--- Siti Rubiah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> From: "Siti Rubiah" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: Fw: Mak..Abah..Jangan gaduh lagi, ek.. 
> Date: Thu, 24 Mar 2005 12:37:05 +0800
> 
> Message
>  
>   Khas buat semua.  Renungkanlah.  Buat semua ayah,
> ibu dan orang ketiga..
> 
>    
> 
>  
>
*******************************************************************************
> 
>    
> 
>   "Hmmmm.  Apa yang patut aku buat.  sana masam..
> sini muram.  pening lah."
> 
>    
> 
>   Sambil menghirup air coklat kegemarannya,
> pandangan Timah beralih ke potret keluarga yang
> terletak di meja tulisnya.  Dia mengeluh lagi, lalu
> bangun ke jendela, merenung ke awan.  Kelam, tak
> berbintang.
> 
>    
> 
>  
>
*******************************************************************************
> 
>    
> 
>   Enam belas tahun yang lalu.
> 
>    
> 
>   'Timah!  Pegi naik atas.  Mak ada hal nak cakap
> dengan abah."  Mak mengarah dengan suara umpama
> halilintar.  Timah yang baru saja pulang dari klinik
> dengan abah, menurut arahan dengan rasa hairan di
> hatinya. Seketika kemudian, kedengaran jerit suara
> mak bercampur tangisan,dan suara abah yang pada
> mulanya perlahan, tetapi semakin lama semakin
> mengikut rentak suara mak.  Itulah permulaan
> keretakan keluarga Timah.  
> 
>    
> 
>   Timah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang
> bahagia.  Walaupun mereka hidup sederhana, tetapi
> sentiasa abah cuba mencukupkan keperluan
> anak-anaknya, lebih lebih lagi di dalam pelajaran,
> sanggup abah bergolok gadai, demi masa depan. 
> Setiap hujung minggu, meskipun belum mempunyai
> kereta sendiri, tetapi abah tetap akan membawa Timah
> adik beradik keluar berjalan-jalan, paling kurang
> pun ke BM untuk menikmati KFC, hidangan yang
> dianggap agak mewah pada masa itu.  Dan Timah
> bahagia, kerana mempunyai abah yang baik dan mak
> yang penyayang.
> 
>    
> 
>   Tetapi, pada tahun itu, sehari sebelum peperiksaan
> akhir tahun Timah, keluarganya seakan ditimpa ujian.
>   Rahsia abah yang tersimpan selama dua tahun.
> Akhirnya terbongkar juga.  Abah, bercinta dengan
> seorang gadis, kawan sekerja abah.  Mak terjumpa
> surat cinta abah di celah-celah lipatan kain. 
> Kasihan mak.  Mak menentang habis-habisan hubungan
> abah dengan wanita itu.  Akibatnya sikap degil abah
> yang sedang asyik bercinta, dan mak yang tidak
> sanggup berkongsi kasih, keluarga yang dulunya
> bahagia kini berantakan.  Mak mengambil keputusan
> untuk bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah
> kilang yang berganti tiga shif, huru-haralah
> keluarga bahagia.  Makan minum, tidak terjaga. 
> Apatah lagi pelajaran.  Kasihan dik Na, dik Da dan
> dik Ra yang masih kecil, berusia antara dua hingga
> lapan tahun, terbiar, seperti juga Timah yang ketika
> itu berusia sebelas tahun.
> 
>    
> 
>   Jika dulu, setiap kali maghrib dan isyak, abah
> akan berjemaah dengan anak-anak, kemudian bacakan
> kitab.  Selepas isyak, abah akan memeriksa buku
> sekolah dan mengajar serta membantu anak-anak
> menyiapkan kerja rumah.  Namun kini tiada lagi semua
> itu..  dengan serta merta juga prestasi Timah turun
> mendadak.  Setiap hari Timah adik beradik disogokkan
> dengan pertengkaran abah dan mak.  Kesudahan, abah
> keluar, mak pun keluar, bawa adik Na bersama,
> berbasikal.  Entah kemana perginya.  Tinggal Timah
> adik beradik di rumah, menangis ketakutan.
> 
>    
> 
>  
>
*******************************************************************************
> 
>    
> 
>   "Aaaachum!!!  Alamak.. selsema aku dah datang
> balik. ni mesti sejuk punya pasal nie.  Baik masuk
> dalam.  Macam nak hujan aje nie, bintang pun tak
> de."  Timah bingkas beredar dari jendela, menuju ke
> meja tulisnya, merenung semula potret keluarganya.
> 
>    
> 
>   "Apa yang patut aku buat.  Dah seminggu macam ni. 
> Sorang ke timur, sorang ke barat.  Dua-dua mogok. 
> Yang jadi mangsa, aku jugak.  Nak tegur salah, tak
> tegur pun salah.  Suruh kakak balik pun tak dapat
> balik.  Anak intan abah pun tak boleh balik.  Dik Na
> kat UUM, PKLN.  Dik Da kat Pahang, esok lusa baru
> balik.  Haii.  "  Rungut Timah dalam hati.  Walaupun
> hati Timah bersedih, tetapi rasa kesal juga ada. 
> Kesal kerana selepas enam belas tahun, mereka masih
> bersikap begitu.
> 
>    
> 
>  
>
*******************************************************************************
> 
>    
> 
>   "Aku ceraikan kau talak satu!"  Bagai halilintar,
> ucapan itu keluar dari mulut abah.  Timah, yang
> sepatutnya berada di asrama sekolah, memeluk
> adik-adiknya.  Melihat drama yang tidak pernah
> berakhir.  Mujurlah Timah berada di rumah, kerana
> Timah lari dari sekolah.  Bila di tanya apa alasan
> Timah lari, Timah diam.  Timah tidak tahu kenapa dia
> lari.  Rupa-rupanya, kehadiran Timah di rumah
> penting bagi adik-adiknya.  Kakak, telah berkahwin
> semasa Timah di tingkatan tiga dan sekarang baru
> lepas pantang.
> 
>    
> 
>   Selepas mak diceraikan, mak memerapkan di bilik
> atas, tiga hari berturut-turut.  Tanpa makan, minum
> dan mandi yang sempurna.  Mujurkah kakak dah balik,
> dapat juga tengok-tengokkan mak dan adik-adik. 
> Timah tak pandai nak buat semua itu.  Rupanya, mak
> mengamuk kerana nampak abah dengan perempuan itu. 
> Bila mak hilang sabar, mak marah perempuan itu. 
> Lepas tu, perempuan itu mengadu yang bukan-bukan,
> perkara yang tidak mak lakukan kepadanya.  Mana mak
> tak mengamuk.  Selepas lima tahun, abah dengan
> perempuan itu bagai tidak dapat dipisahkan.  Semakin
> rapat.
> 
>    
> 
>   Genab umur enam belas tahun, Timah keluar bekerja.
>  Abah telah berpindah ke rumah tok.  Timah jadi
> operator pengeluaran, kilang buat kain.  Timah tak
> dapar bertukar sekolah, tiada siapa yang membantu
> dalam proses pertukaran itu.  Abah marah, dan tidak
> mahu membantu, kerana Timah lari dari sekolah. 
> Budak sebesar Timah, manalah tahu perihal urusan
> rasmi.  Kesudahannya, Timah meninggalkan alam
> persekolahan dalam usia yang tidak sepatutnya.
> 
>    
> 
>   Pada penghujung tahun, abah dan mak rujuk semula. 
> Mungkin kerana terpaksa, mak tidak tahu berdikari,
> atau apa sebabnya, Timah tidak tahu.  Yang Timah
> tahu abah sudah balik ke rumah semula walaupun ada
> abah, sama macam tak ada.
> 
>    
> 
>  
>
*******************************************************************************
> 
>    
> 
>   Timah teresak-esak menangis.  Entah kenapa,
> peristiwa duka itu masih berulang-ulang dalam
> ingatan.  Agaknya, mungkin  kerana krisis terbaru
> mak dan abah.  Mujurlah adik adik semuanya membesar
> di asrama, jadi, mereka tidak selalu menyaksikan
> pergaduhan mak dan abah yang mungkin mengganggu jiwa
> mereka.  
> 
>    
> 
>   Timah, sudah mempunyai segulung ijazah dengan izin
> Allah, selepas Timah mengambil SPM dan STPM walaupun
> sudah agak terlewat bagi usianya dan dapat pula
> melanjutkan pelajaran di IPTA.  Mujurlah Timah tidak
> berterusan hanyut dengan pengaruh negatif
> kawan-kawan Timah.  Mujurlah kesusahan Timah bagai
> memberi kuliah hidup kepada Timah, dengan hidayah
> Allah, alhamdulillah.
> 
>    
> 
>   Cuma yang Timah masih belum berjaya, kahwin. 
> Timah takut.  Takut jadi macam mak dan abah.
> 
>    
> 
>   "Ya Allah..  sejukkan lah hati mak dan abah.. 
> damaikanlah hati mereka berdua..  usahlah dibiarkan
> mereka terus bermasam muka."  
> 
>    
> 
>   "Semuanya gara-gara abah pergi ke Pahang dengan
> makcik.  Walhal, abah memang sudah banyak kali ajak
> mak, tapi mak tak nak.  Tapi, bila abah pergi dengan
> makcik, mak mengamuk pula.. hai. apa la nak jadi." 
> Timah termenung lagi.
> 
>    
> 
>  
>
*******************************************************************************
> 
>    
> 
>   Akhirnya, abah berkahwin juga dengan perempuan
> itu, pada penghujung tahun 1998.  Mak lari dari
> rumah, Timah juga yang cari.  Timah pinjam motor
> kawan, bawa dik Da.  Mak lari balik kampung dengan
> keadaan tidak terurus.  Timah sedih, sedih sangat. 
> Tapi Timah dah keras hatinya.  Depan mak, abah,
> adik-adik Dan kakak, Timah seolah tidak berperasaan.
>  Tetapi, apabila Timah sendirian, hanya Tuhan yang
> tahu.
> 
>    
> 
>   Timah berhijrah tahun kemudiannya.  Kecewa dengan
> abah. Abah marah Timah, tuduh Timah anak derhaka. 
> Abah tak faham.. abah tak tahu.  Timah kecewa, Timah
> selalu hidup dalam ketakutan dan keresahan.  Selalu
> Timah menangis sebab mak dan abah.  Abah tak tahu. 
> Timah berlagak tabah, Timah pura-pura berdikari. 
> Tapi, abah tak tahu. mak tak tahu. tiada sesiapa pun
> tahu.  sebenarnya, Timah lemah.  Kepincangan
> keluarga telah mempengaruhi Timah.  Timah 
> bergantung kasih sayang pada orang lain.  Mujurlah,
> Tuhan masih sayang kat Timah.  Mak.. abah..  mengapa
> mesti bertindak mengikut hati..??
> 
>    
> 
>  
>
*******************************************************************************
> 
>    
> 
>   "Kesian dik Da, agaknya, exam tadi macammana la.. 
> dia ada di rumah semasa mak dan abah gaduh. 
> Minta-minta dik Da tak tewas dengan perasaan."  Doa
> Timah dalam hati.  "Dik Ra pun kesian juga, tidak
> dapat melanjutkan pelajaran ke tahun empat.  Dik Ra
> tidak terpilih katanya, result tak cantik."  
> 
>    
> 
>   Timah masih lagi di meja tulis.  Masih lagi
> merenung potret keluarga.  Wajah abah.. wajah mak..
> tergiang-ngiang di telinga Timah lagu Family Potret
> nyanyian Pink, lagu yang sering dik Ra nyanyikan..
> lagu  yang sering buat dik Ra sedih.
> 
>    
> 
>   "Dalam banyak-banyak, Dik Na yang paling
> ketinggalan dalam pelajaran.  Dik Na mudah
> terpengaruh dengan suasana persekitaran yang tidak
> elok.  Cara berpakaian, pergaulan.  Jati dirinya
> kurang.  Mak dan abah mula bergaduh semasa dik Na
> berusia dua tahun, kemudian dik Na tidak dipedulikan
> sangat.  Kesian dik Na."
> 
>    
> 
>   "Dik Da, yang paling baik dan bijak.  Dik Da
> tinggal di asrama dari usianya 13 tahun, hinggalah
> sekarang, berjauhan dari keluarga.  Cuma dik Da
> bertuah, dia dapat menumpang dipohon yang rendang. 
> Ilmu di cedok pengetahuan di kutip.  Cumanya, dik Da
> tidak tahu berdikari.  Tiada kemahiran untuk hidup. 
> Runsing juga aku hal ni.  Semoga suatu hari nanti,
> dik Da mampu bersendirian menghadapi cabaran."
> 
>    
> 
>   "Yang paling emosional, dik Ra.  Impak paling
> besar yang tidak mampu dikawal.  Dik Ra membesar
> menjadi seorang yang degil, keras hati, dan
> pentingkan diri sendiri.  Ego, gagal mengawal emosi.
>  Aku tau potensi dik Ra besar, dik Ra punya bakat
> seni.  Tetapi, kerana emosi, dik Ra tidak mampu
> belajar dengan sempurna, dan gagal ke tahun ke
> seterusnya."
> 
>    
> 
>   "Kakak lagi dasyat ujiannya.  Kerana berkahwin
> untuk melarikan diri dari masalah mak dan abah,
> kakak terperangkap dalam masalah rumahtangganya
> pula.  Aku kasihan anak-anak saudara yang seperti
> anak sendiri, tunggang langgang hidup mereka.  Abang
> ipar yang 'bodoh sombong' gagal mengawal keadaan. 
> Kasihan. Anak-anak yang bijak akhirnya gagal dalam
> peperiksaan, kerana kurangnya perhatian dari ibu
> bapa, yang seorang masih lagi dengan cara hidup
> bujang, yang seorang lagi terpaksa mengambil alih
> tugas mencari rezeki.  Yang jadi mangsa, anak-anak. 
> Kasihan.."  Timah bermonolog sendiri.
> 
>    
> 
>   "Abah baik, bertanggungjawab, tidak pernah
> mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. 
> Tanggungjawab terhadap mak, hanya Tuhan yang tahu." 
>  Timah tidak mahu menuduh.  
> 
>    
> 
>   "Mak pun baik.  Penyayang.  Cuma, emosi kadangkala
> tidak dapat dikawal apabila berhadapan konflik
> dengan abah.  Makcik, entah.  Aku tidak pernah cuba
> mengenali makcik.  Aku tidak berdendam, Cuma tawar
> hati.  Makcik tinggal dalam kawasan yang sama. 
> Dulu, mak pernah cuba menerima makcik, tapi makcik,
> masih seperti dahulu, suka mengadu domba.  Aku
> terima makcik.  Tapi bukan dalam hidup aku, Cuma
> dalam hidup abah."  Fikiran Timah semakin runsing.
> 
>    
> 
>   "Entahlah. "  Keluh Timah, cuba menghentikan
> tangisan.  Namun, semakin Timah cuba, semakin laju
> airmatanya membasahi pipi.  Timah sedih, mak mendera
> diri.  Tak mahu makan, memencilkan diri, menangis,
> keadaan diri tak terurus.  Abah pun sama, cuma
> kesannya tak nampak ketara.  Abah tidak dapat
> bekerja kerana tekanan.
> 
>    
> 
>   Timah hairan, bagaimana bijaknya syaitan
> menggunakan senjatanya menggoda mak dan abah hingga
> mereka tewas pada ujian.  Halus sungguh tipudaya
> syaitan. Tiba-tiba Timah tersentak. 
> "Astagfirullah..  tak baik aku meratap macam ni.  Ni
> mesti kerja syaitan, nak tipu aku, supaya aku tidak
> redha dengan takdir Ilahi.  Cis!! Hampir tipah
> tertipu tadi..  sabarlah hati..  Setiap yang terjadi
> ada hikmahnya."  Lantas timah terus saja ke bilik
> air, berwuduk.  Belum lagi menunaikan Isyak. 
> Agaknya terlalu dibuai oleh perasaan melekakan
> timah.
> 
>    
> 
>   Dalam hati timah berbisik. "Mak.. Abah.. Jangan
> gaduh lagi, ek."
> 
>    
> 
>  
>
*******************************************************************************
> 
>    
> 
>   Begitulah rintihan hati seorang anak.  Renungkan,
> perpecahan sebuah rumahtangga hanya menyumbang
> kepada kepincangan.  Tumbesaran mental anak-anak
> terjejas, dan biasanya membentuk anak menjadi lebih
> negatif.  Persis membentuk kuih tanpa acuan yang
> sempurna, maka, kuih yang dibentuk juga pasti kurang
> sempurna.
> 
>    
> 
>   Kepada adik-adik, kakak-kakak, abang-abang
> sekalian, seandainya saudara sekalian sedang
> menghadapi situasi sebegini, tanganilah dengan
> bistari.  Jangan biarkan emosi menguasai diri,
> kerana akibat yang bakal kita tanggung, selagi kita
> hidup di bumi ini.  Malah, bukan saja akibat
> terpalit pada empunya diri, juga pada anak-anak si
> buat hati.  Ini hanyalah secebis kisah dari
> beribu-ribu kisah anak yang menjadi mangsa
> pertelingkahan ibu bapa dan orang ketiga.  Jangan
> abaikan amanah Allah, usah biarkan mereka hidup
> dalam kedukaan.
> 
>    
> 
>   Buat para suami yang bercadang untuk berkahwin
> lagi, bedah siasatlah hati, apa niat di hati untuk
> berkahwin lagi.  Ikhlaskah untuk menegakkan sunnah
> Rasulullah s.a.w., atau hanya sekadar bisikan nafsu.
>  Kalau ikhlas, mengapa harus memilih dara mekar,
> sedang di luar sana masih terdapat banyak ibu
> tunggal yang memerlukan pertolongan?  Dalam
> banyak-banyak isteri Baginda s.a.w, hanya Aisyah r.a
> masih gadis semasa berkahwin dengan baginda.  Yang
> lain, janda atau balu yang memerlukan pembelaan. 
> Ikhlaslah pada diri, mampukah kalian berlaku adil,
> adil dalam konteks Islam, yang sebenar-benarnya? 
> Ingatlah, anda adalah seorang pemimpin  yang akan
> dipertanggungjawabkan keatas pimpinan anda di
> akhirat nanti.  Beranikah kalian menganggung beban
> yang berat ini?
> 
>    
> 
>   Buat si gadis yang bercinta dengan suami orang,
> haruskah kalian menuding jari kepada takdir dengan
> mengatakan ianya sudah tersurat?  Sedangkah pisau
> dan mentimun di tangan anda.  Anda masih boleh
> memilih A, B, C atau D, atau yang lain-lain lagi,
> bukan terhenti hanya pada A.  Jangan kononnya
> terlalu dahagakan kasih sayang sehingga buta kerana
> cinta, tidak dapat melihat anak-anak kecil yang
> masih dahagakan didikan dan kasi saying yang
> sempurna dari ayahbonda?  Mampukah anda bahagia di
> atas air mata kecewa seorang isteri dan derita
> anak-anak?  Fikirkanlah. jangan terlalu takut dengan
> cap Andalusia hingga sanggup melakukan apa saja. 
> Ketepikan ego anda.  Letakkan diri anda di tempat
> isteri dan anak-anak itu.  Apa perasaan anda. 
> Fikirkanlah.
> 
>    
> 
>   Buat para isteri yang sedang merana.  Bersabarlah.
>  Ini ujian dari Tuhan.  Menghadapi situasi yang
> umpama luka di hiris pisau yang tumpul dan disimbah
> cuka ini, jangan sesekali mengabaikan anak-anak demi
> mengikut hati yang luka.  Sabarlah.  Jangan terburu
> nafsu membuat keputusan, menyalahkan keadaan.  Apa
> sekalipun, utamakanlah anak-anak.  Mereka pewaris
> masa depan kita.  Doa mereka penyelamat kita di
> sana.  Bersabarlah.  ingatlah Tuhan sentiasa bersama
> orang-orang yang sabar.
> 
>    
> 
>   Umpama madu lebah, untuk menikmati kelazatan dan
> kenikmatannya bukan mudah.  Kita perlu menanggung
> risiko, memanjat pokok yang tinggi, perlu
> menggunakan keselamatan, berhati-hati dan
> berlemah-lembut ketika menghalau lebah dari
> sarangnya, dan bermacam-macam lagi.  Andai tersalah
> langkah, buruklah akibatnya.  Begitu juga untuk
> bermadu di dalam rumahtangga.  Perlu berhati-hati,
> berlemah-lembut, berhemah dan berhikmah dan pelbagai
> lagi yang perlu, barulah madu yang diteguk tidak
> menjadi racun.  Tidak mudah bukan?
> 
>    
> 
>   Bukan menafikan hak berpoligami, cuma mengingatkan
> untuk lebih berhati-hati.  Yang dibantah ialah
> ketidakadilan lelaki bila sudah berpoligami. 
> Janganlah terlalu menuntut hak sebagai suami,
> sedangkan hak kepada isteri dan anak anak belum lagi
> dipenuhi.  Si isteri tentu lebih mengenali sikap si
> suami, maka dengan itu dia menolak untuk berkongsi. 
> 
> 
>    
> 
>   Sekian dulu buat kali ini.  Angah memohon maaf
> sekiranya ada tersalah kata dan terkasar bahasa. 
> Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan
> sempadan.   Yang buruk datangnya dari angah sendiri
> juga.  Terima kasih kepada yang sudi membaca hinga
> ke titik akhir.
> 
>    
> 
>   Sekian, wassalam.
> 
>    
> 



                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Mail - Helps protect you from nasty viruses. 
http://promotions.yahoo.com/new_mail





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
In low income neighborhoods, 84% do not own computers.
At Network for Good, help bridge the Digital Divide!
http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke