Adab di rumah - Anak perlu hormati ibu bapa
Oleh AZMAN AHMAD

Masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini seperti kejadian 
rogol, sumbang mahram atau kes-kes bersekedudukan antara ayah dengan anak-anak 
atau yang melibatkan adik beradik masih lagi hangat diperbincangkan. 

Artikel ini ingin menyelami persoalan penting mengenai aurat dalam rumah, sama 
ada antara ibu bapa dengan anak-anak atau antara anak-anak sendiri yang kurang 
dititikberatkan atau diberi tumpuan oleh sebahagian ibu bapa. 

Hal ini akhirnya mencambahkan benih kemaksiatan sehingga berkembang biak, yang 
dibimbangi jika tidak ditangani akan menjadi dahan pohon yang sukar untuk 
dicantas lagi. 

Sesungguhnya Islam sangat menitikberatkan pencegahan pada peringkat awal kerana 
mencegah lebih baik daripada merawat. 

Justeru itu, Islam datang bertujuan memelihara maruah manusia dan menutup apa 
jua ruang yang boleh membawa kepada kemaksiatan atau kebinasaan.

Kes-kes `haruan makan anak' seperti yang berlaku hari ini sebenarnya boleh 
dielakkan seandainya ibu bapa mengambil berat dan memahami beberapa adab dan 
syariat yang telah disusun oleh Islam, yang melindungi aurat dan maruah 
anak-anak juga ibu bapa itu sendiri. 

Nabi s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: 

Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah, (suci bersih) 
kedua-dua ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan mereka, sama ada menjadikan 
mereka Yahudi, Nasrani atau Majusi. 

Demi melindungi aurat serta maruah anak-anak, Islam telah menyusun beberapa 
adab dalaman dalam sesebuah rumah, sama ada yang telah ditetapkan dalam 
al-Quran atau melalui sunah Rasulullah s.a.w sendiri. 

Kesucian sumber ini secara semula jadinya mampu membina dan membentuk akhlak 
anak-anak dan menghindarkan sebuah keluarga itu daripada sebarang unsur yang 
membawa kepada kemaksiatan kepada Allah s.w.t. 

Antara adab-adab tersebut iaitu adab meminta izin masuk ke bilik tidur ibu bapa.

Adab ini sebenarnya telah diatur sendiri oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran 
melalui firman-Nya yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang 
belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) 
dalam tiga masa: iaitu sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian 
kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang isyak. 

Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan 
mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) 
orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat 
antara satu dengan yang lain. 

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha 
Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu 
telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang 
yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu 
ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (An-Nur: 
58-59)

Berdasarkan ayat di atas jelas bahawa rumah dan segala isinya merupakan `harta' 
yang menjadi benteng maruah kepada sesebuah keluarga. 

Bilik tidur pula menjadi benteng terakhir yang harus dijaga adab-adabnya. 

Oleh itu anak-anak, sama ada yang masih kecil mahu pun yang telah dewasa harus 
diatur dan dididik menghargai dan menghormati tempat tidur ibu bapa, terutama 
waktu-waktu tertentu ibu bapa yang menyentuh masa istirahat mereka. 

Justeru itu anak-anak apabila mahu berbicara dan meminta sesuatu, mereka 
dikehendaki memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu. 

Allah s.w.t. menjelaskan bahawa kedudukan atau tempoh tiga waktu yang wajib 
dijaga ini disebabkan ruang untuk mereka mendedahkan aurat agak tinggi. 

Oleh itu untuk menjaga aurat dan kehormatan diri mereka, anak-anak sewajarnya 
diajar akan adab-adab meminta izin terlebih dahulu. Tiga waktu yang dimaksudkan 
di atas iaitu:

1. Sebelum solat Subuh
Waktu ini ialah waktu ketika ibu bapa kemungkinan sedang tidur. Atau ketika ini 
juga kemungkinan adalah waktu ibu bapa sedang bangun dari tidur. Justeru 
anak-anak harus diajar agar mengetuk pintu bilik ibu bapa sebelum masuk. 

Hal ini kerana waktu inilah kemungkinan waktu-waktu `persendirian' bagi ibu 
bapa. Mungkin ketika itu peratusan aurat mereka terdedah sangat tinggi. Oleh 
itu anak-anak dilarang mengganggu ibu bapa.

2. Sekitar sebelum waktu Zuhur
Waktu Zuhur ini juga disebut sebagai waktu `Qailulah' iaitu antara waktu yang 
disunatkan untuk tidur sebentar. 

Ketika ini kemungkinan ibu bapa sedang berehat atau kemungkinan sedang tidur 
atau bersiap-siap untuk menunaikan solat Zuhur. 

Justeru itu anak-anak sewajarnya diajar adab meminta izin sebelum masuk ke 
dalam bilik ibu bapa mengelakkan aurat ibu bapa terdedah kepada anak-anak. 

3. Selepas Isyak
Waktu-waktu seperti ini biasanya ibu bapa sedang bersiap-siap untuk tidur. Atau 
kemungkinan salah seorang daripada mereka sedang berehat, bersantai atau tidur 
di dalam bilik. 

Anak-anak sewajarnya diajar supaya meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk 
supaya kehormatan ibu bapa terpelihara. 

Tegasnya bahawa gerak laku yang diatur oleh Allah s.w.t. melalui adab meminta 
izin ini menjelaskan kepada kita betapa Islam sangat menitikberatkan pendidikan 
atau latihan yang bersifat dalaman melalui pembentukan akhlak dan peribadi 
anak-anak sebelum mereka berhadapan dengan masyarakat luar. 

Hal ini kerana, waktu-waktu yang disebutkan di atas tidak terhad hanya kepada 
ruang dalaman rumah kita sahaja, malah ia merangkumi etika kejiranan yang 
melibatkan komuniti di luar rumah kita. 

Waktu yang disusun oleh Allah s.w.t. itu juga mengandungi hikmah yang 
tersendiri, yang sebenarnya mendidik ibu bapa dan anak-anak agar tidak bertamu 
ke rumah jiran tetangga atau sahabat handai yang boleh mengganggu ketenteraman 
dan waktu rehat mereka. 

Selain daripada perlakuan anak-anak dalam menjaga adab-adab tersebut, 
pemeliharaan aurat juga wajar dipraktikkan oleh Ibu bapa sendiri melalui konsep 
`Kepimpinan Melalui Teladan'. 

Jika anak-anak yang masih kecil pun harus diatur dan dididik dengan adab-adab 
yang melindungi maruah dan aurat ibu bapa, maka ibu bapa juga seharusnya 
menjaga penampilan diri mereka melalui etika pakaian yang bersesuaian agar 
lebih bersopan dan menepati syarak terutama di hadapan anak-anak. 

Berpakaian secara sopan ini merupakan suatu disiplin yang cukup penting dalam 
Islam, yang boleh menghindari sesebuah keluarga itu daripada berlakunya insiden 
yang tidak baik

Memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan adalah salah satu 
daripada sunah dan etika yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk 
memelihara aurat anak-anak dan membentuk adab mereka dengan akhlak yang 
sempurna.

Pembahagian struktur ini telah disusun oleh Nabi s.a.w. dalam sebuah hadisnya 
yang bermaksud: 

Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila usia mereka tujuh 
tahun. Apabila usianya 10 tahun pukullah mereka seandainya mereka ingkar, dan 
pisahkanlah tempat tidur mereka (antara anak lelaki dan perempuan). (Riwayat 
Abu Daud)

Untuk mengelak rumah menjadi punca kepada berputiknya unsur-unsur maksiat dan 
gejala negatif, Islam telah menutup ruang atau benih-benih yang boleh membawa 
gejala tersebut. 

Pertama sekali, Islam telah menyusun struktur dalaman sebuah rumah. Rumah yang 
baik sekurang-kurangnya mengandungi tiga buah bilik tidur secara berasingan, 
iaitu sebuah bilik untuk ibu bapa dan dua buah bilik yang memisahkan antara 
anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan. 

Hal ini sebenarnya berhubung kait dengan faktor perkembangan seksologi 
anak-anak. Biasanya ia bermula apabila mereka mencapai tahap kematangan 
kemudian berlakunya beberapa perubahan terutama dari segi fizikal mereka. 

Ia biasanya bermula dalam lingkungan umur 10 tahun yang membabitkan beberapa 
perubahan hormon dalam tubuh badan seseorang. 

Perkembangan jantina ini - dalam Islam ia disebut sebagai peringkat umur baligh 
- biasanya akan memberi kesan kepada emosi dan ragam mereka sehingga mendorong 
sikap dan tindakan `ingin tahu' mereka. 

Maka di sinilah letaknya hikmah di sebalik gesaan Rasulullah s.a.w. supaya ibu 
bapa memisahkan bilik tidur anak-anak lelaki dan anak perempuan ketika umur 
mereka 10 tahun supaya aurat mereka terpelihara dan tidak timbul sebarang 
masalah yang boleh mencemarkan kesucian agama dan keturunan mereka. 

Senario kegawatan akhlak remaja Islam dan yang berlaku dewasa ini boleh diatasi 
sekiranya ibu bapa menjaga keluarganya dengan adab-adab berdasarkan sunah dan 
syariat yang telah diatur oleh Islam. 

Hal ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya yang bermaksud: 

Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada 
api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu; Neraka itu dijaga dan dikawal 
oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya) mereka tidak menderhaka 
kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka dan mereka pula 
tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim: 6) 





=============================
the designer of MOVE DAIHATSU�
http://www.kenarianz.com


 
--------------------------------------
'Sambutan 100 Tahun Universiti Malaya'
http://www.um.edu.my

------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
/---------------------------------------------------------------------------\

Confidential and/ or privileged information may be contained in this
e-mail and any attachments transmitted with it ('Message'). If you are
not the addressee indicated in this Message (or responsible for 
delivery of this Message to such person),you are hereby notified that
any dissemination, distribution, printing or copying of this Message or
any part thereof is prohibited. Please delete this Message if received 
in  error and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions
and other information in this Message that do not relate to the 
official business of this company shall be understood as neither given
nor endorsed by this company.

This mail is certified Virus Free by *ProtectNow! (InternetNow Sdn Bhd) 
*Scanner Engine powered by Norman Virus Control

\--------------------------------------------------------------------------/

Kirim email ke