Assalamualaikum..

Selasa, 12/04/05, pulang dari kerja, kat rumah zura lihat muka mak sedih dan sayu. Selalunya mak tak macam tu. Bukan mak tak pernah berkeadaan begitu tetapi dah lama wajah yg sayu tu mak tinggalkan. Waktu makan malam pun mak tak turut serta kat meja. Bila dipelawa makan, mak kata tak lalu. Zura biarkan, mungkin sebab mak penat. Tapi keadaan terus berlarutan sampai pukul 10 mlm. Hati rasa tak sedap dan cuba bertanya. Rupanya mak takut dgn keadaan dunia skrg. Mak kata dunia makin tak aman, tak satu-satu ujian yg Allah turunkan, walau kita tahu ianya berpunca dari sikap manusia sendiri. Mak menangis masa bercerita. Mak kata juga, amalan utk beliau bawa utk mengadap Allah Azzawajalla masih sikit dan tak tahu samada di terima. Mak berpesan agar zura dan adik jgn abaikan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi yg penuh dgn cerita. Mak belai rambut zura masa tu. Saat tu zura rasa mahu menangis tapi zura tahan airmata nie. Zura beritahu mak, sebagai manusia kita hanya berusaha utk menjadi yg terbaik dunia dan akhirat dan insyaallah, setiap kebaikan walau sebesar zarah akan dibalas begitu juga sebaliknya. Hampir 1 jam berbual dgn mak. Lepas tu mak mula ok, zura kupaskan buah kegemaran mak iaitu Buah Lai Cina. Ajak mak makan. Mak kembali ok.

Rabu, 13/04/05, kat tempat kerja ingatan masih pada peristiwa mlm semalam bersama mak. Hati terasa sebak, zura ke rest room sekejap dan menangis semahu2nya. Zura terlalu sayangkan mak. Zura sanggup kehilangan apa saje tapi bukan mak. Nak tahu, minggu lepas zura beli roti kat Bai yg naik motor. Beli roti pun sebab tahu mak suka makan roti bila duduk2 rehat. Sambil beli roti tu, sempat borak-borak dan Bai tu siap beritahu, "Zura, you punyer mak kan, ada beritahu saya yg dia hanya akan duduk dgn you sampai dia mati. Dia sgt sayang dgn you. Dia kata kalau you pindah mana2, dia hanya akan ikut you. Dia tak mahu duduk dgn kakak2 atau abg2 you."

Mak.. insyallah selagi hayat di kandung badan dan selagi diizinkan Allah, mak akan zura tatang bagai minyak yg penuh. Zura tahu, walau apa yg zura lakukan masih tidak mampu menandingi jasa mak tapi zura akan cuba memberi yg terbaik. Pada Zura, mak lah harta yg tiada gantinya di dunia dan akhirat. Lagipun, arwah ayah ada berpesan agar zura jaga mak sebagaiman ayah jaga mak. Zura sedar juga, zura tak mungkin dpt menjadi seperti ayah kerana dialah lelaki dan ayah yg paling baik. Dirinya masih zura rindui walau 7 tahun pemergiannya.

Mak.. moga Allah lanjutkan usiamu. Moga hidupmu sentiasa di dalam naungan Ilahi. Zura takkan jemu meminta dari yang Maha Kuasa agar memberi kehidupan yg membahagiakan pada mak. Zura juga takkan jemu menundukkan muka, merayu pada yg Maha Kaya agar menempatkan mak di syurgaNYA andai DIA menjemput mak nanti.

Al-Fatihah utk ayah tersayang. Moga dirinya ditempatkan di golongan yg beriman dan di masukkan di dalam Syurga yg indah.

Assalamualaikum�




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
Children International
Would you give Hope to a Child in need?
 
Click Here to meet a Girl
And Give Her Hope
Click Here to meet a Boy
And Change His Life
Learn More


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke