> 
> Assalamualaikum wbt..
> 
> 
> Kandungan ini dipetik daripada satu 'kursus kearah
> kesempurnaan Solat'
> di
> tempat "sahabat" bekerja ... Harap memberi manfaat
> kpd semer warga
> 
> Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang
> kita,nanti akan
> terjawap
> kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran
> secara
> keseluruhannya,
> mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan
> umat islam kini tidak
> lagi
> menjadi umat yang agung seperti dulu.
> 
> Golongan 1.
> 
> Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat
> islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang
> tak
> tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir
> kalau
> tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh
> fasik
> (pun masuk nerakajuga) kalau ia masih yakin
> sembahyang itu fardu.
> 
> 
> Golongan 2.
> Orang yang mengerjakan sembahyang secara
> zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid
> buta,
> main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun
> secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang
> sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan
> berdosa
> besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah
> Taala.
> 
> 
> Golongan 3.
> Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan
> tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh
> lawan
> nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka
> ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada
> masa
> dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan
> terkocoh
> kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah,
> bermusafir, letih dan penat, maka ia tak
> sembahyang.Orang ini jatuh fasik.
> 
> Golongan 4.
> Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya
> tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau
> diperiksa satu persatu
> bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham,
> fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya
> pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan
> tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja.
> Jadi
> fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam
> sekelilingnya.
> Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini
> lalai
> dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.
> 
> 
> Golongan 5.
> Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup
> lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan
> sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,
> tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya
> masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek
> kerana
> faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini
> dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
> 
> 
> Golongan 6.
> Golongan ini baik sedikit dari golongan
> yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam
> sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala
> lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam
> sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan
> seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba
> maka
> insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta
> fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan
> bacaan
> didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai
> sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu,
> tapi terjadi jua.
> Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa.
> Nafsunya bertahap
> mulhamah
> (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki
> semula, tapi masih
> tak
> terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini
> terserah kepada
> Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan
> diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga
> Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai
> sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi
> kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.
> 
> 
> Golongan 7.
> Golongan yang mengerjakan sembahyangyang
> tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan
> setiap
> lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya
> tidak
> terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga
> pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang
> difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi
> sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,
> menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti
> perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi
> sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah
> didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut
> orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.
> 
> 
> Golongan 8.
> Golongan ini seperti juga golongan tujuh
> tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan
> saja
> faham, dan tak mengingati dunia didalam
> sembahyangnya,
> malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan
> sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan
> fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya
> pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya
> dirasai
> dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung
> dengan
> dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih
> tersedar
> dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah
> dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah
> golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang
> hampir dengan Allah )
> 
> Golongan 9.
> Golongan ini adalah golongan yang
> tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan
> saja
> ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang
> malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang.
> Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana
> ia
> yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia
> telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah
> menjadi penyejuk
> hatinya. Ini
> dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang
> Saidina Ali
> ketika
> panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia
> lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang
> itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan
> sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat,
> sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan
> tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak
> mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya
> langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi
> disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya
> hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut
> golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
> 
> 
> Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat
> sembahyang
> itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita
> di
> tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh
> membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan
> dari
> yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan
> mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan
> akhlak
> yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja.
> Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang
> lain
> jatuh pada kufur fasik dan zalim.
> 
> Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah
> diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi.
> Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita
> di
> akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah
> bersama membaiki solat kita agar segera dapat
> bantuan
> dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga
> tertegak kembali daulah Islam.
> 
> Yang baik dari ALLAH yg buruk dari diri "sahabat"
> sendiri..
> Wassalam
> 
> 
> 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke