Al-Manar dan saluran TV Islam

Maszlee Malik



Lubnan sememangnya sebuah Negara yang unik. Sebuah Negara yang
mempunyai kurang daripada 4 juta rakyat ini mempunyai pelbagai jenis
puak dan golongan walaupun mereka semua dari satu bangsa iaitu Arab.
Jika Malaysia unik kerana terdiri daripada rakyat dari pelbagai bangsa
dan latar belakang, Lubnan bukanlah sedemikian. Bangsa Arab yang
mendiami Lubnan terdiri daripada dua golongan utama, golongan Muslimin
yang terdiri daripada tiga golongan utama, Sunni, Syiah dan juga
Druze. Sunnah pula terbahagi kepada beberapa golongan kecil seperti
Salafi, Ahbaysh, Sufi, Syafi'i lain-lain lagi. Syiah juga seperti itu,
ada Hizbollah dan ada Hizbu Amal. Golongan Kristian juga mempunyai
nasib yang sama, ada Kristian Maronites (penduduk asal Beirut), ada
Ortodoks, ada Protestant, ada Gereja Syria Greek, ada Syria Aramaic
dan pelbagai lagi. Pembahagian ini tdak termasuk kumpulan-kumpulan
politik. Di sudut yang lain juga, ianya merupakan tempat perlindungan
bagi hamper setengah juta pelarian Palestin sehingga kini semenjak
tahun 1948. Tidak hairanlah suatu waktu dahulu ianya merupakan tapak
peperangan saudara yang telah mengambil nyawa ribuan rakyatnya.

Di sebalik kepelbagaian ini terdapat kebaikan juga. Tiada halangan dan
tekanan ke atas mana-mana golongan agama, kecuali kepada rakyat
Palestin yang hidup sebagai pelarian dan dengan nasib yang kurang
daripada haiwan peliharaan milik mereka-mereka yang tinggal di Beverly
Hill, Amerika. Walau bagaimanapun di sini bukanlah tempat untuk
membicarakan perkara yang amat memilukan ini. Perkara yang menarik
yang ingin dibawa oleh penulis ialah saluran TV Islam al-Manar yang
dimiliki oleh Hizbollah. Sebagai sebuah kumpulan keagamaan dan
politik, Hizbollah bebas mempunyai saluran Televisyen islam milik
mereka sendiri. Ketika menonton saluran al-Manar tersebut, penulis
tertanya-tanya, bilakah agaknya Malaysia akan mempunyai saluran TV
yang Halal seperti ini ?, bukankah kita ini hidup di sebuah Negara
Islam, Islam Hadari, dan contoh kepada Negara-negara Islam yang lain.
Alhamdulilah kita telah mempunyai saluran radio Islam, IKIM.fm yang
merupakan salah sebuah saluran radio yang diminati oleh golongan tua,
golongan pertengahan dan juga pelajar-pelajar IPT yang mempunyai
semangat keIslaman. Agaknya bilakah akan sampai masa untuk umat Islam
di Malaysia akan berpeluang melihat rancangan-rancangan Televisyen
yang tidak menjejaskan pahala mereka, dan tidak pula menambahkan dosa.

Mungkin terbayang di kotak pemikiran para pembaca sekelian, saluran TV
al-Manar tersebut akan menghidangkan rancangan-rancangan ceramah,
khutbah, bacaan al-Quran dan juga segmen-segmen yang membosankan
golongan generasi MTV. Terbayang juga pengacara-pengacara rancangan
yang berjubah, berserban, berpurdah, berjubah hitam dan juga mungkin
membawa senjata. Bukankah Hizbollah termasuk di dalam senarai
pengganas yang dikeluarkan oleh CIA?. Tidak, tu semua adalah persepsi
yang meleset semata-mata. Ianya adalah persepsi yang datang, samada
oleh mereka yang jahil tentang keindahan Islam, ataupun dari
golongan-golongan yang tidak bersedia membuka kotak pemikiran mereka
terhadap perubahan zaman. Semuanya normal, semua rancangannya menarik,
ada hiburan, ada berita, ada ceramah, ada rancangan libur, kuiz,
sukan, segmen wanita, segmen ramaja, segmen kesihatan, dan pelbagai
lagi. Bukankah kita hidup di zaman moden?, mengapa mesti menjumudkan
kehidupan umat Islam dengan dialog-dialog yang kaku dan hanya sesuai
untuk mereka yang berumur 70 tahun ke atas sahaja?

Persoalannya, apakah pula perbezaannya dengan saluran-saluran
televisyen yang lain?, banyak sekali perbezaannya!

Pengacara-pengacara mereka semuanya menutup aurat dan tidak
mengada-ngada. Rancangan-rancangan mereka tiada yang maksiat,
mendedahkan aurat dan juga percampuran tanpa batasan para muda-mudi.
Yang penting, rancangan-rancangan di dalam saluran tersebut telah
di"khatan"kan, agar ianya benar-benar menepati kehendak syariat Islam,
dan bukannya kerakusan nafsu CEO yang jahil ataupun para liberalis
anti Islam seperti yang terdapat di negara-negara umat Islam yang
lain. Seperti radio IKIM.fm, apakah bezanya dengan saluran-saluran
radio yang lain?, ada dunia ada akhirat, seperti kata seorang jiran
pertengahan umur yang meminati saluran radio tersebut di kawasan
perumahan penulis.

Apakah halangannya Malaysia untuk mempunyai saluran televisyen
sedemikian?, jika keuntungan menjadi persoalannya, bukankah RTM satu
dan dua sering menghitung kerugian pada tiap-tiap hujung tahun. Jika
tidak kerana bantuan dari kementerian penerangan, tentulah sudah lama
kedua-dua saluran tersebut telah gulung tikar. Bagaimana pula dengan
TV3 yang juga sering membilang angka-angka kerugian, tidakkah kesemua
saluran-saluran tersebut sama-sama menaggung rugi!, walaupun melayan
nafsu penonton dan juga kehendak pengiklan-pengiklan sering menjadi
motto mereka. Jika tiada hiburan buka-buka dan rancangan muda-mudi
yang keterlaluan, tiada syarikat yang ingin mengiklankan produk
mereka!, itulah alasan yang menjadi dalil paling qat'i oleh para
pengusaha saluran televisyen untuk tidak mempunyai saluran televisyen
Islam ataupun untuk tidak terlalu kerap menayangkan
rancangan-rancangan keIslaman, terutamanya di waktu-waktu perdana.
Sayangnya, ternyata nafsu-nafsu merekalah yang ingin mereka puaskan
dan bukannya pihak-pihak lain. Ini jelas apabila mereka terpaksa
menanggung kerugian setiap tahun. Persoalannya ialah "Nak atau Tak
Nak"!, bukannya untung atau rugi.

Bagi golongan pengusaha-pengusaha badan penerbitan yang beragama Islam
tetapi berfikiran kolot seumpama ini, cukuplah saya katakana "tak tahu
malu!!!" kepada mereka. Tidakkah mereka lihat saluran-saluran
televisyen Kristian milik golongan Avangelist dan juga golongan
Kristian yang lain ?, mereka menggangap itu semua sebagai "crusade"
mereka untuk Jesus dan Gospel. Di Beirut sahaja, dua saluran Kristian
diwujudkan sebagai saluran propaganda mereka. Belum lagi di
Negara-negara barat yang lain. Agak memeranjatkan penulis ketika
mencari saluran-saluran televisyen yang agak "bersih" ketika berada di
Cyprus, penulis terserempak dengan lebih daripada dua saluran Kristian
yang memaparkan rancangan-rancangan dakwah mereka. Jangan dilihat
kepada yang selebihnya, sudah tentu ianya bukan sekdar mengurangkan
iman, malah meruntuhkannya. Jangan silap faham, penulis tidak menonton
saluran-saluran yang kotor itu lama-lama, sekadar mencari saluran
berita sahaja.

Mungin ada Pak Pandir-Pak Pandir akan bersuara, kita tiada model untuk
diikuti. Banyak yang haram-haram zaman sekarang, macamana nak buat
rancangan televisyen Islam (baca: halal). Tidak banyak penerbit dan
syarikat perfileman yang ingin menghasilkan rancangan-rancangan
tersebut. Tiada peruntukan, tiada itu dan tiada ini. Jawapannya mudah
sahaja, "hendak atau tidak". Jika hendak seribu daya, dan jika tidak
hendak, seribu dalih dan dalil boleh dilaungkan. Penulis yakin jika
saluran televisyen Islam ditubuhkan, banyak pihak yang akan tampil,
terutamanya mereka-mereka yang ingin mencari pahala dan mencari
alternatif kepada saluran-saluran televisyen konvensional yang sering
menggoncangkan iman mereka. Jika model yang menjadi persoalannya,
al-Manar dan juga saluran-saluran televisyen Islam yang lain seperti
Iqra, TV Islam dan lain-lain lagi di Negara barat boleh menjadi contoh
dan model. Mungkin panel syariah untuk saluran tersebut juga perlu ada
sepertimana yang terdapat di bank-bank yang menjalankan
kaunter-kaunter Syariah di seluruh Negara. Mungkin Dr Yusuf
al-Qaradawi boleh dijadikan penasihat utama saluran tersebut, dan
bukunya "Malamih al-Mujmata' al-Islamiyy alladhi Nunsyiduha" boleh
dijadikan Magna Carta untuk menggariskan dasar-dasar saluran
berkenaan. Atau kita juga boleh mengambil Yvonne Riddley, wartawan
British mantan mangsa penculikan Taleban yang sekarang ini sedang
mengusahakan saluran "TV Islam" di UK, sebagai penasihat untuk
rancangan-rancangan saluran tersebut.

Penulis juga yakin, di bawah pemerintahan Islam Hadhari Pak Lah,
kemungkinan untuk merealisasikan mimpi mempunyai saluran televisyen
Islam bukan lagi khayalan. Walau bagaimanapun, sama-samalah kita
tunggu dan lihat seperti biasa, tanpa membuat apa-apa
tindakan-tindakan pro-aktif, tidak perlu kita tekankan sangat, tidak
perlu juga kita bersuara lebih-lebih dan berusaha. Bukankah rakyat
Malaysia yang beragama Islam hanya layak menjadi penonton yang malas
sahaja???





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke