Di sini Kita Bermula..
1. Islam Berasaskan Kefahaman Dan Keyakinan Bukan Ikutan
Manusia adalah makhluk yang istimewa kerana ia bijak menggunakan akal
dan fikiran. Dengan otak pemberian Allah ini, kita mampu mengingat
pelbagai benda, memikirkan segala sesuatu bahkan membuahkan pelbagai
idea, ciptaan dan rekabentuk. Dengan akal ini juga kita berupaya
menanggapi permasalahan yang rumit dalam alam profesyen dan pengajian
dan kita.
Bagi manusia yang tergolong ke dalam golongan intelek, ia menjadi
lebih penting kerana dalam banyak hal bidang pekerjaan dan kerjaya
mereka akan banyak bergantung kepada keupayaan mereka menggunakan akal
pemikiran; tidak hanya tulang empat kerat. Bagi manusia yang bukan
daripada golongan intelek atau profesional pun, otak tetap penting; ia
tetap akan digunakan..
Dengan akal ini juga, kita menjadi manusia yang bertanggungjawab.
Dalam Islam, orang yang tidak berakal adalah bukan mukallaf yakni
bukan orang yang boleh dipertanggungjawabkan; bukan orang yang boleh
diberi tugas dan tuntutan agama. Seseorang yang tidak 'aqil, samada
kerana masih kecil atau kerana hilang aqal, tidak dituntut
melaksanakan kewajipan agama.
Kenapa orang tidak berakal bukan mukallaf? Kerana asas aqidah dan
ibadah kita ialah kefahaman dan keyakinan. Kita sendiri yang perlu
faham dan yakin dengan ad-Deen dan cara-cara mengamalkan ad-Deen ini.
Islam mahukan kita membuat sesuatu berdasarkan alasan atau dasar serta
dalil yang jelas. Ia tidak boleh atas dasar 'kita rasa' atau 'ikut
orang' atau 'kerana orang suruh'.
Sikap melakukan sesuatu tanpa alasan adalah sifat orang kafir. Mereka
melakukan sesuatu atas dasar ikut-ikutan atau kerana me'rasa' itulah
jalan terbaik untuk beraqidah atau beribadat Terdapat banyak ayat
yang menyalahkan orang kafir dalam hal ini dan menuntut mereka
mendatangkan dalil/alasan yang kukuh kepada pegangan mereka.
Misalnya:
Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu,
begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah jeleknya kata-kata yang
keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali
dusta.
(al-Kahfi: 5)
Juga di sana ada banyak ayat yang mengecam orang yang mengikut sahaja
apa yang dipegang dan diamalkan oleh bapa-bapa dan nenek moyang mereka
tanpa soal.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: " Ikutilah apa yang telah
diturunkan Allah ", mereka menjawab:" (Tidak), tetapi kami mengikuti
apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami".
(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu
tidak mendapat petunjuk?
(al-Baqarah: 170)
Apabila dikatakan kepada mereka: " Marilah mengikuti apa yang
diturunkan Allah dan mengikuti Rasul". Mereka menjawab: " Cukuplah
untuk kami apa yang kami dapati bapa-bapa kami mengerjakannya"
(al-Maidah: 104)
Sebaliknya di sana juga terdapat banyak ayat yang menyuruh kita
berpegang kepada nas dan dalil yang terang dalam pegangan dan amalan
kita. Misalnya:
Firman Allah bermaksud:
"Jangan kamu mengikut sesuatu yang kamu tiada ilmu/pengetahuan
mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya
akan ditanyai (pertanggungjawabkan)".
(al-Isra':36)
" Katakanlah inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku
menyeru kepada Allah di atas hujjah yang nyata...
(Yusuf:108)
Jelas asas pegangan aqidah dan ibadat ialah dalil dan nas. Jika tiada
dalil, tiada nas, tiada hujjah, tiada bukti maka kita melakukan
sesuatu yang merbahaya, ibarat berpegang pada dahan yang rapuh. Oleh
itu, sewajarlah kita cuba faham apa yang kita buat, teliti apa yang
kita pegang, selidik apa yang kita dengar. Kerana tanpa pengetahuan,
kita mungkin sesat, tersilap atau kita mungkin membuat sesuatu yang
tidak sepatutnya kita buat.
Mungkin ramai dari saudara-saudari pembaca yang mengatakan apa yang
saya coretkan di atas adalah perkara biasa atau `common knowledge'
tetapi persoalannya ialah adakah amalan kita mencerminkan sedemikian?
Cerminlah diri kita.: Sejauh manakah amalan dan kefahaman kita selama
ini benar-benar menunjukkan kita faham dan prihatin tentang perlunya
kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah? Sejauh manakah pula amalan dan
kefahaman kita tidak tergolong ke dalam golongan yang berkata: "
Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapa-bapa kami
mengerjakannya"
Sekiranya kita setuju bahawa kita mesti melakukan sesuatu dengan penuh
kefahaman dan keyakinan, apakah implikasinya kepada setiap amalan dan
pegangan kita selama ini? Benarkah sikap dan pandangan kita telah
kita sesuaikan dengan prinsip yang masyhur tersebut?
Jika prinsip tersebut benar-benar kita pegang, kenapa kita masih tidak
mahu berhenti sejenak dan merenung apakah apa yang diutarakan oleh
rakan kita, sheikh kita, pemimpin kita, tokoh kita, murabbi kita, guru
dan ustaz kita; benar atau tidak; disokong oleh nas dan dalil atau
tidak; dibuktikan dengan bukti yang jelas dan kemas atau tidak?
Kenapa pula kita dengan mudah menolak mentah-mentah apa yang dibawa
oleh orang lain, pemimpin lain, ustaz lain, guru lain atau kumpulan
lain walaupun apa yang diutarakan jauh lebih kuat dan berdasarkan nas
dan dalil yang lebih kukuh?
..bersambung inshaAllah
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/