Minyak Kelapa Dara NUFERA : http://www.maynetwork.net/nufera/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Telefon bimbit mampu jejas kesihatan kanak-kanak

IBU bapa harus berfikir dua kali sebelum memenuhi permintaan anak 
mereka memiliki telefon bimbit kerana alat itu berpotensi 
menjejaskan kesihatan pada jangka masa panjang walaupun tiada 
pengesahan jitu mengenainya.

Profesor biokejuruteraan, Universiti Washington, Henry Lai, berkata 
penyelidik membuat spekulasi sejak lebih 10 tahun bahawa pancaran 
radiasi elektromagnetik telefon bimbit mungkin menyebabkan kerosakan 
DNA selain tumor otak tidak berbahaya.

"Kami tidak ada banyak bukti mengenai kesan kesihatan penggunaan 
telefon bimbit di kalangan remaja tetapi banyak spekulasi 
mengenainya," katanya.

Pengerusi Badan Perlindungan Radiologi Kebangsaan Britain, Januari 
lalu menasihati ibu bapa tidak memberi telefon bimbit kepada kanak-
kanak berusia lapan tahun atau ke bawah sebagai langkah berjaga-jaga 
terhadap potensi ancaman radiasi alat telekomunikasi berkenaan.

Lai berkata, apabila menggunakan telefon bimbit, 70 peratus hingga 
80 peratus tenaga yang dipancarkan daripada antena diserap oleh 
kepala.

Beberapa kajian menunjukkan potensi kesan serapan jangka panjang 
radiasi pancaran telefon bimbit tetapi hanya segelintir saja kajian 
seperti itu menjuruskan kesan penggunaannya terhadap kanak-kanak.

"Keadaan begitu membimbangkan terhadap kesan kepada kanak-kanak 
sebab tengkorak orang muda adalah nipis dan otak yang sedang 
berkembang mungkin mudah menerima resapan radiasi," katanya.

Beliau berkata, disebabkan tumor otak selalunya mengambil masa 
antara 30 tahun dan 40 tahun untuk berkembang, kanak-kanak yang 
menggunakan telefon bimbit bermula daripada usia remaja lagi akan 
mempunyai masa yang panjang untuk mendapat kesannya.

"Kami tidak tahu sama ada kanak-kanak lebih mudah meresap radiasi 
dan pengguna digalakkan meletakkan antena jauh daripada kepala," 
katanya.

Kebanyakan kajian mengenai perkara ini sudah dihentikan di Amerika 
Syarikat kecuali beberapa kerja yang disokong oleh industri telefon 
bimbit, termasuk kajian bebas di Eropah.

Sumber : Berita Harian Online
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sertai NUFERA Yahoo groups untuk mengemukakan soalan mengenai produk 
NUFERA & testimoni terkini daripada pengguna atau daftar melalui 
email di : [EMAIL PROTECTED] atau daftar online di : 
http://health.groups.yahoo.com/group/nufera/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
In low income neighborhoods, 84% do not own computers.
At Network for Good, help bridge the Digital Divide!
http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke