Terjemahan Al-Quran ini dihantar secara PERCUMA kepada ahli dari
masa kesemasa bermula dari surah pertama (Al-Fatihah) hingga ke
Surah 114 (An-Naas). 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SURAH AALI-IMRAN (Ayat 21 ~ 26)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[21] Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat 
keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak 
benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya 
berlaku adil maka sampaikanlah berita yang menggembirakan mereka, 
dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 

[22] Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di 
dunia dan di akhirat dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun 
yang dapat memberi pertolongan. 

[23] Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap 
sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari 
Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu 
dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara 
mereka. Alih-alih satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil 
menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu). 

[24] Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) 
berkata: Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api Neraka 
melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung. Mereka 
(sebenarnya) telah diperdayakan dalam agama mereka, oleh dakwaan-
dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan. 

[25] Oleh itu bagaimana pula (hal keadaan mereka) ketika Kami 
himpunkan mereka pada hari (kiamat), yang tidak ada syak padanya dan 
(pada hari itu juga) disempurnakan kepada tiap-tiap seorang, balasan 
apa yang dia telah usahakan, sedang mereka masing-masing tidak akan 
dianiaya. 

[26] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa 
pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada 
sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa 
pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang 
memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina 
sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja 
adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-
tiap sesuatu. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semuga ia memberi manafaat bagi mereka yang membaca dan memahaminya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sila forwardkan semuga penerimanya mendapat menafaat & petunjuk.





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke