Assalamualaikum wbt.

Mungkin boleh direnung dan difikir2kan.... secara ilmiah

TQ

MA - EXT 3437 (Level 27)

----- Forwarded by Mansor Adam/COMM_SECT/PNBIT on 04/09/2005 11:08 AM -----
                                                                                
                                                      
                      Puteri Nisa                                               
                                                      
                      Abdullah                 To:       
[email protected]                                                   
                      <[EMAIL PROTECTED]        cc:                             
                                                       
                      .com>                    Subject:  Bismillah [hidayahnet] 
Apakah Istidraj?                                      
                                                                                
                                                      
                      04/05/2005 01:07                                          
                                                      
                      AM                                                        
                                                      
                      Please respond to                                         
                                                      
                      hidayahnet                                                
                                                      
                                                                                
                                                      
                                                                                
                                                      




  ISTIDRAJ

 Apakah istidraj itu? Patutkah atau tidak kita jauhi istidraj? Inilah yang
 akan saya ulas dalam risalah ini. Tajuk ini adalah amat penting, terutama
 kepada anak-anak dan generasi muda kita agar tidak terkeliru dengan
 risalah ini.

 Pemikiran kebanyakan umat Islam di zaman moden ini nampaknya jelas
 kelihatan kian jauh menyimpang dari pemikiran seseorang Islam di zaman
 silam. Pemikiran manusia di zaman serba maju ini telah dihanyutkan oleh
 arus keadaan dan diselaputi oleh kebendaan.

 Itulah sebabnya kita lihat masyarakat pada hari ini berbeza dengan
 masyarakat dahulu. Bagaimana masyarakat pada hari ini? Mereka telah
 terpengaruh dengan apa yang ada; dengan suasana sekelilingnya. Mereka
 tidak memandang jauh sepertimana orang-orang dahulu. Padahal orang dahulu
 tidak belajar tinggi sehingga ke universiti. Kita sekarang cerdik, ada
 ijazah, ada PhD dan macam-macam, tapi bodoh.

 Manusia tersebut telah tertipu dengan kekuasaan, pangkat, kebesaran dan
 kekayaan yang diperolehi. Lantas mereka tidak faham lagi dengan nikmat
 Allah. Jika dia berkuasa, dia gunakan kekuasaannya untuk menindas
 orang-orang bawahannya kerana dia tidak tahu menggunakan nikmat kekuasaan
 yang ada padanya. Dia tidak faham tentang nikmat dan rahmat Allah S.W.T.

 Kuasa Dan Kekayaan Untuk Maksiat

 Kalau dia ada kebesaran, dia menzalimi orang dibawahnya. Kekayaan yang ada
 padanya digunakan bukan untuk kebaikan dirinya dan orang lain, tetapi
 untuk berbuat maksiat kepada Allah S.W.T.

 Manusia golongan ini telah terkeliru dengan fahaman mereka sendiri. Mereka
 tidak faham dan tidak dapat membezakan nikmat pemberian Allah kepada
 hambaNya yang setia dengan hambaNya yang derhaka.

 Saya pernah ditanya oleh seorang mahasiswa, "Ustaz, betulkah atau tidak,
 saya dengar ustaz bersyarah, ulama'-ulama' kalau bersyarah menyatakan
 bahawa barangsiapa yang mahu mendapatkan kebahagian di dunia dan di
 akhirat hendaklah mengikut jejak langkah Rasulullah S.A.W. dan berpegang
 teguh kepada agama Islam. Betulkah ustaz?"

 Saya jawab, "betul."

 "Minta maaf ustaz, saya tidak percaya. Sebab, apa yang saya lihat
 realitinya tidak begitu. Orang-orang yang mengikut jejak langkah
 Rasulullah inilah yang teruk."

 Dia kemudian menyebutkan beberapa contoh, "Mak dan ayah saya, bukansahaja
 sembahyang sehari semalam lima waktu, tapi tengah malampun bangun
 sembahyang tahajjud. Rumah kami roboh juga. Puasa bukan sahaja puasa
 Ramadhan, Isnin mereka puasa, Khamispun mereka berpuasa. Tapi kami makan
 sebulan sekali dagingpun susah. Ayah saya, orang belum azan sudah pergi ke
 masjid. Begitu azab mak dan ayah saya yang berpegang teguh kepada agama."

 "Tapi, bapa saudara saya (adik mak saya), tak pernah sembahyang seumur
 hidupnya. Rumahnya rumah batu. Puasapun tidak pernah. Kalau kita tanya,
 pakcik tak ingat mati? Bukan saya seorang sahaja yang mati, katanya. Kalau
 masuk nerakapun ramai juga orang lain yang masuk. Dia hidup kaya, hidup
 mewah, kita yang sembahyang ni, hidup susah."

 Sebenarnya, hendaklah kamu tahu tentang nikmat-nikmat Allah yang telah
 dikurniakan kepada makhluk-makhlukNya. Pemberian nikmat Allah kepada
 hambaNya yang setia (yang dikasihiNya) ialah pemberian yang diredhaiNya,
 tetapi pemberian nikmat Allah kepada manusia yang melakukan maksiat dan
 kejahatan adalah pemberian yang tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan
 ISTIDRAJ.

 Pemberian yang redha ini seperti pemberian ayah kepada anaknya. Ketika si
 ayah hendak sembahyang, tiba-tiba lalu si penjual aiskrim. Si anak
 merengek minta dibelikan. Si ayahpun membelikannya kerana tidak mahu
 anaknya mengacau dia sembahyang. Dengan senyum mesra diberikannya aiskrim
 itu dengan layanan yang baik. "Makan baik baik nak, jangan bising-bising,
 ayah nak sembahyang."

 Kemudian, baru saja nak sembahyang, si anak menjerit-jerit minta tambah
 aiskrim lagi. Si ayah naik darah. Dengan perasaan marah, dibelikan juga
 aiskrim tersebut kerana takut sembahyangnya tidak khusyuk. Tetapi
 pemberiannya pada kali ini tidak disertai dengan kemesraan. Pemberian
 inilah yang dikatakan sebagai pemberian yang tidak redha.

 Begitu juga Allah S.W.T. dengan kita. Kadang-kadang manusia mendapat
 nikmat yang diredhai Allah dan kadang-kadang tidak. Rasulullah S.A.W.
 bersabda yang bermaksud,

 "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberi nikmat kepada hambaNya
 yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah
 diIstidrajkan oleh Allah S.W.T." (Riwayat At-Tibrani, Ahmad dan Baihaqi)

 Akan tetapi manusia derhaka yang terkeliru dengan pemikirannya berpendapat
 bahawa dengan nikmat yang datang mencurah daripada Allah S.W.T. kepadanya
 itu walaupun dia sentiasa melakukan maksiat, dia menyangka itu adalah
 bukti yang menunjukkan bahawa Allah kasih dan berserta dengan perbuatan
 maksiat mereka.

 Manusia Istidraj ? Manusia Yang Lupa Daratan

 Walaupun dia membuat maksiat, tapi dia merasakan Allah menyayanginya.
 Manusia seperti ini kadang-kadang memandang hina kepada orang-orang yang
 suka beramal dan ke masjid. Apatah lagi orang yang selalu ke masjid itu
 hanya berselipar jepun atau berterompah kayu, sedangkan dia naik kereta
 jenis mewah.

 "Alah, siang malam ke masjid, kesurau, tapi basikal burukpun tak ada.
 Tengok aku. Aku nak ke kelab malam dengan kereta mewah. Walaupun aku tidak
 pernah sembahyang, tapi Allah sayangkan aku. Kalau awak sikit ibadat,
 tentu awak juga akan kaya macam aku." Katanya sombong.

 Inilah jenis manusia yang tidak sedar akan dirinya sendiri. Dia melakukan
 maksiat pagi petang. Siang malam, dia sangka Allah sayangkannya.

 Maka mereka yang berpendapar sedemikian, baik mereka yang mengaku muslim,
 lebih-lebih lagi yang kepada orang yang sudah nyata kafirnya,
 berterusanlah mereka menggunakan nikmat pemberian Allah yang berupa harta
 kekayaan, kebesaran, pangkat dan kuasa mereka untuk melakukan penindasan
 dan kezaliman serta maksiat (derhaka) kepada Allah yang berpanjangan.

 Sesungguhnya mereka tidak faham dan tidak sedar sama sekali bahawa
 pemberian nikmat itu adalah istidraj daripada Allah. Dengan pemberian
 nikmat yang tidak diredhaiNya itu mereka akan lalai dari mengingati Allah.
 Akhirnya mereka akan menemui kehancuran dan kemusnahan.

 Kadang-kadang Allah S.W.T. memberikan manusia nikmat yang banyak dengan
 tujuan untuk menghancurkannya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud,

 "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan
 semut itu dengan dua sayapnya." (Daripada kitab Nasa'ibul 'Ibad)

 Anai-anai misalnya, kalau tidak ada sayap selamatlah dirinya. Dia akan
 duduk diam di bawah daun atau merayap di celah-celah batu. Jika Allah
 hendak membinasakannya, Allah beri ia sayap. Anai-anai kalau sudah
 bersayap namanya akan berubah menjadi kelkatu. Otaknya menjadi otak
 kelkatu. Kelkatu, bila dapat nikmat dia cuba nak lawan api. Begitu juga
 manusia, bila mendapat nikmat, dia cuba hendak melawan Allah.

 Pemimpin-pemimpin Yang Dilaknati Allah

 Buktinya telah banyak kita lihat dan kita dengar. Berapa banyak
 pemimpin-peminpin yang dahulunya gagah dan sombong telah dilaknati Allah.
 Tidak kurang juga jumlahnya kerajaan yang besar lagi utuh telahpun hancur
 dan musnah.

 Firaun yang gagah mengaku Tuhan, Namrud yang sombong membakar Nabi Allah
 Ibrahim, Qarun yang kaya, Tha'labah yang bakhil dan banyak lagi ? semuanya
 telah musnah kesombongan dan keangkuhan mereka!

 Nikmat Allah yng diberikan kepada Firaun tidak terkita banyaknya.
 Bersinpun tidak pernah. Jangan kita ingat kita sihat Allah sayang kita.
 Firaun lagi sihat, tetapi dengan nikmat kesihatan itulah Allah
 binasakannya. Orang lain selalu sakit, tetapi Firaun tidak. Orang lain
 mati, sedangkan dia belum juga mati mati hingga dia merasa besar diri,
 sombong dan takabbur. Akhirnya dia mengaku dirinya Tuhan.

 Namrud begitu sombong dengan Allah hingga membakar Nabi Ibrahim. Berapa
 besar pangkat Namrud? Bagaimana dia menemui ajalnya? Kematiannya hanya
 disebabkan oleh seekor nyamuk yang masuk ke lubang hidungnya!

 Tidak ada seorangpun manusia pada hari ini yang sekaya Qarun. Anak kunci
 gudang hartanya saja 40 ekor unta membawanya. Akhirnya Allah tenggelamkan
 hartanya dengan dirinya sekaligus. Hingga kini harta itu tidak
 timbul-timbul. Harta Qarun itulah yang kita cari cari sehingga lupa
 sembahyang! Kalau kita kaya, kita sangka Allah sayang. Qarun lagi kaya,
 akhirnya Allah jahanamkan harta kekayaannya dengan dirinya sekali.

 Di mana dan bagaimanakah keadaan mereka itu sekarang? Tanyalah pada tanah!
 Tanah yang mereka pijak semasa mereka diistidrajkan oleh Allah yang akan
 memberikan jawapan.

 Kita baru naik kereta sudah sombong. Rasulullah S.A.W. naik ke langitpun
 tidak sombong. Kita kalau berjumpa dengan orang besar sikit sudah sombong
 dan merasa bangga. Kalau menteri senyum kepadanya dia meresa bangga.
 Rasulullah S.A.W. berjumpa dengan Allah S.W.T. di langit, tetapi baginda
 tidakpun sombong.

 Kejadian seperti ini akan terus berlaku sepanjang zaman. Allah S.W.T.
 berfirman yang bermaksud,

 "Sunnah Allah tidak pernah berubah atau bertukar."

 Apabila kita tinjau semua ini, akan hilanglah segala persoalan yang tidak
 terjawab dan yang menjadi keraguan selama ini yang sentiasa mengganggu
 fikiran kita. Mengapa orang-orang kafir kaya raya? Mengapa orang-orang
 yang sentiasa membuat maksiat hidup mewah? Tidakkah kita hairan mengapa
 orang-orang yang selalu ke masjid hanya berbasikal buruk? Yang ke kelab
 malam naik kereta mewah?

 Cara Untuk Menentukan Nikmat Yang Diredhai Allah

 Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang
 diterimanya itu. Adakah pemberian itu diredhai Allah atau tidak? Caranya
 ialah hendaklah dia sentiasa mengkaji dengan teliti nikmat yang
 diterimanya itu dan bagaimana serta ke mana digunakannya?

 Seseorang yang menerima segala nikmat itu akan terus mensyukuri Allah. Dia
 akan menggunakan pemberian itu ke jalan kebaikan dan selain dari itu, dia
 sentiasa redha mengabdikan dirinya kepada Allah. Maka dengan limpah kurnia
 yang diperolehinya itu adalah pemberian yang diredhai Allah.

 Pemberian yang diredhai Allah akan membuatkan seseorang itu ikhlas apabila
 bersedekah. Apabila dia melihat orang membawa list derma, dia lantas
 memanggil orang tersebut walaupun dia hanya ada wang 50 sen ketika itu.
 "Ini sedekah saya. Maaflah, hanya 50 sen." Katanya.

 Akan tetapi pemberian yang tidak diredhai Allah akan membuatkan orang yang
 menerimanya enggan bersedekah atau berbuat kebajikan dengan ikhlas. Dia
 ada wang RM500.00 dalam sakunya. Ketika orang minta derma dia menyatakan
 dia tiada wang. Maknanya wang yang ada dalam sakunya adalah wang istidraj.


 Pada ketika setelah itu, lalu seorang gadis cantik yang menjual tiket
 "pertunjukan amal". Belumpun sempat gadis itu menawarkannya, dia pula yang
 memanggilnya terlebih dahulu. Diapun membeli tiket untuk pertunjukan amal
 itu.

 Pertunjukan amal? Ini juga satu kekeliruan bagi kita. Kita sering tertipu
 dengan label "amal" ini. Kadang-kadang pada waktu Maghrib, lalu sebuah van
 yang riuh rendah dengan muzik dan memberi pengumuman. "Tuah tuan, silalah
 datang ke taman hiburan, kita akan mengadakan pertunjukan amal." Ada ibu
 bapa yang terpengaruh lalu pergi dengan membawa keluarga. Pasal
 pertunjukan amal, dia ingat dapat pahala.

 Inilah cakap-cakap yang mesti kita jaga. Begitu juga dengan orang yang
 bersyarah. Kita mesti tengok betul gerak-geri orang yang bersyarah
 tersebut. Ke mana pensyarah tersebut hendak membawa kita. Sebab
 kadang-kadang banyak kekeliruan dalam syarahan-syarahan.

 Ada pensyarah yang berkata, "Kita sekarang hendaklah sesuaikan Islam
 dengan zaman." Nampak jelas di sini otak kita hendak dikelirukannya.
 Hendaklah kita sedar, Islam itu tidak boleh disesuaikan dengan zaman,
 tetapi zaman itulah yang mesti disesuaikan dengan Islam.

 Kalaulah Islam hendak disesuaikan dengan zaman, maka zaman orang
 bertelanjang Islam sesuai dengan orang yang bertelanjang, zaman orang
 merompak, Islam mesti sesuai dengan perompak. Tidak boleh islam
 disesuaikan dengan zaman. Islam tidak boleh tunduk kepada zaman, tetapi
 zaman itulah yang mesti tunduk dengan Islam.

 Tidak beberapa lamu dahulu, saya berjumpa dengan seorang ulama'. Ditanya
 tentang loteri, dia kata haram. Habis, bagaimana kalau kita hendak
 membantu orang, macam loteri kebajikan? "Halal." Katanya.

 Loteri haram, dibalut dengan label kebajikan jadi halal. Inilah
 cakap-cakap yang mengelirukan kita. Kiranya di samping seseorang yang
 menerima segala nikmat Allah, maka bertambah pula maksiat dan derhakanya
 kepada Allah, maka jelaslah segala kemudahan dan kemewahan yang
 diperolehinya itu adalah istidraj, iaitu pemberian nikmat yang tidak
 diredhai Allah S.W.T.

 Namun, jangan pula apabila ada orang kaya datang ke masjid dengan kereta
 besar kita katakana istidraj. Orang naik pangkat istidraj, orang-orang
 besar istidraj. Jangan! Orang-orang yang menggunakan nikmatnya untuk
 kebajikan, untukmengabdikan dirinya kepada Allah, itu bukan istidraj
 namanya.

 Bukan bermakna kita tidak boleh kaya. Kaya tidak salah di sisi Islam,
 tetapi masuk ke syurga agak lambat sedikit. Ibarat orang dari Singapura
 hendak masuk ke Johor. Orang yang membawa barang yang banyak akan
 diperiksa oleh kastam. Makin banyak barangnya, makin lama pemeriksaan,
 makin lambat dia masuk ke Johor. Orang yang tidak membawa barang akan
 lepas dengan mudah memasuki Johor.

 Inilah yang sangat-sangat kita takuti dalam hidup ini dan kehidupan kita
 di dunia ini. Sebab itulah umat Islam di zaman Rasulullah S.A.W. sentiasa
 merintih di hati sanubari sambil berkata,

 RedhaMu yang selalu kami rindukan, Dan marahMu yang sangat kami takuti,
 Tuhan ? Lebih baik kami hidup miskin ? ? asal dalam redhaMu, kami tak
 ingin kepada kekayaan ? ? di dalam marahMu.

 Inilah sajak yang penuh makna. Apakah maknanya? Hidup kita di dunia mesti
 ada terget, mesti ada pedoman. Jangan hidup kita seperti kumbang di tengah
 kolam, ditiup angin ke tepi ia ke tepi, ditiup ke tengah ia ke tengah.
 Tidak ada pegangan langsung.

 Kita kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada terget atau matlamat atau
 tujuan. Tujuan hidup kita di dunia ialah mencari keredhaan Allah S.W.T.,
 baru kita selamat. Bukan kaya yang kita cari dan bukan juga miskin yang
 kita cari!

 Kalau target kita hanya untuk kaya, akan jahanamlah diri kita. Jika ada
 kesempatan untuk kaya, kita lihat dulu. Kalau ada keredhaan Allah, barulah
 kita ambil. Kalau tidak lebih baik kita miskin. Bukan tujuan kita untuk
 menjadi miskin, tetapi hendak mencari keredhaan Allah. Kalau hidup miskin
 ada keredhaan Allah, maka kita pilih miskin. Kalau mahu menjadi kaya
 dengan keredhaan Allah, katakan aku tidak mahu kekayaan tanpa keredhaanMu.


 Bila hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di
 dunia dan di akhirat. Wallahu A'lam.

 (Dipetik dari buku Siri Syarahan Ustaz Yazid Jaafar)

 Penyampai,
 241200
Yahoo! Messenger
Show us what our next emoticon should look like. Join the fun.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

                                                            
                    Yahoo! Groups Sponsor                   
                                                            
                                                            
                                                            
                                                            
                        ADVERTISEMENT                       
                                                            
                                                            
                                                            
                                                            
  Children International                                    
                                                            
                                                            
                                                            
                                                            
           Would you give Hope to a Child in need?          
                                                            
                                                            
                                                            
                                                            
                                                            
                                                            
                                                            
                  �                                         
                   Click Here to meet a Girl                
                   And Give Her Hope                        
                                                            
                                                            
                  �                                         
                   Click Here to meet a Boy                 
                   And Change His Life                      
                                                            
                                                            
                                                            
                                                            
                                                            
                                                            
                                                            
                          Learn More                        
                                                            
                                                            
                                                            
                                                            
                                                            
                                                            
                                                            
                                                            



Yahoo! Groups Links
      To visit your group on the web, go to:
      http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

      To unsubscribe from this group, send an email to:
      [EMAIL PROTECTED]

      Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



This E-mail contains privileged and / or confidential information. If
you are not the intended recipient ( or responsible for delivery of the
message to such person) or if you have inadvertently received this e-mail, you
should destroy or delete this message and notify the sender by replying
the
E-mail accordingly. If you or your employer do not consent to using
Internet E-mail for messages of this kind, please advise immediately by
sending an E-mail to the sender of this message.
All opinions, conclusions and other information in this message do not
relate to the official business of HeiTech Padu Berhad ("HeiTech")
shall be
understood as neither given nor endorsed by HeiTech. Our company
accepts no
liability for the content of  this E-mail, or of the consequences of
any
actions taken on the  basis of the information provided, unless that
information is subsequently confirmed in writing. Caveat.





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke