Ksh Syg adalah RAHMAT ALLAH. Apabila kita rasa SYG bermaksud hidup kita 
sentiasa dirahmati. Kdg2 kita perlu berkorban KSH SYG itu, bkn utk dihargai ttp 
sebab percaya erti SBNR KSH SYG...
 
 


Ukhtie Sue @Khaulah
p/s : hargailah org yg hdr dlm dirimu, jgn dipersiakan KSH SYG yg diberi... 
Hnya org yg berhati KAYU saja x pandai mghargai KSH SYG org lain... belajar 
memahami KSH SYG dlm khdpn.. amat bermakna jika ukhwwah itu disulamai dgn KSH 
SYG diringi dgn ketulusan hati..dan bermohon pd ILAHI agar diri kita 
dikurniakan sifat KSH SYG. maaf zhr btn!


Note: forwarded message attached.

-----Original Message-----
From: Ellisa [mailto:[EMAIL PROTECTED]
Sent: Wednesday, March 09, 2005 4:10 PM
To: [EMAIL PROTECTED]; sue; sayang; rita; priscilla; ola; mimi; [EMAIL 
PROTECTED]; mas; [EMAIL PROTECTED]; kak hae; julie; ira; Faradilla Hadir; 
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; Noraini Ali Fakry; Emi (E-mail); [EMAIL 
PROTECTED]; elina; Siti Aishah; Marisa Bt. Ahmat
Subject: Fw: Cerita......seikhlas kasih sayang yg abadi
Importance: High

 

sedihnyaaaaaaaaaaa

 

 


--------------------------------------------------------------------------------


To: Siti Nor Khamisah
Subject: FW: Cerita......seikhlas kasih sayang yg abadi

 

 

Subject: Fw: Cerita......seikhlas kasih sayang yg abadi

 

 

Seikhlas kasih sayang yang  abadi!

 

 

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda  daripada aku.

Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang  menjadi

keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket  seluar

ayah.

 

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil  kami berdua. Dia

meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku  menggeletar melihat

rotan panjang sedepa di tangan ayah.

 

"Siapa ambil  duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

 

Aku langsung tidak berdaya  menentang renungan tajam mata ayah.

Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk  memandang lantai.

 

"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung  ayah sambil

mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang  aku.

 

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah  tangannya

sambil berkata, "Saya yang ambil!"

 

Belum sempat adik menarik  nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,

hayunan dan balunan silih berganti  menghentam tubuh adik. Aku gamam,

lidah kelu untuk bersuara. Walau perit  menahan sakit, setitis pun air

mata adik tak tumpah.

 

Setelah puas  melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu

sudah mula belajar  mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan

kamu yang akan memalukan ayah  di luar kelak?"

 

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik.  Belakangnya

yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik  cukup

tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan  yang

mencucuk-cucuk.

 

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati,  kesal dengan sikap aku

yang takut berkata benar.

 

Adik segera menutup  mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu

berkata, "Jangan menangis kak,  semuanya dah berlalu!"

 

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu  membela adik.

 

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana  mempertahankan

aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran  belajar ke

sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung  pelajaran

ke peringkat pra-universiti.

 

Malam itu ayah duduk di bawah  cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di

ruang tamu. Aku terdengar ayah  berkata, "Zah, kedua-dua anak kita

cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga  sekali!"

 

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.  "Di

mana kita nak cari duit membiayai mereka?"

 

Ketika itulah adik  keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan

ibu. "Ayah, saya tak mahu  ke sekolah lagi!"

 

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain  pelekatnya dan

merenung wajah emak, kemudian wajah adik  dalam-dalam.

 

Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti  biasa yang

mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

 

"Kenapa  kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana

persekolahan kamu,  ayah akan lakukan!"

 

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan  dapat membawa

keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik  tatkala

menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

 

"Kakak  perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

 

Tiada siapa yang menyangka,  dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia

membawa bersamanya beberapa helai  baju lusuh yang dia ada. Di atas

pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat  sehelai kertas yang

tercatat.....

 

"Kak...untuk dapat peluang ke  universiti bukannya mudah. Saya cari

kerja dan akan kirim wang buat  akak."

 

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas  dia

cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya  memujuk

ayah.

 

 

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik  menerpa: "Ada

pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

 

"Pemuda kampung?"  bisikku. "Siapa?"

 

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak  adik berdiri

dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa  sebut

orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

 

Sambil tersenyum dia  menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa

yang akan kawan-kawan akak kata  kalau mereka tahu saya adik kakak?"

 

 

Jantungku terasa berhenti  berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup

tersentuh. Tanpa sedar, air  jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas

bebutir pasir dan tompokan simen  pada pakaian adik.

 

 

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,  "Akak tak peduli

apa orang lain kata."

 

 

Dari kocek seluarnya, adik  keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.

Dia mengenakan pada rambutku  sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai

gadis pakai sepit macam ni, saya beli  satu untuk akak."

 

 

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul  adik dan dadanya

dibasahi air mataku yang tak dapat  ditahan-tahan.

 

 

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara  menunggu konvokesyen.

Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti  selalu. "Emak,

tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya  balik."

 

 

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis  tangannya

luka-luka."

 

 

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik.  Kami berdakapan. "Sakit

ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada  tangannya.

 

 

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak,  kerikil dan

serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang  masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya  untuk

bekerja keras."

 

 

Apalagi...aku menangis seperti  selalu.

 

 

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang  usahawan

menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

 

 

"Kalau adik  terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik

takde pelajaran.  Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

 

 

"Adik tak ke  sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

 

 

"Kenapa sebut kisah lama,  kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan

kesedihannya.

 

 

Adik  terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah

tiada. Pada  majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung,

juruacara majlis  bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

 

 

Spontan adik  menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas

menceritakan suatu  kisah yang langsung tidak ku ingati.

 

 

"Semasa sama-sama bersekolah  rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke

sekolah. Suatu hari tapak kasut  saya tertanggal. Melihat saya hanya

memakai kasut sebelah, kakak membuka  kasutnya dan memberikannya pada

saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut.  Sampai di rumah saya lihat

kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan  calar-balar."

 

 

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya  akan lakukan apa

saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan  menjaganya

sampai bila-bila."

 

 

Sebaik adik tamat bercerita, aku  meluru ke pelamin, mendakap adik

sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan  diserang  histeria.

 

************************************************************

Ada  yg sedih dan menangis  ke???

 

 
 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke