      Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun
seperti saya berilah
sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya
Allah boleh
maju.

34.      Kita jangan cepat putus asa.  Putus asa boleh
tapi kena
cepat-
cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik.
Jangan jadikan
agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila
kita susah.
Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35.      Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang
kena masuk kelab
sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh
turun ke kelab.
Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara
hidup yang
fleksibel, boleh naik dan turun.

36.      Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit.  Saya
biasa pakai
Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk
sokong kereta
nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke
mana-mana.

37.      Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh
maju.  Ini saya
berani perang dengan sesiapa pun.  Orang Melayu boleh
maju. Kalau
saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat
suatu hari nanti
mahu ambil alih akhbar ini.  Tidak ada sebab kenapa ia
tidak boleh
berlaku.

38.      Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan
disebabkan oleh
bangsa kita dan agama kita.  Ia berkait dengan sikap
dan cara kita
berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa
merupakan kunci
kejayaan kita.  Tapi perkara ini kurang wujud dalam
cara orang Melayu
berfikir.

39.      Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang
bekerja kuat.
Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak
dangau macam saya
boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang
dari pekan
tidak boleh.

40.      Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang
perkara yang boleh
memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu
(kereta dan
rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang
kereta besar dan
rumah besar.  Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi
bukan itu
matlamatnya.

41.      Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri
sendiri, kena
bekerja keras dan fokus.

42.      Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam
diri seseorang
walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43.      Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial)
semuanya bermula
daripada didikan orang tua saya sendiri.

44.      Saya sendiri berhutang  sambil berniaga dan
buat sumbangan
amal jariah.  Saya tak mahu tunggu hutang habis baru
hendak buat
semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati
dan apa pun
tak sempat saya buat.

45.      Saya biasa saja.  Hidup saya tidak berubah,
dari dulu
beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan
oleh Allah.
Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya
bersyukur.

46.      Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus
peperiksaan dan

hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira.
Saya tidak boleh
buat banyak.  Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit
daripada tidak
buat langsung.

47.      Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau
kapal terbang.
Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai
boleh pakai.
Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah
orang ramai
boleh pakai.

48.      Saya gembira dapat membantu.  Saya mahu orang
lain merasai
(kesenangan) apa yang saya pernah rasa.  Saya tahu
bagaimana
perasaanya.  Saya kata kepada diri saya, apa yang saya
dapat saya
mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri
kurang, lebih tak
mengapa.  Itu yang membuat hati saya seronok.

49.      Saya rasa saya ingin menyumbang lebih
daripada ini.  Saya
kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita
belum berjalan
lagi.  Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Tambahan

Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih
lagi Islam
jangan lah kita tergulong atau bertanggung jawab
menyumbang pada
pembunohan kegiatan amal orang melayu dan islam.

-      Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi
pengajian
untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks
Al-Bukhary,
menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan
Masjid Negara,
sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja
setiap tahun
penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk
tunaikan haji.

-      Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila
mana ibunya
menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00)
pertamanya sebagai
pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah.
Sebahagian lagi
(RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga
menyuruh beliau
menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk
menerangi kegiatan
sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah
pembentukan
peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali
hari ini.


Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - You care about security. So do we.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke