Kesihatan Anak: Sawan berlarutan boleh sebabkan kecacatan otak

PENYAKIT sawan disebabkan oleh demam yang tinggi pada kanak-kanak 
berumur enam bulan hingga lima tahun. Sawan adalah keadaan di mana 
kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan 
atau penyentakan kaki dan tangan. 

Punca sawan ialah sebarang penyakit bersama demam yang tinggi 
seperti batuk selesema atau jangkitan virus. Yang jelas mangsa tidak 
akan merasai kesakitannya jika dihinggapi sawan. 

Langkah awal yang perlu dilakukan ibu bapa dan penjaga ketiak 
melihat kanak-kanak sawan ialah; 

Baringkan mangsa mengiring dan pastikan kepala pada paras yang sama 
atau lebih rendah daripada badan.

Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan dan jangan sekali-kali 
cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut. Selain itu, jangan 
cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut 
badannya.

Sekiranya sawan itu berterusan, anda boleh memasukkan ubat sawan 
melalui dubur (suppositori diazepam). Sawan sepatutnya berhenti 
dalam tempoh 10 minit. Bawa anak anda ke hospital sekiranya sawan 
masih berterusan dalam tempoh 10 minit selepas memasukkan ubat sawan.

Sawan sebenarnya tiadk sama dengan epilepsi (gila babi). Epilepsi 
ialah sawan tanpa demam dan biasanya berlaku pada kanak-kanak yang 
lebih dewasa atau peringkat remaja. Yang jelas, 99 peratus pesakit 
demam sawan tidak akan mengalami epilepsi. 

Ramai juga yang ingin tahu sama ada demam sawan boleh menyebabkan 
kerosakan otak kekal. 

Sebenarnya, perkara ini sangat jarang berlaku. Kanak-kanak yang 
mendapat sawan yang berpanjangan (dalam tempoh lebih 30 minit) 
mungkin boleh mendapat kerosakan otak kekal. 

Secara purata, tiga daripada 10 kanak-kanak yang demam sawan akan 
mendapat serangan yang sama. Tetapi risiko mendapat demam sawan 
berkurang apabila umum melebihi tiga tahun. 

Sekiranya anak anda masih kelihatan tidak sihat atau mengalami sakit 
tekak atau sakit telinga bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan 
lanjut. Antihiotik tidak semestinya diberikan kepada semua pesakit 
demam sawan. 

Demam bersama sawan boleh berlaku disebabkan oleh penyakit serius 
yang lain seperti radang otak (encephalitis) dan radang selaput otak 
(meningitis) contoh: Japanese B Encephalitis (JE). Pesakit yang 
mengalami demam dan sawan hendaklah menjalani pemeriksaan doktor.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Minyak kelapa Dara NUFERA bersifat Bersifat antivirus, antibakteria 
dan antifungus Antioksida meningkatkan sistem imunisasi badan dan 
Pemangkin metabolisma tubuh : http://www.maynetwork.net/nufera/

Nufera dapat mengurangkan risiko sawan, InsyaAllah. Maklumat lanjut 
& pertanyaan sila sertai nufera yahoo groups (PERCUMA). Dr Razak 
akan memberikan jawapan terhadap setiap soalan ahli groups dan 
kaedah rawatan menggunakan produk NUFERA. Untuk menjadi ahli email 
ke : [EMAIL PROTECTED] dan untuk sebarang pertanyaan 
sila email ke : [EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke