Subject: Perasaan pakcik jeee...

Salah sebuah sekolah menengah dari Kemaman membuat rombongan sambil belajar ke 
Putrajaya. 

Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari 
murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak 
buang air besar. Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberi tahu pemandu 
bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu. 

"Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar 
ni..." pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya. 

"Nak buang air besar.....? Hishhh.., perasaan awak sahaja tu!!" sahut pemandu 
itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi 
tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain. 

"Betul Pak Cik..., saya memang betul-betul sakit perut ni" rayu murid itu. 

"Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata 
Pak Cik" balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid 
itu. 

"Tolonglah Pak Cik....." rayu murid itu terus. 

"Beginilah..., awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak 
tidak akan terasa lagi hendak buang air tu....." 

Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu 
tadi. Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu 
tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat 
baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi. 

"Eh..., awak berak ke? Busuknya...???" 

Murid itu pula dengan selamba menjawab. " Hisshhh..., Mana ada. Itu perasaan 
Pak Cik saja.., saya tak bau apa-apa pun....!!!""

 
 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke