> > > BERITA HARIAN RABU 13 APRIL 2005 > - Rencana dan Pendapat - > http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Rencana/20050412231447/Article/ > SURAT PILIHAN: Syor pantau penggunaan alkohol dalam > makanan > > SAYA, chef di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Sebagai > seorang Muslim, saya kasihan dan bersimpati apabila > melihat ramai umat Islam sering tanpa disedari > �tersalah� makan tanpa mereka sedari terutama pabila > menikmati hidangan di hotel. > > Saya dulu beragama Kristian tetapi memeluk Islam > pada > pertengahan 2002. Selepas arif mengenai hukum halal > haram terutama dalam soal makanan saya menyedari > wujud > terlalu amat banyak perbezaan dari segi pemakanan > terutama kepada umat Islam yang amat teliti > mengenainya. > > Bagaimanapun, menerusi pemerhatian, saya dapati > banyak > kelemahan umat Islam sehingga tidak dapat membezakan > mana yang halal dan haram terutama makanan yang > dihidangkan di hotel tertentu. > > Saya sedih dengan nasib saudara seIslam saya yang > tersalah mengambil makan kerana tidak dinafikan dari > segi menu yang dihidangkan memang 100 peratus halal. > Dari jauh saya hanya memandang mereka menelan > makanan > yang tidak sepatutnya dijamah. Jadi menerusi surat > ini > saya ingin mengambil kesempatan untuk menasihatkan > umat Islam supaya berhati-hati apabila makan di > hotel. > Sepanjang pengalaman saya menjadi chef, saya tidak > pernah melihat atau menjumpai logo halal yang > dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam sedangkan ramai > umat Islam menjadi pengunjung dan menginap di hotel > ini disebabkan beberapa urusan rasmi atau tidak > rasmi. > > > Persoalannya, mengapa Jabatan Agama Islam tidak > mengiktirafkan makanan di hotel sebagai makanan yang > halal dimakan? Sudah tentu masyarakat tidak > terkeliru > dan was-was dalam menikmati hidangan dari hotel ini. > > > Dari segi undang-undang, hotel di Malaysia tidak > dibenarkan menggunakan daging babi untuk sebarang > hidangan, bagaimanapun penggunaan alkohol dalam > makanan masih berleluasa lebih-lebih lagi untuk > dijadikan ramuan atau sos makanan. Oleh itu, untuk > mengelakkan diri daripada termakan hidangan yang > menggunakan alkohol dalam masakan, saya menasihatkan > pengunjung mengelak makan makanan barat, Cina dan > Jepun kecuali makanan Melayu dan makanan yang > berasal > dari negara Islam. > > Satu lagi masalah ialah mengenai daging ayam yang > disembelih dicampur aduk dengan daging ayam yang > tidak > disembelih dalam peti sejuk di dapur hotel atau > restoran di merata tempat di negara ini, terutama di > Kuala Lumpur. > > Saya merayu kepada Jabatan Agama Islam negeri dan > Wilayah Persekutuan supaya mengkaji dan menyelidik > makanan yang dihidangkan di hotel supaya tidak ada > unsur atau bahan yang tidak halal untuk dihidangkan > kepada masyarakat terutama yang beragama Islam. > > Saya berharap kerajaan akan memantau dengan teliti > keadaan berkenaan bagi menjamin makanan yang > disediakan di hotel yang banyak dikunjungi orang > Melayu dan Islam benar-benar halal dan tidak > mengandungi sebarang bahan yang boleh menimbulkan > syak > wasangka. > > Selain menguatkuasakan logo halal, kerajaan menerusi > Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) haruslah > mengadakan pemeriksaan mengejut dari semasa ke > semasa > untuk memastikan hotel dan restoran mematuhi syarat > dan peraturan penyediaan makanan halal. > > > > CHEF PRIHATIN, > > Kuala Lumpur. > > > > > Layari http://rozmal.blogspot.com > > > > > __________________________________ > Do you Yahoo!? > Yahoo! Small Business - Try our new resources site! > http://smallbusiness.yahoo.com/resources/ > > > ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor > --------------------~--> > Would you Help a Child in need? > It is easier than you think. > Click Here to meet a Child you can help. > http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/wpWolB/TM > --------------------------------------------------------------------~-> > > > ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui > Penyebaran Ilmu dan Maklumat > ////////////////////////////////// > > Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan > pendirian rasmi Pertubuhan > Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang > dinyatakan sedemikian. > > Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian > "online" di: > http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm > > Langganan : Hantar E-mail kosong ke > [EMAIL PROTECTED] > Unsub : Hantar E-mail kosong ke > [EMAIL PROTECTED] > Yahoo! Groups Links > > > [EMAIL PROTECTED] > > > > > > __________________________________ Do you Yahoo!? Make Yahoo! your home page http://www.yahoo.com/r/hs ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
