KISAH SEORANG DOKTOR AMERIKA MEMELUK ISLAM
 

  
bacalah semoga kita mendapat iktibar,Insya Allah.



Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa 
keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan 
tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang 
doktor neurologi.



Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan 
itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". 
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa 
yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan 
termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.


Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor 
tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat 
beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. 
Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untukberfungsi 
secara normal.


Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa 
darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada 
ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut 
memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini 
bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut  mengikut kadar 
sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulahkeagungan ciptaan Allah.


Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan 
dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh yang 
demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untukmenganuti agama Islam 
'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah 
dengan agama-Nya yang indah ini.



Kesimpulannya:

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang 
tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal 
tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan 
dalam membuat keputusan yang normal. 

Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu 
untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, 
walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah 
bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan 
otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih 
normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala 
sosial masyarakat masakini.


Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. 
Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.



Dipetik daripada Arab News, 7 Januari (atau Februari) 1987.





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke