Minyak Kelapa Dara NUFERA : http://www.maynetwork.net/nufera/

Selesema jangkitan virus
Susunan NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

DALAM keadaan cuaca berselang hujan dan panas ini, ramai terkena 
selesema. Selesema adalah jangkitan virus pada salur pernafasan. 
Selsema adalah penyakit biasa, tidak membahayakan tetapi menyebabkan 
seseorang berasa tidak selesa.

Lazimnya, seseorang itu akan mendapat selesema tiga atau empat kali 
setahun. Manakala kanak-kanak, terutama yang belum bersekolah, pula 
lebih kerap mendapat selesema.

Sebenarnya, ada lebih 200 virus yang boleh menyebabkan selesema. 
Berita baiknya, simptom selesema akan sembuh dalam tempoh seminggu. 
Jika selesema anda berpanjangan melebihi dua minggu, segera berjumpa 
doktor bagi memastikan ia bukan jangkitan bakteria pada paru-paru, 
anak tekak, trakea (tenggorok), sinus atau telinga.

Simptom awal bermula beberapa hari sebelum anda dapat selesema. 
Tanda paling jelas adalah hidung berair, sakit dan gatal tekak, 
hidung tersumbat, sakit badan dan kadangkala pening kepala. Tanda 
lain termasuk hidung berhingus, bersin, mata berair, batuk, badan 
panas dan demam, tetapi suhu badan tidak melebihi 102� F.

Virus selesema memasuki badan melalui mulut dan hidung. Ia juga 
boleh merebak melalui udara (bersin dan batuk) serta sentuhan.

Menggosok mata atau hidung selepas menyentuh barang dipegang orang 
yang selesema seperti pen dan telefon boleh menyebabkan anda turut 
mendapat virus berkenaan.

Kanak-kanak lebih berisiko mendapat selesema kerana sistem 
pertahanan badan mereka belum imun dengan kebanyakan virus selesema. 
Namun ini bukan sebab utama. Kanak-kanak lebih banyak meluangkan 
masa bermain dengan rakan sebaya, menyebabkan penyakit ini mudah 
merebak.

Selesema juga adalah tindak balas terhadap alahan pada saluran 
pernafasan. Malah, mereka yang mengalami tekanan psikologi juga 
boleh mendapat selesema. Sehingga kini, tiada ubat untuk selesema. 
Biasanya selesema sembuh dalam tempoh seminggu. Jika suhu badan anda 
meningkat melebihi 102� F diikuti sakit dan cepat letih, ia mungkin 
influenza.

Jika selesema berpanjangan melebihi 10 hari dan ada masalah 
pernafasan yang kronik, segera berjumpa doktor. Secara amnya, 
keadaan kanak-kanak yang diserang selesema lebih teruk. Bawa anak 
berjumpa doktor jika mereka demam (suhu melebihi 103� F), muntah, 
mengadu sakit perut, kepala dan telinga; tidak boleh tidur, sukar 
bernafas dan asyik menangis.

Selesema yang sering dipandang ringan ini bagaimanapun boleh 
menyebabkan jangkitan telinga yang akut (otitis media); iaitu 
apabila bakteria memasuki gegendang telinga dan keadaan ini biasa di 
kalangan kanak-kanak.

Selesema berpanjangan juga boleh menyebabkan jangkitan sinus, tekak, 
bronkitis dan pneumonia. Jadi, jangan anggap selesema penyakit yang 
boleh diabaikan.

Untuk meredakan masalah hidung tersumbat, ada yang menggunakan 
semburan hidung.

Penggunaan yang berpanjangan akan menyebabkan anda memerlukan produk 
ini untuk melancarkan laluan pernafasan.

Semburan ini sebenarnya boleh menyebabkan membran mukus pada hidung 
mengalami keradangan. Jika terpaksa menggunakannya, pastikan ia 
tidak melebihi beberapa hari saja.

Ubat yang dibeli di kedai atau farmasi tidak mampu merawat selesema. 
Malah, antibiotik juga tidak memberi kesan terhadap virus selesema. 
Namun, beberapa langkah boleh diambil untuk mengelak diserang 
penyakit berjangkit ini.

- Basuh tangan sekerap mungkin dan jadikannya amalan keluarga, 
terutama anak-anak yang aktif bermain.

- Pastikan bilik air dan dapur sentiasa bersih, terutama apabila ada 
anggota keluarga diserang selesema.

- Tutup mulut dengan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu ini 
selepas sekali digunakan.

- Jangan berkongsi cawan atau gelas dengan orang lain, terutama jika 
ada yang kena selesema.

- Jauhkan diri, terutama kanak-kanak, daripada orang yang diserang 
selesema. Jika diserang selesema, pastikan anda minum banyak air; 
sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jangan minum minuman 
beralkohol dan kopi serta merokok kerana ia boleh memburukkan 
simptom selesema.

Ambil cuti sakit dan berehat. Pada masa sama, anda mengelakkan virus 
daripada menjangkiti orang lain. Legakan tekak dengan minum minuman 
yang bercampur sedikit garam atau air limau bersama madu beberapa 
kali sehari. Ia juga baik untuk meredakan batuk. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maklumat diatas adalah sebagai panduan & rujukan sahaja. Ia tidak 
boleh dijadikan kaedah rawatan. Sila berjumpa doktor untuk mendapat 
maklumat lebih tepat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Minyak Kelapa Dara NUFERA Bersifat antivirus, antibakteria dan 
antifungus, Antioksida, meningkatkan sistem imunisasi, Pemangkin 
metabolisma tubuh. Maklumat lanjut sila lawat ke : 
http://www.maynetwork.net/nufera/ atau sertai nufera yahoo groups 
untuk maklumat dan testimoni terkini atau pertanyaan dengan 
menghantar email ke : [EMAIL PROTECTED] untuk menjadi 
ahli.

Minyak Kelapa Dara NUFERA : http://www.maynetwork.net/nufera/








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke