Kedudukan Palestin Di Dalam Islam
Oleh : Maszlee Malik
 
Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap
orang Islam. Jika dirujuk kepada al-Quran dan sunnah :

1.  Ianya merupakan tanah Para Anbiya'. Bahkan ramai para anbiya' yang
disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan
disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya).  Antara mereka
ialah Nabi Ibrahim (dimakamkan di Khalil â Hebron) , Nabi Ismail, Nabi
Ishaq, Nabi Yaaqub, Nabi Syuib, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahaya,
Nabi Isa dan lain â lain lagi. Semoga Allah memberkati mereka semua.
 
2. Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa, 
i-  masjid yang kedua dicipta oleh Allah S.W.T di muka bumi ini,
Berdasarkan hadith Abu Dzar dalam sahih al-Bukhari dan Muslim :
Rasulullah S.A.W pernah ditanya : "Mesjid apakah yang pertama
dibangunkan di atas muka bumi ini ?, Baginda S.A.W menjawab : "Masjid
al-Haram", "Selepas itu masjid apakah pula ?", Baginda S.A.W pun
menjawab : " Masjid al-Aqsa".
 
ii- menjadi qiblat pertama untuk orang Islam  sebelum mereka bersolat
menghadap ke Masjidil Haram di Mekah.
            Ini berdasarkan hadith yang mutawatir (banyak sekali) dari
para sahabat, dan di antaranya ialah Hadith dari al-Barra Bin 'Azib
seperti yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim :
"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bila tiba di Madinah, baginda telah
berjumpa     dengan saudara â maranya di kalangan Ansar, dan baginda
bersolat mengadap ke Baitul Maqdis selama 16 bulan atau 17 bulanâ"
sehingga akhir hadith. Had
iii- merupakan masjid yang ke 3 paling suci bagi orang Islam.
Berdasarkan hadith Abu Hurairah dan Abu Said al-Khudri yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim :
Rasulullah S.A.W bersabda : Janganlah kamu bersusah payah untuk
bermusafir kecuali untuk menuju ke tiga tempat : Masjid al-Haram,
MAsjidku ini (MAsjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa"
 
iv- Di maesjid ini jugalah kejadian Isra' (Perjalanan Malam) berlaku,
di mana Nabi Muhammad daripada bumi suci itu melakukan pengembaraan
malam yang penuh keajaiban ke langit yang dinmakan mikra  (Naik â ke
langit).
Firman Allah S.W.T :Yang bermaksud : 
"Maha suci Allah yang telah mengisrakan (membawa pada perjalanan
malam) hambanya dari masjid al-Haram ke masjid al-Aqsa yang telah kami
berkati sekelilingnya untuk kami perlihatkan kepadanya tanda â tanda
kekuasaan kami"                                                       
                                          (Surah al-Isra : ayat 1)
 
v- Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.
      Berdasarkan hadith : Sabda Rasulullah S.A.W : "Solat di masjidil
Haram bersamaan 100,000 solat, bersolat di masjidku bersamaan dengan
1000 solat, dan bersolat di masjid al-Aqsa bersamaan dengan 500
solat".
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabrani dan dikategorikan sebagai Hassan.
 
3.  Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar
selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.
Ini berdasarkan Hadith Maimunah Binti Saad yang telah diriwayatkan
oleh Imam Ahmad dalam musnadnya dan juga Ibn Majah : Maimunah telah
bertanya kepada Rasulullah S.A.W : "Ya Rasulullah berikan kami fatwa
berkenaan Baitul Maqdis", Lantas baginda menjawab : "Ianya adalah bumi
Mahsyar dan Kebangkitan" .
 
4. Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang
yang berjihad di jalan Allah. Dan dinamakan sebagai "Ardh Ribath",
iaitu bumi pertahanan jihad.
Atas dasar inilah Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada kaum muslimin
bahawa mereka akan mendudukinya dan berpusat di sana. Sebab itulah di
zaman Saidina Omar tidak sedikit sahabat yang syahid untuk
membebaskannya dari tangan kerajaan kristian Rom.  Selepas itu ianya
juga pernah jatuh ke tangan tentera salib Eropah sehinggalah
Salahuddin al-Ayubi membebaskannya. Begitu juga di zaman Tatar, mereka
hamper sahaja menawannya sehinggalah mereka dikalahkan oleh Sultan
Qutz. Dan sekarang ini ianya dijajah oleh Yahudi dan jihad akan
berterusan di sana selaras dengan janji Rasulullah S.A.W sehinggalah
hari kiamat nanti.
Ini selaras dengan hadith riwayat Abu Darda : "Ahli Syam akan
berterusan dalam jihad dan ribath di jalan Allah â"
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabrani.Al-Haithami menyatakan perawi
â perwainya semuanya thiqah dan ianya disokong oleh hadith â hadith
yang lain.
 
 
5. Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan
yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga
ke hari kiamat.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili
bahawa nabi S.A.W bersabda : "Sekelompok dari umatku akan tetap berada
dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh â musuh mereka,
dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh â musuh mereka kecuali
apabila mereka ditimpa kesusahan , dan sehingga dating pertolongan
dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala",Para
sahabat bertanya : "Di manakah tempat mereka itu ya Rasulullah S.A.W
?", Baginda S.A.W menjawab : " Di Baitul Maqdis dan di aknaf (bawah
lindungan) Baitul Maqdis".

 

Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah ibn Ahmad dalam Musnad Ahmad,
dan al-Haithami dalam Zawaidnya telah memberikan komentar : "Hadith
ini diriwayatkan oleh Abdullah Bin Ahmad (anak Imam Ahmad Bin Hanbal)
dan juga al-Tabrani, dan perawinya adalah orang â orang yang thiqah
(dipercayai).

                                         
6. Ianya juga merupakan bumi yang diberkati Allah. Samada dengan
banyaknya para anbiya yang telah diturunkan di sana, jihad yang
berterusan  dan juga dari sudut kesuburannya. Malah di dalam surah
al-Tin Allah S.W .T telah mengisyaratkan bumi tersebut dengan buah tin
dan buah zaitun â menurut tafsiran majoriti ulama tafsir- kerana
banyaknya terdapat buah tin dan buah zaitun di sana seperti yang telah
diriwayatkan oleh Ibnu Kathir di dalam "Tafsir al-Quran al-Azim"nya.
Antara ayat â ayat yang menunjukkan keberkatan bumi tersebut ialah
firman Allah S.W.T :
"Maha suci Allah yang telah mengisrakan hambanya pada waktu malam dari
masjidil Haram ke masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya
(bumi tersebut) , untuk kami tunjukkan kepadanya tanda â tanda
kekuasaan kami"            ( al-Isra : ayat 1)
dan juga firman Allah S.W.T :
"Dan kami selamatkan dia (Ibrahim) dan Lut ke bumi yang kami berkati
untuk sekelian alam"                                                  
             ( al-Anbiya : ayat 71)
Yang dimaksudkan dengan bumi yang diberkati di sini ialah bumi Palestin.
            Dan juga firman Allah S.W.T :
"Dan bagi Sulaiman (kami tundukkan) baginya angin kencang yang menurut
perintahnya ke negeri yang telah kami berkati"                       (
al-Anbiya : ayat 81 )
Yang dimaksudkan       dengan bumi yang diberkati di sini ialah Baitul Maqdis.
Dan banyak lagi ayat â ayat lain berkenaan fakta tersebut.
                        
7. Di sini jugalah akan didirikan ibu negara umat islam di akhir zaman
, dan kemajuannya akan membawa kepada tanda â tanda akhir zaman.
Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W seperti yang telah
diriwayatkan oleh Nuaim Bin Hammad salah seorang syeikh kepada Imam
al-Bukhari dalam kitabnya "al-Fitan" :
Sabda Rasulullah : " Pembangunan Baitul Maqdis membawa kepada
kehancuran Madinah (kerana diserang wabak)â" sehingga ke akhir hadith.
 
8. Di bumi ini jugalah banyak peristiwa besar pada akhir zaman akan
berlaku seperti yng telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam
hadith â hadith sahih dan hassan, antaranya :
i- Pusat pemerintahan imam Mahdi dan Nabi Isa A.S.
ii- Dajjal dibunuh oleh nabi Isa di Lud, sekarang ini terdapat
lapangan tentera Israel di Bandar tersebut.
Berdasarkan hadith Rasulullah riwayat Majma' Bin Jariah, sabda
Rasulullah S.A.W : "Ibn Maryam akan membunuh Dajjal di pintu kota Lud"
Hadith riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, al-Termizi, al-Humaidi, Ibn
Hibban, dan al-Tabrani dan diklasifikan sebagai sahih lighairihi.
iii- Pertempuran besar antara umat islam dengan Yahudi di bawah
pimpinan Dajjal akan berlaku di sini.
Berdasarkan hadith Ubadah Bin Somit,  Rasulullah S.A.W bersabda :
"Akan kekal di kalangan umatku sekumpulan yang berjihad menegakkan
yang haq dan mengalahkan mereka yang menentangnya sehinggalah di
kalnagan mereka akan membunuh Dajjal"
Hadith riwayat Imam Ahmad dan al-Tabrani dan dikategorikan oleh
al-Hakim sebagai sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim.
Berkaitan dengan pembunuhan pengikut â pengikut Dajjal di Baitul
Maqdis pula diceritakan dalam hadith Ibn Umar, bagaimana selepad
Dajjal dibunuh, mereka pula akan dibunuh oleh orang islam sehingga
jika mereka bersembunyi di sebalik batu dan kayu , batu dan kayu akan
memberitahu orang islam untuk membunuh Yahudi â yahudi tersebut.
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dan dikategorikan sahih oleh
Ahmad Syakir.
Dan lain â lain lagi.

________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Small Business - Try our new resources site!





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke