Assalamualaikum,
First, saya minta maaf mencelah.
 
Jawapan untuk En [EMAIL PROTECTED]
First Islam itu mudah dan memudahkan. Banyak persoalan yang En. tanya. Saya try my best untuk beri pendapat saya berdasarkan sedikit pengetahuan
yang saya ada.
 
1) ASB
    dalam kes ASB ni ada perbezaan pendapat dikalangan ulama2. ada yang kata haram, ada yang kata harus, ada yang kata syubhat dan
    ada yang kata halal. JIKA betul ada pelaburan yang ke kaunter2 haram, maka tak syak lagilah memang ada unsur haram. TETAPI keputusan terakhir
    ada ditangan peserta lah. Terpulang pada beliau untuk berpegang pada mana2 pandangan ulama. TETAPI pada pandangan saya, LEBIH baik
    kita ambil the safest way, to avoid it. Daripada kita tanggung risiko makan duit haram atau syubhat, baik kita melabur kat bon2 islam atau insuran2 islam
   atau di bank2 islam.MANAKALA tentang MENYUCIKAN pelaburan dengan DISEDEKAHKAN, setahu saya salah tu. Benda haram tetap haram, dah kita
   tak akan dapat pahala dari perkara kebaikan yang kita buat hasil dari benda haram. Dan biasanya duit2 haram (interest) kita boleh beri kepada baitul mal (DAN DECLARE DUIT HARAM).
   Mereka akan gunakan untuk perkara2 macam repair jalan dan sebagainya.
 
2) Insuran Konventional
   ada few reason kenapa jatuh hukum haram.
   antaranya AKAD JUAL BELI, INTEREST, TEMPAT DILABUR dan sebagainya (Dah diterang oleh saudara Khalid).
   cuma saya nak tambah sikit. Mungkin ada yang kata 'konventional pun pakai islamic rules jugak, ada penasihat syariah'.
   Saya cuma nak ajak kita berfikir, kalau kita pergi ke kedai untuk beli ayam.
   ada banyak ayam yang dah dipotong, seekor tak sembelih dan seekor disembelih dan potong kecil2 dan campur gaul bersama. kita boleh bezakan tak
   yang mana halal(disembelih) dan yang mana tak? Macam tu jugak duit...
   katakan syarikat konventional tu declare invest dalam counter islamic.. ADAKAH duit pampasan yang kita terima tu betul2 hasil dari keuntungan kaunter islamic? OR
  adakan dia guna duit dari untung syarikat haram? Siapa tahu? Then adakah Duit  keuntungan (dividen) yang kita dapat tu dibayar dengan duit dari syarikat haram? atau duit untung dari kaunter syariah?
  TYhen adakah syarikat simpan duit2 keuntungan dari kaunter syariah dan dari kaunter haram dalam akaun yang sama atau berlainan?
  Semua tu kita kena take into considerationlah kalau betul kita nak jaga family kita dari makan duit haram.
  sebab benda tu nak jadi darah daging... nak kuat kan kita agar boleh beramal. bayangkan kita bergerak hasil dari benda haram. padahal option halal ada.
  Manakalau tentang majlis penasihat, Kuasa yang ada pada mereka cuma untuk NASIHATkan sahaja. tak lebih.. terpulang pada management (yang mostly non muslim)
  untuk buat keputusan...wallahualam
 
3) Saya tak nafikan ada kes2 dimana institusi kewangan islam tersalah invest ke dalam kaunter/syarikat haram.
     tapi itu ada beberapa sebab:
 1. penyelewengan perseorangan
 2. Kesalahan fakta semasa kajian
     Bagi kes penyelewengan, kita kena yakin, ALLAH maha tahu, maha adil. Allah tak akan berlaku zalim. Kita SUDAH BERUSAHA untuk elakkan perkara haram
     jadi, berserah lah pada ALLAH. banyakkan bersedekah. LAIN LAH kalau kita tak berusaha eg: invest ditempat yang tak jelas status halal yang sebenar.
     Bagi kes kesalahan fakta. sama lah macam yang sebelumnya. kita dah berusaha dan Allah penentu segala. Yang penting bila kita tahu salah, kita cepat2 perbetulkan.
     jgn duk rilek lagi.. duk tunda2..
 
4) Untuk maklumat konsep insuran dalam islam, insyaAllah ramai wakil2 insuran takaful, TERMASUK SAYA :).
     kami bersedia untuk beri penerangan tentangnya. (Saudara Khalid pun dah terangkan sikit).
 

Sekian wassalam.
Munzir Ahmad
019 2184806
Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kelemahan dan kekurangan ilmu saya.
Jadi tolong perbetulkan.
----- Original Message -----
Sent: Wednesday, April 06, 2005 10:41 AM
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] ASB dan Insuran - Diskusi

kemusykilan;
1. kalau takaful mengamalkan konsep tolong-menolong kenapa perlu ada caruman? bukankah tolong menolong itu tak perlukan imbalan.
2. bagaimana dgn peroalan dalam satu perbuatan dua khima (tujuan ygkita nak dpt dari perbuatan ini) misalnay membeli sambil menderma? apa yg sy tau urusan itu tidak dibenarkan dlm ISLAM....kalau na membeli membeli bukan menderma.
 
wassalam
 


Khalid Yahya <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Assalamualaikum,
 
konsep insuran islam ialah Takaful, Takaful tiada unsur gharar, riba' dan judi.
Takaful pakai akad tolong menolong(tabarru' dan ta'awun) sedangkan insuran konvensional pakai akad jual beli. Akad jual beli dalam insuran konvensional adalah tidak sah ini adalah kerana sebarang jual beli perlu ada:
1.pembeli
2.penjual
3. akad
4.barang 
 
Dalam insuran konvensional syarat No 1,2,3 takda masalah yang menjadi gharar ialah no 4 iaitu barang, dimana syarat barang ialah:
1. jumlah
2. tempat
3. tarikh
4. etc lupa lak
Barang yang dijual beli dalam insuran ialah barang tak nampak iaitu polisi atau perlindungan(coverage), bila seseorang itu membeli insuran polisi dia dah tahu jumlah cover yang akan diperolehi bila ditimpa musibah contohnya mati: 50k, lumpuh,50k, sakit kritikal 40k dan etc. Jadi syarat no satu tak ada masalah. Yang gharar ialah no 2 dan no 3 iaitu tiada siapa yang akan tahu bila tarikh dan tempat akan mati,lumpuh atau sakit kritikal. Di sinilah timbulnya gharar dalam akad jual beli insuran konvensional di mana tak dapat memenuhi syarat jual beli dalam islam. Dalam Takaful pun memang tiada siapa tahu bila dan tarikh musibah menimpa maka sebab itulah Takaful tak pakai akad jual beli tetapi Takaful guna akad tolong menolong dan bantu membantu. Untuk membantu dan tolong menolong tak ada syarat.
 
Dalam insuran konvensional, pelaburannya tidak jelas kerana tidak memiliki majlis pengawasan syariah yang akan memantau pelaburannya. Oleh itu ada syarikat insuran  konvensional yang tak kisah melabur kat calsberg, sport toto, genting etc. Takaful ada ahli majlis pengawasan syariah yang akan memantau dari semasa ke semasa di mana pelaburan di lakukan. oleh itu pelaburan takaful adalah halal dan tidak meragukan.
 
Dalam insuran konvensional sekiranya client tertunggak bayaran bulanan, dan nak sambung balik, syaratnya bayar tunggakan beserta dengan interest, sedangkan dalam takaful client hanya perlu membayar tunggakan tanpa caj interest.
 
Dalam insuran konvensional lagi, selepas beberapa tahun menabung, client dibenarkan buat personal loan,itu pun ikut kelayakkan, dan loan itu tak ikut syariah sebab dia konvensional loan. Sedangkan dalam Takaful, client tak perlu buat pinjaman tetapi boleh buat pengeluaran wang simpanannya 30%,syaratnya lepas 5tahun menabung gan takaful.Kalau takaful bagi keluar bila-bila masa maka tak sampai lah maksud nak menabung kerana asyik keluar je. Yang bagus tu pulak tak yah bayar balik.
 
Dalam insuran konvensional tak keluar zakat. Sedangkan dalam Takaful zakat dah siap dibayar macam kita simpan kat tabung haji.
 
Dan dalam takaful setiap bulan bila kita menabung tanpa kita sedar sebenarnya kita telah bersedekah. Oleh itu tanpa kita sedar kita mengumpul pahala sedekah kita. Kerana dalam takaful sebahagian dari duit yang kita simpan di masukkan ke dalam tabung sedekah yang digunakan untuk membantu semua peserta takaful. So sebenarnya sekiranya ada peserta takaful meninggal/lumpuh/sakit kritikal tanpa kita sedar duit kita pun turut sama membantu peserta tersebut.
 
Oleh itu pilihlah takaful kerana kita akan selamat dunia dan akhirat. Sebelum Takaful wujud hukum menyertai insuran di istilahkan sebagai darurat sebab tak ada alternatif, tetapi sekarang dah banyak syarikat takaful wujud maka hukum memilih insuran konvensional bukan darurat lagi tetapi jatuh kepada HARAM. in adalah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1972 hingga sekarang masih belum berubah.
 
Sekiranya anda inginkan bantuan saya, dapatkan penerangan detail, bolehlah hubungi saya ZAHARAH OTHMAN 012-3146454 atau email: [EMAIL PROTECTED] Saya bersedia memberi penerangan kerana ianya adalah sebahagian daripada dakwah yang perlu saya sampaikan.
 
Hindarilah insuran konvensional

[EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum,
Saya nak mintak pendapat kengkawan berkenaan isu-isu di bawah. Harap mendapat feedback bagi memahami lebih lanjut.
1) Adakah dividen dan pelaburan ASB itu halal atau haram. Ada yang mengatakan haram kerana pelaburan ASB itu termasuk melabur di kaunter kaunter yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti MAS (MAS ada jual arak dalam kapal terbang), MAGNUM dan Genting.
Ada jugak mereka yang melabur dan hasikl dividennya di sedekahkan ke rumah anak yatim untuk "menyucikan" pelaburan tersebut. Ada jugak yang menggunakan dividen itu untuk minyak kereta, pagar, cat etc.....

2) Insuran konvensional - Ada pendapat yang menyatakan dalam insuran konvensional yang ada "Projected Return" dan "guaranteed return" Jadi projected return adalah sasaran dan tidak jatuh dalam riba manakala "guaranteed return" adalah riba. Apa pendapat anda?

3) Institusi kewangan Islam di Malaysia, pada tahap tinggi ada membuat pelaburan pada tempat yang haram dan maklumat ini adalah rahsia dan jatuh di bawah akta BAFIA...Adakah ini benar atau tidak? Maknanya dimana-mana pelaburan islam pun akan bercampur dengan benda-benda yang haram seperti riba, faedah etc.....
Adakah benar fakta ini?

4) Ada tak sesiapa dapat memberi maklumat mengenai Konsep Insuran dalam Islam.....

Terimakasih kerana memberi pendapat anda,..Wasalam....



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



begin:vcard
n:Yahya;Mohamed Amrah
fn:Mohamed Amrah bin Yahya
tel;cell:0162094751
tel;fax:092951028
tel;home:092211105
tel;work:092330888
org:Elektrisola (M) Sdn Bhd;IT
adr:;;NO: 138, Taman Sri Siantan;Bentong;Pahang;28700;Malaysia
version:2.1
email;internet:[EMAIL PROTECTED]
title:IT Executive
end:vcard


Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - Easier than ever with enhanced search. Learn more.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".





"Senyum"

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
Children International
Would you give Hope to a Child in need?
 
Click Here to meet a Girl
And Give Her Hope
Click Here to meet a Boy
And Change His Life
Learn More


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke