Subhanallah, terimakasih posting ini telah mengingatkan saya pada kebesaran arti SABAR.
Jazaakumullah, semoga Allah mencatatnya sebagai kebaikan.
[EMAIL PROTECTED] wrote:
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Aku bersaksi
bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa
sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Demi masa, sesungguhnya
manusia itu sentiasa di salam kerugian melain mereka yang ingat mengingati
dengan haq & mereka yang ingat mengingati dengan kesabaran...
Berikut ini adalah kisah yang benar lagi nyata. Seringkali kita mendengar
atau membaca kisah2 pelik begini berlaku dalam zaman Rasulullah SAW. Tapi
ini adalah kisah yang berlaku hari ini, di zaman moden ini. Sesungguhnya
inilah tanda Kebesaran & Keagungan Yang Maha Menjadikan. Semoga kisah2 ini
dapat memberikan iktibar dan pengajaran bagi orang2 yang berfikir...
1. Menjadi Tetamu Allah ke BaitulLah.
Semasa saya berkerja di Pasir Gudang, Johor dulu, saya berkenalan dengan
seorang sahabat ini. Beliau, bagi saya, seorang yang baik hati & pemurah.
Suka tersenyum, mengambil berat tapi tidak kepoh. Orangnya penyabar &
begitu kuat menjaga solatnya. Seringkali beliau mengimamkan rakan2 yang
lain ketika solat. Ibrahim namanya tetapi beliau lebih mesra dengan
panggilan Wak Yem.
Ketika itu (1998) gaji yang kami perolehi sudah boleh dikatakan lumayan.
Ketika orang lain gawat, kami di industri petrochemical masih teguh. Tapi
malang tak berbau. Suatu hari, Wak Yem telah melakukan satu kesilapan yang
membuat the whole plant shutdown selama beberapa jam. Bayangkanlah,
production selama 1 jam menghasilkan US$16,000. Kalau dah 6 jam? Memang
mengaruk boss jadinya.
Kesilapan bukan atas Wak Yem 100%. Bosses pun silap gak. Tapi dasar manusia
lupa daratan. kesalahan di letak atas Wak Yem dan sorang lagi rakan kami.
Mereka didesak berhenti kerja. Wak Yem, yang memang dikenali sebagai orang
yang zuhud & penyabar, tenang meletakkan jawatan. Memang saya frust. Saya
nak bawak kes ni ke Labour Office tapi dia tenang je jawab "Rezeki hak
Allah. Tak kerja sini tak bermakna aku mati kebulur."
Selepas tu hubungan kami terputus. Yang saya dengar berita, dia bisnes
kedai gunting rambut. Kata rakan2 saya, income cukup makan je. Kena zaman
gawat. Tapi Wak Yem sikitpun tak pernah mengeluh. Saya memang simpati tapi
apa sangat yang mampu saya buat? Kesian mengenangkan orang yang dah biasa
dapat lebih RM3k sebulan tiba2 dapat less than RM1k...
Tiba2, pada Ramadhan yang lepas, ketika waktu Asar, saya terjumpa beliau di
Masjid Jamek Jg. Melayu Majidi. Selesai Qabliah Asar, saya rapat kepada.
"Buat pe skang?" Tanya saya. "Biasalah. Kedai gunting rambut tu jugak."
Jawabnya. Saya tersenyum tawar. Masih simpati padanya. "Apa buat kat sini?
Tak meniaga ke hari ni?" Tanya saya lagi. "Aku ikut kawan ni. Hm... Aku
baru balik Mekah buat umrah ni." Jawabnya lagi.
Subhanallah. Dulu keje gaji ribu2 tak mampu pegi, skang ni gaji ciput mampu
pulak? Tanya saya dalam hati. "Orang belanja. Kalau ikut income aku memang
tak mampu. Tapi siapa sangka aku mampu jadik Tetamu Allah di BaitulLah
dalam bulan mulia ni? Alhamdulillah." Jawabnya seakan mendengar soalan saya
dalam hati tadi.
Saya terpegun. Maha Suci Engkau Ya Allah. Engkau telah memuliakan dia
dengan menjemputnya ke RumahMu tanpa mengeluarkan sedikit perbelanjaan pun.
Sebak saya jadinya. "Dulu kerja, aku ade gak curi2 tido. Skang nih meniaga,
aku jujur sebab bisnes aku sendiri. Gunting rambut camne nak ribak. Mungkin
berkat rezeki aku. Tapi apa pun, kuncinya sabar & taqwa." terangnya lagi.
"Hari baik, bulan baik ni, kita berjumpa sebab nak bercerita tentang
perkara baik. Tentang kekuasaan Allah. Kau dah dengarkan?" Saya mengangguk.
"Sebarkanlah. Ada kebaikan untuk orang yang sabar dan taqwa. Subhanallah."
Katanya. Kamipun segera bangun untuk mengerjakan solat fardhu Asar.
MasyaAllah... Wak Yem, hari ini kawan tunaikan permintaan Wak Yem.
InsyaAllah...
2. Terlihat Taman yang Indah.
Ini satu lagi kisah menarik. Saya ada banyak baca riwayat sahabat2
Rasulullah yang terlihat taman2 yang indah sewaktu hendak bersolah. Dan
tiba-tiba seorang rakan saya bercerita tentang perkara yang sama. Katanya
kisah ini terjadi ketika Ramadhan yang lepas (kalau tak silap saya).
Sewaktu itu dia hendak ke surau untuk menunaikan solat fardhu Subuh.
Rakan saya ni memang menjaga waktu solatnya. Orangnya kurang berilmu tapi
cukup menjaga amalan. Beliau orang yang penyabar, jujur, tak suka cari
fasal dan yang penting, tak kepoh atau orang Terengganu kata, 'dok caghe
hal orang'. Biasa waktu solat memang dia di saf hadapan. Kesimpulannya,
memang dia orang yang mempunyai sifat terpuji.
Satu hari katanya, ketika dalam perjalanan ke surau, tiba2 langkahnya
terhenti. Dia terlihat di hadapan matanya sebuat taman yang cuuukup indah.
Bulan berseri tak seperti subuh2 yang lain. Taman menghijau. Katanya
seolah2 berada di tempat yang lain. "Dia punya cantik, fuh! Subhanallah.
Terleka aku sekejap. Tak pernah aku tengok tempat cantik camtu." Katanya.
Dia hanya tersedar apabila azan berkumandang. Dia pun mempercepatkan
langkahnya ke surau. Pulang dari surau, dia melalui lagi kawasan tersebut
tapi tidak ditemui taman yang indah itu lagi. Yang ada hanya belukar.
"Pelik." Katanya. "Aku ingat balik nak tengok lagi tapi dah takde."
Jelasnya dengan wajah sedikit hampa. Subhanallah.
Bagi yang pernah membaca kisah para sahabat yang sebegini, tentu paham
mengapa saya anggap kisah ini besar. Brader tu tak tau kisah para sahabat
yang sebegini. Kita yang dah tau sering mencari2 tapi tak jumpa. Beliau
yang tak tahu dan tak mencari2, diberikan bukti yang nyata. Maha Suci
Engkau ya Allah. Betapa hinanya aku untuk melihat keindahan TamanMu itu Ya
Allah...
3. Pipi Diusap Bidadari.
Kisah ini diceritakan kepada saya oleh salah seorang kawan saya yang baru
pulang dari keluar 3 hari bersama jemaah Tabligh. Katanya, di dalam
jemaahnya ada seorang lelaki yang bodoh2 alang. Dia bukan terencat akal
cuma... Senang cakap IQnya terlalu rendah. Menurut ibunya, kalau di kampung
dia sering dibuli. Sebab itulah ibunya menghantarnya bersama jemaah
Tabligh.
Memang menjadi kebiasaan Tabligh untuk bertandang dari rumah ke rumah untuk
mengundang orang ke Masjid. Mamat ni pun turut sama. Dia juga bercakap
ketika menjemput orang (ada istilahnya tapi saya tak ingat - maaf). Tiba di
rumah seorang pakcik tua yang tak sedar diri, mamat ni pun menjemputlah
pakcik tersebut. Dari mula lagi orang tua tersebut dah marah2 jemaah
tersebut.
Mungkin tak tahan & terasa kepadasan yang amat sangat, orang tua yang tak
sedar diri tu terus menampar mamat tadi. Terpaling mukanya akibat kuatnya
tamparan tersebut. Matanya sedikit bergenang. Mereka pun meninggalkan rumah
tersebut & pergi ke rumah berikutnya. Yang menariknya, mamat nih masih tak
serik2 dan masih lagi nak bercakap...
Malam tu mereka semua tido macam biasa. Sebelum tido, rakan saya melihat
mamat tersebut mengusap2 pipinya. Kesian dia. Mungkin kuat sangat tamparan
tadi agaknya. Fikir kawan saya dalam hati. Mereka pun tertido. Dan seperti
biasa, jemaah akan bangun awal untuk qiamulail. Tiba2 mamat tadi mendekati
Amir Sahab. Kawan saya yang ada berhampiran terdengar perbualan mereka
dengan jelas.
"Amir Sahab, malam tadi saya mimpi ada perempuan cannnnntik sangat datang.
Dia urut pipi saya yang kena tampar ni. Dia kata, dia tunggu saya datang.
Nanti dia tolong ubatkan pipi saya. Siapa pompuan tu Amir Sahab? Cannntik
sangat." Jelasnya. Mulanya rakan saya hampir nak tergelak tapi terdiam
apabila mendengar jawapan Amir Sahab "Itulah bidadari. Dia senang menunggu
awak di sana. Istiqamahlah dalam ibadah & sunnah."
Terpegun semua yang ada. Subhanallah. Mulianya kedudukan mamat tuh. Dah ada
tempat untuk dia di syurga. "Saya nak jumppa dia. Saya nak jumpa dia!" kata
mamat tersebut riang. Rakan saya menitiskan air mata melihat keadaan itu.
Dia terasa betapa dirinya hina berbanding mamat tersebut...
Lihatlah sahabat2 sekalian. Allah tidak melihat kita dari ilmu & IQ kita.
Sebaliknya iman, amal & taqwa. Saya pernah dihina sebagai orang yang rendah
IQ semata2 kerana menentang Islam Hadhari dan mempertikaikan seorang
pemimpin agama yang sanggup menjualkan agamanya dengan harga yang murah
untuk mendapatkan tempat dalam kerajaan.
Saya harap saudari yang merendahkan IQ saya membaca posting ini dan faham
bahawa saya tak heran dengan tinggi atau rendahnya IQ. Saya lebih suka
jadik bodoh2 alang macam mamat tadih asalkan saya dapat ke syurga.
InsyaAllah saya akan tetap menentang kebathilan & memperjuangkan agama
Allah yang Maha Suci ini. Saya harap saudari boleh mencermin diri sendiri &
berhentilah berbangga dengan ketinggian IQ saudari...
Sahabat2 sekalian, Pokok cerita-cerita ini ialah, iman, amal, sabar, taqwa
& istiqamah dalam ibadah. Harta yang banyak, menara berkembar yang
tertinggi di dunia atau taman tema Islamic Civilization tidak menjaminkan
syurga untuk kita semua. Apa yang perting perjuangan ke jalan Allah.
Marilah kita bangkit & berusaha tanpa jemu untuk mendirikan sebuah negara
Islam yang bercorak Hadharah Islamiyah dengan berlandaskan hukum2 dari
AL-Quran. Biarlah kita susah sedikit di dunia tapi mendapat ganjaran yang
tidak terhingga di akhirat sana. Pesanan ini juga untuk mengingatkan diri
saya sendiri...
Sekian, Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang
dari sifat lemah, jahil & lalai dalam diri saya sendiri. Wallahu'alam...
Wassalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Do you Yahoo!?
Yahoo! Small Business - Try our new resources site!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
