Oleh Shafinaz Sheikh Maznan

MASIH mengenai pendarahan tetapi kali ini tentang penyakit yang terjadi pada bahagian dubur.Tetapi sebelum itu, ada beberapa soalan yang ingin ditanyakan.Adakah anda tahu, satu dalam tiga orang daripada kita akan mengalami buasir pada peringkat-peringkat tertentu sepanjang hayat?

Lagi, adakah anda tahu, tujuh peratus daripada kita tidak tahu-menahu atau tidak pasti pun sama ada mereka pernah mengalami buasir?

Dan lagi, adakah anda tahu, 10 peratus daripada kita yang pernah mengalami buasir tidak sedar ia sebenarnya mungkin berpunca daripada sembelit?

Walaupun tiada perbezaan jantina di dalam insiden buasir, dipaparkan satu penyelidikan oleh Ethicon Endo-Surgery, sebuah syarikat Johnson & Johnson.

Hasil kajian itu mendapati, wanita lebih mengambil berat tentang kebersihan berbanding kaum yang satu lagi terutamanya jika ia berkaitan dengan kesihatan dan tabiat membuang air besar yang baik.

Diet dan gaya hidup tidak sihat serta tabiat tandas yang buruk merupakan antara beberapa faktor yang boleh memberikan kesan terhadap fungsi usus yang baik.

Salah satu daripada masalah usus yang paling biasa berlaku ialah buasir atau turut dikenali sebagai hemoroid, perkataan Greek yang membawa maksud - pengaliran darah dan akhirnya menjadi buasir.

Menurut kajian itu lagi, kira-kira 14 peratus lelaki tidak percaya bahawa sembelit boleh menjadi punca buasir walaupun hakikatnya, sembelit merupakan faktor penyebab utama di dalam kejadian buasir.

Meneran najis keluar dengan terlalu kuat memberikan tekanan terhadap vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur, yang lama-kelamaan membengkak, mengakibatkan buasir dan boleh pecah.

Sebaliknya, 91 peratus responden wanita sedia maklum fakta ini.

Rata-rata lelaki juga gemar menangguhkan desakan untuk membuang air besar atas nama kerja atau kerana berada di tempat-tempat awam dan memilih untuk melepaskan hajat di rumah.

Sebanyak 32 peratus daripada mereka juga mengakui duduk agak lama di dalam tandas, membaca sambil bertinggung, merokok atau mungkin juga termenung.

Melengah-lengahkan masa antara lain berpunca daripada rasa sakit, perit, gatal pada lubang dubur dan sukar membuang air besar sehingga mengeluarkan darah.

Bagaimanapun, langkah ini sebenarnya lebih memburukkan keadaan kerana najis akan menjadi lebih keras dan mengakibatkan kecederaan dubur yang lebih teruk.

Jadi, apakah sebenarnya yang dikatakan buasir itu?

Pakar Bedah Kolorektal dari sebuah universiti tempatan, Prof. Dr. Yunus Gul Alif Gul berkata, buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur.

``Kedudukannya berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam.

``Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir,'' katanya.

Adalah dianggarkan, antara 10 hingga 15 peratus rakyat Malaysia dewasa pada saat dan tika ini, sedang menderitai buasir. Kebanyakannya rela menderita dalam diam kerana berasa aib.

Sejumlah besar rakyat tempatan mula mengalami buasir selepas berusia 30 tahun. Sementara itu, prevalenantara kaum menunjukkan, Melayu mewakili antara 40 hingga 45 peratus daripada keseluruhan pesakit, diikuti Cina dan India, masing-masing 30 peratus.

Menurut Dr. Yunus Gul, di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau kenyal.

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya.

Buasir juga, katanya, merupakan satu masalah biasa wanita mengandung akibat tekanan janin ke atas abdomen si ibu, selain perubahan hormon yang menyebabkan pembuluh darah mengembang.

Pembuluh-pembuluh darah ini juga berada dalam keadaan yang tertekan semasa proses kelahiran. Buasir kehamilan ini bagaimanapun lazimnya bersifat sementara dan akan hilang dengan sendirinya selepas bersalin.

Kata Dr. Yunus Gul lagi, pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.

``Mereka yang mempunyai sebarang gejala atau pendarahan dubur lebih baik terus berjumpa doktor.

``Ada juga pesakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala awal,'' katanya.

Beliau turut melahirkan kekecewaannya apabila kebanyakan pesakit hanya berjumpa doktor setelah buasir memasuki peringkat teruk.

Pada ketika itu, katanya, pilihan rawatan yang ada hanyalah pembedahan yang sepatutnya boleh dielakkan jika mereka merujuk pendarahan awal kepada doktor.

Penyakit buasir mengambil masa yang lama untuk berkembang. Ada dua jenis iaitu dalaman dan luaran manakala tahap keseriusannya pula terbahagi kepada empat, sebagai panduan perubatan:

l Pada peringkat pertama pesakit akan mengalami pendarahan selepas membuang air besar.

l Pada peringkat kedua pesakit akan mendapati dubur akan keluar selepas episod susah membuang air. Walau bagaimanapun dubur akan masuk dengan sendiri selepas ia mengecut.

l Peringkat ketiga, dubur yang keluar selepas membuang air besar didapati tidak mahu masuk ke dalam badan tanpa ditolak dengan jari.

Pendarahan adalah simptom utama bagi ketiga-ketiga peringkat di atas.

l Peringkat keempat, jika kesusahan membuang air ini dibiarkan berterusan tanpa rawatan, keadaan buasir akan bertambah besar dan teruk.

Ia akhirnya boleh menjadi bengkak, sakit, berkudis, luka, mengalami perdarahan dalam buasir dan bernanah.

Buasir juga sudah melekat pada kulit, kekal berada di luar dan apabila memasuki darjah ini, dianggap paling sakit dan memeritkan.

Pesakit akan mengalami kesakitan yang teramat sangat sekalipun untuk duduk, justeru mengganggu rutin harian mereka yang lain.

Pada peringkat ini juga, pembedahan tidak dapat dielakkan, membawa bersamanya kesan sampingan yang cukup menyeksakan.

Dr. Yunus Gul menerangkan, pemakanan yang berkait rapat dengan sembelit, turut memainkan peranan yang menyumbang kepada buasir.

``Justeru, pesakit disarankan mengambil diet yang mengandungi serat yang tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin sebagai salah satu teknik pencegahan dan rawatan.

``Banyakkan meminum air sehingga lapan gelas atau satu hingga dua liter sehari agar najis lembut dan mudah dilepaskan,'' ujar beliau.

Bagaimanapun, sejarah penghadaman seseorang perlu diambil kira kerana tidak semua orang yang mengambil makanan berserat boleh melicinkan pembuangan air besar.

Memandangkan berat badan berlebihan juga memainkan peranan penting menyebabkan buasir, pesakit dinasihat supaya memerhatikan berat badan ideal masing-masing.

Di samping mendapat kesihatan yang baik secara umumnya, senaman juga boleh melancarkan fungsi usus, jelas Dr. Yunus Gul.

Rawatan

Pemakanan Jeli Gamat dan Colon Cleanse dapat mengatasi masalah sembelit dan buasir. Jeli Gamat boleh mengubati luka-luka pada bahagian usus. Colon Cleanse pula dapat melancarkan sistem penghadaman.

ORAL JELLY/JELI GAMAT

 

    Rahsia awet muda dgn merangsang kecantikan kulit, meningkatkan peredaran darah, menguatkan struktur & meningkatkan kelembutan kulit sambil memperlahankan pembentukan kedutan pd kulit.

    Baik utk wanita selepas bersalin, membantu penyembuhan luka pembedahan & memulihkan fungsi sistem peranakan

    Membantu penyembuhan ulser, gastrik & pendarahan usus.

    Baik utk paru-paru & mengurangkan simptom resdung.

    Membantu menenangkan fikiran & mengurangkan tekanan.

    Mengurangkan simptom penyakit resdung, sembelit, buasir & pendarahan.

    Mengurangkan sakit urat, kesakitan otot badan, sendi & osteoarthritis.

    Membantu mencegah pembekuan darah & meningkatkan insulin utk kencing manis.

    Membantu melindungi jantung & menurunkan paras kolestrol

 

COLON CLEANSE

 

     �    Menawarkan 28 ramuan terunggul dalam penyingkiran sisa-sisa metabolic dan

    penyahtoksikan kolon, melegakan sembelit, memperbaiki pergerakan usus serta

    meningkatkan  prestasi saloran gastrousus secara menyeluruh

     �    Kesemua 28 ramuan ini telah digunakan secara tradisional di seluruh dunia utk berabad

    lamanya dan kini ia diadun menjadi satu formula yg jauh lebih hebat

     �    Bahan-bahan lain termasuk Sekam Psyllium, kulit pokok Cascara Sagrada, benih Halba, akar dan rizom Rhubarb Cina, Akar Likuoris, Solomon�s Seal dll

     �    Kesemuanya bekerja secara harmoni dan bertindak sbg antiseptik dalaman semulajadi dan dgn itu membantu mengelakkan penyakit berjangkit

     �    Ia membantu melegakan artritis reumatoid, neuralgia, ekzema kronik, gastrik, kolik abdomen dan masalah bronkus

     �    Ia melegakan masalah perut, kolon, limfa dan hati, serta meningkatkan peristalsis, menenangkan gangguan dalam saluran gastrousus, melembap dan menguatkan otot-otot usus utk meningkatkan pergerakan usus dan metabolisma

     �    Ia juga membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah dan tekanan darah, melegakan kerengsaan uterus, cirit-birit, disentri, angin, keradangan kulit, serta merangsang pemulihan tisu-tisu dubur, buasir serta ulser duodenal dan peptik

     �    Ia mempunyai aksi anti-keradangan dan sesuai utk sistem endokrin, merangsang rembesan gastrik serta liur, penghadaman, penyerapan dan metabolisma serta membantu menguatkan perut dan limpa

     �    Ia juga mengandungi ciri-ciri astringen utk menegang dan memperbaiki pengaliran darah dan membantu merawat masalah kencing dan ginjal

     �    Ia adalah tonik berkhasiat yg merangsang sistem saraf, meningkatkan daya kekebalan tubuh, jumlah sel-sel darah merah dan hemoglobin

     �    Membantu mengempiskan perut buncit

     P/S: Utk maklumat lanjut sila hubungi 012-6028905 (Salina).



Find answers fast with Find just what you are after with the more precise, more powerful new MSN Search. Try it now.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
Children International
Would you give Hope to a Child in need?
 
Click Here to meet a Girl
And Give Her Hope
Click Here to meet a Boy
And Change His Life
Learn More


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke