----- Original Message -----
From: Arland
Sent: Saturday, March 12, 2005 12:32 PM
Subject: "IHYA' ULUMIDDIN" KITAB AQIDAH AHLI-SUNNAH (1/2)

INTISARI KITAB
Mau'izhatul Mu'minin min
"IHYA' ULUMIDDIN"
Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama)

Bismillah, Walhamdulillah Wassholatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah
amma ba'du...
 
KITAB AQIDAH AHLI-SUNNAH (1/2)
------------------------------------------------
 
      Dua kalimah syahadat sebagai salah satu dasar Islam
      
      Aqidah para ahli-sunnah terhadap Zat Allah Ta�ala yang Maha Suci, ialah
      bahawa Allah Tuhan yang Esa tiada sekutu bagiNya. Dia Qadim (lama) tiada
      awal bagi wujudNya, dan WujudNya pula terus-menerus tiada akhir bagiNya.
      Dia Kekal tiada luput sama sekali, Dia tetap bersifat agung dan sifat
      keagunganNya akan berterusan, tiada akan musnah atau terputus dengan
      terluputnya berbagai-bagai abad, atau berlalunya bermacam-macam waktu.
      
      Bahkan Dialah Allah yang Awal dan yang Akhir, yang Lahir dan yang Batin
      dan Dialah Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Tuhan Allah bukanlah
      semacam jisim (rupa) yang dapat digambarkan. Dia tiada menyamai apa pun
      yang maujud (ada), begitu pula yang maujud itu tiada boleh menyerupaiNya.
      
      Dia tiada dilingkari oleh seluruh penjuru dan arah. Dia tiada pula
      bertempat, samada dalam lapisan-lapisan bumi atau langit, malah Dia
      beristiwa� (memerintah) di atas Arasy mengikut keadaan yang Dia telah
      firmankan, atau dengan makna yang Dia kehendaki. Dia berada di atas Arasy
      dan langit, malah di atas segala sesuatu hingga ke batasan bumi.
      KetinggianNya tiada menjadikanNya lebih dekat kepada Arasy dan langit,
      sebagaimana semua itu juga tiada menambahkanNya jauh dari bumi dan tanah.
      Bahkan Allah tetap Maha Tinggi darjatNya dari Arasy dan langit,
      sebagaimana Dia juga maha Tinggi darjatNya dari bumi dan tanah.
      
      Walau bagaimanapun, Dia tetap dekat kepada yang maujud, dan lebih dekat
      kepada hambaNya dari urat leher hamba itu sendiri. DekatNya kepada
      hambaNya tidak serupa dengan dekatnya jisim kepada manusia, begitu juga
      dengan ZatNya yang tiada serupa dengan zat jisim manusia. Dia tiada
      bertempat di sesuatu benda, demikian pula benda tiada bertempat pada
      ZatNya. Maha Suci Allah dari dilingkari oleh sesuatu tempat, sebagaimana
      Maha SuciNya Dia dari dibatasi oleh sesuatu zaman. Bahkan Dia telah Ada
      sebelum terciptanya masa dan tempat lagi, dan adaNya Dia sekarang adalah
      sama seperti keadaan sebelumnya juga.
      
      Di dalam ZatNya, Dia telah dibuktikan kewujudanNya oleh akal fikiran, dan
      ZatNya dapat dilihat oleh pandangan nanti di kemudian hari di tempat
      tinggal yang abadi (syurga). Hal itu merupakan suatu nikmat dari Allah dan
      belas kasihanNya untuk orang-orang yang berbakti kepadaNya, dan sebagai
      penyempurnaan kenikmatan daripadaNya ialah pengurniaanNya untuk melihat
      wajahNya yang Maha Mulia.
      
      Dan bahawasanya Allah Ta�ala itu Maha Hidup, Maha Berkuasa, Maha tinggi
      dan Maha Memaksa, tiada didatangi kecuaian atau kelemahan, tiada
      dihinggapi kelalaian atau ketiduran dan tiada terkena kehancuran atau
      kematian. Dialah satu-satunya yang menjadikan dan menciptakan,
      satu-satunya yang mengadakan dan membentuk Dialah Maha mengetahui akan
      segala sesuatu yang telah diketahui, ilmuNya meliputi segala apa saja yang
      berlaku di dalam dasar bumi hingga ke atas langit, tiada sesuatu pun yang
      terlepas dari ilmuNya sekalaipun seberat atom, samada di dalam bumi atau
      di pucuk langit.
      
      Bahkan Dia Mengetahui gerak-geri seekor semut yang hitam di atas batu yang
      licin di malam hari yang gelap-gelita. Dia Mengetahui juga gerakan sebutir
      debu di tengah-tengah cakerawala ini. Dia Mengetahui yang rahasia dan yang
      tersembunyi. Dia dapat menyingkap akan perkara-perkara yang terlintas di
      dalam diri dan gerak-geri hati dan segala rahsia yang disembunyikan; iaitu
      dengan ilmuNya yang Qadim Azali yang sentiasa Dia masih bersifat dengannya
      sejak di dalam Azalil-Aazal.
      
      Dan bahawasanya Allah Ta�ala itu Maha menghendaki ke atas semua yang
      dijadikanNya, dan Maha Pengatur terhadap segala yang diciptakanNya. Tiada
      boleh berlaku sesuatu pun dalam kerajaanNya atau kekuasaanNya, melainkan
      dengan ketentuanNya dan kudratNya, dengan hikmatNya dan kemahuanNya. Apa
      yang Dia kehendaki akan berlaku, dan apa yang Dia tiada menghendaki tidak
      akan berlaku. Tidak akan ada yang dapat menentang perintahNya, dan tidak
      akan ada sesiapa yang dapat menolak terhadap hukumNya.
      
      Dan bahawasanya Allah Ta�ala itu Maha Mendengar dan Maha Melihat. Tiada
      satu pun yang bakal terhalang dari pendengaranNya sesuatu yang terdengar
      sekalipun yang amat samar, dan tiada satu pun yang bakal tertabir dari
      pemandanganNya sesuatu yang terlibat sekalipun yang amat halus.
      PendengaranNya tidak akan terhalang kerana jauh, dan pemandanganNya tidak
      akan tertutup kerana gelap. PendengaranNya dan pemandanganNya tiada
      menyerupai pendengaran dan pemandangan makhlukNya, sebagaimana ZatNya juga
      tiada menyerupai zat makhlukNya.
      
      Dan bahwasanya Allah Ta�ala itu Maha Berkata-kata, Maha Memerintah, Maha
      Melarang, Maha Mengingatkan dan Mengancam, dan bahawasanya al-Quran,
      Taurat, Injil dan Zabur itu adalah kitab-kitabNya yang diturunkan ke atas
      para RasulNya alaihimus-salam membawa percakapanNya yang merupakan sifat
      bagi ZatNya dan bukanlah sifat bagi mahklukNya. Dan sesungguhnya al-Quran
      itu adalah Kalamullah yang bukan makhluk (diciptakan) sehingga ia boleh
      binasa, dan bukan pula sifat bagi makhlukNya sehingga ia boleh punah.
      
      Dan bahwasanya Allah Ta�ala itu Maha Esa, tiada sesuatu yang ada
      selainNya, bersifat Hadis (baru) yang terjadi dengan perbuatanNya, yang
      menerima dari keadilanNya dalam rupa yang paling sempurna, paling lengkap
      dan paling adil.
      
      Dan bahawasanya Allah Ta'ala itu Maha Bijaksana dalam segala perbuatanNya,
      Maha Adil dalam segala keputusanNya. Dan segala sesuatu selain Allah dari
      bangsa manusia, jin, malaikat, langit, bumi, binatang, tumbuh-tumbuhan,
      benda-benda padat yang dapat dilihat atau dapat dirasakan, semuanya itu
      adalah Hadis (baru) yang dicipta oleh Tuhan dengan kekuasaanNya daripada
      tidak ada menjadi ada. Dan dijadikanNya pula dalam bentuk yang paling
      sempurna, yang pada asalnya tidak ada, sebab yang ada di dalam azal itu
      hanya Zat Allah Subhanahu wa Ta�ala saja dan selainnya tidak ada
      bersamaNya. Maka Allah telah menjadikan makhluk sesudah itu, sebagai tanda
      kekuasaanNya dan untuk merealisasikan apa yang terdahulu dari kemahuanNya,
      dan apa yang ditentukan di dalam azal dari kalimatNya, bukan kerana Dia
      berhajat penciptaan itu atau memerlukannya. Bila Allah berkehendakkan
      untuk menjadikan atau menciptakan atau membebankan, bukanlah itu merupakan
      suatu kewajiban ke atasNya.
      
      Begitu pula bila Dia memberikan nikmat dan membuat kebaikan, bukanlah juga
      disebabkan suatu kemestian atasNya. Hanya bagiNyalah segala keutamaan dan
      kebaikan, kenikmatan dan kekurniaan.
      
      Dan bahwasanya Allah azzawajalla itu memberi pahala kepada hamba-hambanya
      yang beriman ke atas segala ketaatnya, ialah sebab kemurahatian dan
      janjiNya bukan sebab kewajiban atasNya. Kerana tidak wajib atas Allah
      sesuatupun terhadap manusia, dan tiada tergambar dariNya sesuatu kezaliman
      pun. Begitu pula tidak wajib atas Allah satu hak pun kepada manusia,
      melainkan hak Allah yang merupakan ketaatan menjadi wajib mutlak atas
      manusia.
 
(bersambung)



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
Children International
Would you give Hope to a Child in need?
 
Click Here to meet a Girl
And Give Her Hope
Click Here to meet a Boy
And Change His Life
Learn More


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke