APA JASA VINCENT TAN KEPADA KELANTAN?

Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat hari
Ulangtahun Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan Yang
Ke-55. Semoga Allah swt melanjutkan usia ke bawah DYMM Al Sultan dan Raja
Perempuan.

Namun demikian sebagai hamba rakyat saya rasa terkilan apabila membaca
senarai para penerima bintang dan darjah kebesaran sempena ulangtahun
keputeraan Al Sultan itu. Kerana salah seorang penerimanya adalah VINCENT
TAN CHEE YIOUN iaitu Pengerusi Berjaya Group Berhad. Beliau menerima Darjah
Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah
Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran
DATUK.

Berjaya Group ini adalah syarikat induk yang memiliki Berjaya Sports Toto
syarikat perjudian yang juga tersenarai di Bursa Malaysia. Kedua-dua
Berjaya Group dan Berjaya Sports Toto tidak termasuk dalam senarai saham
yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah Bursa Malaysia.

Kerajaan PAS negeri Kelantan telah mengamalkan dasar MEMBANGUN BERSAMA
ISLAM sejak memerintah negeri itu pada tahun 1990 . Ia telah berusaha
membina dan membentuk rakyat dan negeri Kelantan kearah penerimaan Islam
secara total sebagai satu cara hidup demi kesejathteraan rakyat dan negeri.
Antara langkahnya adalah mengharamkan premis judi sejak tahun 1990 serta
segala aktiviti yang bercanggah dengan Islam setakat mana kuasa yang
terdapat padanya.

Walaupun diperakui bahawa kuasa menganugerahkan bintang dan darjah
kebesaran adalah kuasa DYMM Al Sultan namun saya merasakan ia perlulah
seiring dengan dasar dan matlamat kerajaan negeri. Bukankah sepatutnya
istana dan kerajaan itu laksana isi dan kuku, istana memayungi kerajaan dan
kerajaan mendaulatkan istana.

Tindakan mengurniakan bintang kebesaran kepada pemilik syarikat judi ini
dikira tidak selari dengan hasrat rakyat untuk kembali kepada Islam. Dan
semoga ianya akan diberi perhatian oleh pihak istana dan kerajaan negeri.
Jangan sampai Islam dipersendakan oleh pihak musuh lantaran kealpaan kita.






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke