Di sini kita Bermula..
Dr. Omar bin Yaakob

4. Semua Amalan Islam Diasaskan Atas Sumbernya Yang Sahih

Kembali kepada keperluan mempunyai hujjah dan dalil dalam amalan dan
pegangan kita, adalah amat penting untuk kita memastikan amalan kita
berpijak di atas dasar-dasar yang kukuh agar ianya diterima oleh
Allah.

Amalan yang tiada asas atau ada asas tetapi tidak kukuh, tidak diterima. 

"Barangsiapa mengerjakan sesuatu amal yang tiada di atasnya urusan
kami, maka ia tertolak"
                                                 (HR Muslim)

Setelah kita jelas bahawa nas dan dalil merupakan perkara yang amat
penting dalam menentukan pegangan dan amalan kita yang sah, kita perlu
pula melihat apakah yang boleh kita jadikan nas atau dalil tersebut. 
Apakah sumber yang boleh kita ambil sebagai nas dan dalil?  Pastinya
tidak semua perkara boleh kita gunakan sebagai sumber untuk menentukan
kesahihan sesuatu pegangan atau amalan kita.

Dalam Islam, setiap amalan, konsep dan pegangannya boleh di kesan atau
dirujuk kembali kepada sumbernya yang asal samada firman Allah di
dalam al-Quran atau bagaimana ia difahami dan dipraktikkan oleh Nabi
Muhammad dan orang-orang yang bersamanya.  Ini amat berlainan daripada
agama dan faham lain yang telah banyak berubah; tanpa diasaskan kepada
sumbernya yang asal.

Misalnya kebanyakan amalan dalam agama Kristian sekarang sudah tidak
mempunyai asas samada di dalam Bible atau amalan-amalan Nabi Isa dan
orang-orang yang bersama dengannya.  Cara sembahyang mereka, cara
baptism, cara pengampunan, cuti hari Ahad, sambutan Krismas dan
seumpamanya tidak bersumber dari Bible atau amalan Nabi Isa a.s..

Sebaliknya  di dalam Islam, setiap sesuatu yang telah diterima umum
sebagai konsep atau amalan Islam pasti didapati daripada
sumber-sumbernya  yang asasi.

Namun, ada juga di kalangan umat Islam masih kabur mengenai apa yang
dikatakan sumber asasi dan bagaimana pendekatan kita kita terhadapnya.
Masih terasa bahang perbahasan mengenai golongan anti-hadis. Menurut
golongan ini, kita tidak perlu hadis kerana Allah berkata-kata terus
dengan kita melalui al-Quran. Atas nama 'hak beragama' mereka berkata:
"pandai-pandailah kita memahami al-Quran mengikut cara kita sendiri
melalui terjemahan dan seumpamanya".  Menurut mereka Rasulullah datang
hanya untuk menyampaikan al-Quran dan bukannya untuk menjadi contoh
yang mesti kita ikuti.  Kita akan membincangkan lebih lanjut mengenai
kumpulan ini  dalam siri selanjutnya.

Di pihak yang lain, terdapat pula golongan yang mengaku menerima
al-Quran dan as-Sunnah tetapi dalam masa yang sama tidak pernah
prihatin tentang bagaimana caranya mendekati sumber-sumber ini; 
misalnya jarang mengambil kira permasalahan kesahihan hadis yang
dijadikan sumber amalan  atau pegangan mereka.  Kesannya, kata-kata
atau pandangan ulama, sheikh, ustaz atau pemimpin mereka kadang-kadang
diletakkan lebih tinggi martabatnya daripada hadis-hadis sahih.

Koleksi hadis-hadis yang mempunyai hadis dhaif dan palsu juga
digunakan untuk menegakkan pendapat golongan-golongan tertentu.  Sikap
sebegini sebenarnya menguatkan hujjah kumpulan anti hadis yang juga
ingin melepaskan diri dari apa yang mereka anggap sebagai 'kongkongan'
kumpulan ulama yang berhujjah dengan 'hadis' palsu atau lemah.

Pengasas Ikhwan Muslimin di Mesir, Sheikh Hassan al-Banna telah
menanggapi permasalahan ini.  Beliau telah menukilkan satu prinsip
yang utama yang dipegang oleh ulama Islam dari zaman berzaman. 
Menurut beliau dalam risalahnya Usul 20:

Al-Qur'an dan hadis adalah sumber untuk mengetahui hukum-hukum Islam
bagi setiap muslim. Al-Qur'an difahami menurut kaedah-kaedah bahasa
Arab, dengan tidak  memberatkan dan meringan-ringankan. Hadis difahami
 melalui  periwayat-periwayat hadis yang dipercayai.

Di  dalam prinsip ini terkandung pengistiharan bahawa kita tidak boleh
mengenepikan dua sumber primer (primary  sources) ini.  Apa-apa
pertikaian  atau perselisihan pendapat hanya boleh dilayan atau
dibiarkan selagi ianya tidak sampai ke tahap penolakan salah satu
sumber primer ini.

Begitu  juga  ditekankan  bahawa  al-Quran mesti difahami dengan
kaedah bahasa Arab dalam konteks asal ia diturunkan.  Memahami
perkataan al-Quran daripada  penggunaan semasa atau melalui terjemahan
masih belum cukup untuk membolehkan kita mendapatkan hukum dan
petunjuk sebenar darinya.

Walaubagaimanapun beliau menekankan juga supaya sikap kita dalam
memahami al-Quran ini tidaklah pula memberatkan atau menyusahkan
sehingga tidak boleh kita membaca terjemahan tetapi tidak pula
diringankan sehingga  membolehkan setiap orang mentafsirkan terjemahan
al-Quran menurut akalnya sendiri.

Apabila disebutkan kita merujuk pada hadis, perlu diingati juga ialah
yang dimaksudkan dengan hadis bukan bermaksud sebarang hadis.  Ini
perlu ditekankan terutama dalam konteks menentukan pegangan aqidah
serta membuat atau mengambil hukum;  haram, wajib, sunat, makruh atau
harus.  Dalam bab aqidah dan hukum, kita tidak ada pilihan lain selain
dari merujuk kepada hadis-hadis sahih.  Perlu dipastikan bahawa asas
yang digunakan dari segi kesahihan nas melalui perawi-perawi yang
dipercayai dan juga cara mengeluarkan hukum itu bersesuaian dengan
kaedah usul fiqh.

bersambung .. inshaAllah





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke