[EMAIL PROTECTED] wrote:
Subject: Lagi tentang Bahayanya SIS
Date: Mon, 11 Apr 2005 08:50:33 +0800
From: <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>,
<[EMAIL PROTECTED]>,
<[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>,
<[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>,
<[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>,
<[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>,
<[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>,
<[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>
-----Original Message-----
From: fauzan noordin [mailto:[EMAIL PROTECTED]
Sent: Sunday, April 10, 2005 3:27 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: []Lagi tentang Bahayanya SIS
Bahaya Sisters in Islam (SIS)
Dibawah ini ialah kandungan e-mel yang saya kirimkan kepada Menteri di
Jabatan Perdana Menteri YB Dato' Dr. Abdullah B. Md. Zin
([EMAIL PROTECTED]) yang bertanggung jawab mengenai hal ehwal Islam
akan bahaya pengaruh Sisters In Islam di Malaysia ini , antaranya Imam
Wanita Amina Wadud dan pemansuhan undang-undang moral. Setakat ini
tiada maklum balas yang di terima daripada menteri berkenaan.
Assalamualaikum wrt wbt,
Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada YB Dato'
yang telah memberi komen mengenai isu ini yang tersiar dalam Mingguan
Malaysia 3 April 2005.
Inilah jawapan yang dinanti-nantikan untuk memberi penjelasan kepada
masyarakat Malaysia.
Seringkali saya perjelaskan kepada masyarakat setempat bahawa isu
Amina Wadud ini mempunyai pengaruh yang besar di Malaysia, kerana
beliau telah mempunyai tapak dan ramai penyokongnya dari kalangan ahli
Sisters In Islam.
Saya juga menjelaskan kepada masyarakat setempat dan para jemaah ini
bukanlah isu politik, ini ialah isu Islam itu sendiri, isu kefahaman
Islam yang cuba dikelirukan oleh pihak tertentu dan pihak musuh Islam
mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi suasana.
Saya juga sering berkata, jika tak sokong PAS tak apa, tak sokong
pembangkang tak apa, tapi jangan bersekongkol dengan kumpulan Sisters
In Islam ini, kerana boleh menjurus kepada pemahaman Islam yang
liberal dan bebas sebebasnya serta boleh menjejaskan akidah.
Saya juga menasihatkan pada teman-teman yang ada anak-anak dalam
Puteri UMNO dan isteri-isteri dalam Wanita UMNO agar jangan
terpengaruh dengan dasar perjuangan hak wanita yang liberal oleh
kumpulan Sisters In Islam ini, kerana akibatnya mereka boleh lihat
sendiri apa yang Amina Wadud buat, tak mustahil pemimpin seperti Amina
Wadud ini akan menggesa agar ada kadi di kalangan wanita, wanita boleh
melafazkan talak dan sebagainya.
Saya juga berpesan kepada rakan-rakan yang mempunyai hubungan dengan
pemimpin atasan UMNO agar jangan diberi ruang kepada Sisters In Islam
untuk membuat seminar tentang hak wanita yang dikaitkan dengan
pemahaman Islam yang salah di kalangan penuntut IPT, Puteri UMNO dan
wanita UMNO. Sekiranya ada anak pemimpin yang menyertai Sisters In
Islam ini seperti Nori Abdullah agar dinasihatkan agar meninggalkan
kumpulan ini dan bergurulah dengan ustazah kita yang ramai di JAKIM
dan Jabatan Agama.
Kumpulan Sisters In Islam dan Amina Wadud ini mempunyai ramai pengikut
mereka di Amerika Syarikat, dan mereka ini membentuk kumpulan
Progressive Muslim Union of North America (PMU), di mana salah seorang
Ahli Lembaga Pengarah PMU ini ialah Zuriani Zonneveld anak bekas duta
Malaysia yang juga merupakan pencipta lagu dan composer yang memenangi
Album of The Year Award dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia. Dan
tugas Zuriani dalam PMU ialah untuk mencabar pemikiran Islam dan
memberi penerangan mengenai Islam kepada orang bukan Islam.
Bayangkan jika orang seperti ini memberi penerangan kepada anak-anak
kita di IPT, Puteri UMNO dan Wanita UMNO mengenai peranan wanita dalam
Islam? Yang menariknya PMU ini juga mempunyai 10 prinsip Islam
Progresif.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada YB Dato' untuk memperkatakan
apa yang benar dan apa yang salah.
Wassalam.
Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang
DISCLAIMER:
This e-mail and any files transmitted with it is legally privileged and confidential and intended solely for the use of the individual or entity to whom it is addressed. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that you have received this e-mail and any files transmitted with it in error and that any use, dissemination, forwarding, printing or copying of this e-mail and any files transmitted with it is strictly prohibited.
If you have received this e-mail and any files transmitted with it in error, please notify the sender immediately by reply e-mail and delete this email.
Views, opinions, conclusions or other information contained in this email not related to the business of Bank Islam Malaysia Berhad shall not be taken as reflective of or endorsed by it
Yahoo! Messenger - Communicate instantly..."Ping" your friends today! Download Messenger Now
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
