Thursday, March 31 @ 17:41:25 MYT
KEMAMAN, 31 Mac (Hrkh) � Naib Presiden PAS, Dato Mustafa Ali menggesa pemimpin Umno supaya tidak menipu rakyat berhubung cadangan untuk membina sebuah universiti penuh di negeri ini.
Beliau berkata, perkara yang sebenar di sebalik kenyataan untuk menubuhkan universiti itu adalah untuk menaikkan taraf sebuah kolej yang sudah ada di Kubang Ikan, Kuala Terengganu.
�Nak buat universiti, buat, rupanya bila kita check, bukan universiti baru tapi nak naik taraf kolej yang sudah ada, tempatnya katanya di Kubang Ikan,� ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri ketika menyampaikan pada satu majlis ceramah di Kampung Payuh, kira-kira 30 kilometer dari sini, malam semalam.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas pengumuman Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai penubuhan Universiti Darul Iman (UDI) tidak lama lagi.
Abdullah mengumumkan perkara itu pada 26 Mac lalu ketika berucap pada majlis sempena setahun pemerintahan BN yang diadakan di Dewan Sultan Mizan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem), Gong Badak.
Katanya, Kerajaan Pusat sudah meluluskan untuk membina universiti di negeri ini sebagaimana yang dijanjikan pada pilihan raya umum lalu.
Mustafa menegaskan bahawa PAS tidak menolak sebarang bentuk pembangunan untuk kepentingan rakyat.
Bagaimanapun, katanya pengumuman untuk membina UDI itu hanyalah satu penipuan kepada rakyat negeri ini kerana kawasan kolej yang akan dinaikkan taraf itu sudah ada.
�Hak begitu (bina UDI) nak tipu juga, jangan tipu (rakyat) banyak-banyak sangat, sebagai kerajaan kita tak boleh tipu rakyat, rakyat akan tahu,� ujarnya. - AYU/zs
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
