Assalamua'laikum wrm wbh,

CATATAN PERJALANAN : KL-MEDAN-BANDA
ACEH-MEULABOH-MEDAN-KL
(02/04/05-10/04/05)
YANG MEMBUAT HATI BERDEBAR-DEBAR LAGI CEMAS
#Saat akan berangkat ke Aceh dari KLIA diiringi para
sahabat terutamanya naqibah. Melangkah shj kaki ke
dalam pesawat rasa cemas dan takut mula terasa membuat
perasaan jadi celaru dan hati gundah gulana. Maka
berzikirlah ana sepanjang masa beserta doa dengan
harapan selamat pergi dan selamat kembali. Sekiranya
ditakdirkan tidak kembali, ana redha........

#Saat akan berangkat ke Meulaboh pada pagi Selasa
05/04/05. Maklumat yg mengatakan jalan kurang elok,
masih berlaku gempa, ada Pos TNI, GAM masih
berkeliaran tidak mematahkan semangat dan harapan utk
ke sana dan bertemu akhawat PKS . Apa guna ikut
program Perkasa dan menjadi fasilitator Perkasa
beberapa tahun kebelakangan, jika tidak boleh
mempraktikkan ilmu-ilmu yg digarap.

#Saat ditahan oleh tentera TNI lengkap bersenjata utk
diperiksa. Semua kena turun dan pasport diperiksa satu
persatu. Tentera bersenjata mengelilingi kami. Ada yg
melihat dari atas bukit. Dipandangnya kami atas-bawah
sambil meninjau-ninjau kenderaan yg dinaiki. Risau
jika tiba-tiba diperintahkan : Yg bapak-bapaknya sila
naik mobil dan jalan terus. Yg ibu-ibunya tinggal.
Pasrah hanya pada Allah....


YANG MENGINSAFKAN (bukti dan tanda ujian/amaran Allah
swt)
#Pemandangan dan penggambaran di Kota Banda Aceh
termasuk ke Lampulou. Segala-galanya telah musnah.
Tiada apa yg tinggal.Semasa melintasi tempat-tempat yg
terjejas teruk, terlihat sekumpulan manusia sedang
menjalankan kerja-kerja pembersihan bekas runtuhan.
Dalam kepayahan dan kepanasan mereka sempat
melemparkan senyuman pada kami.

#Pemandangan dan penggambaran di sekitar Kota Meulaboh
termasuk ke Suak Timah, Chot Darat dan Chot
lain-lainnya. Dirakamkan juga jambatan yg
menghubungkan Meulaboh-Banda Aceh yg musnah dan
tenggelam dek laut, masjid putih yg terletak
betul-betul dekat dgn laut tetapi tidak terjejas dek
tsunami. Semua bangunan dan rumah musnah, ranap
samasekali. Terpandang juga kubur massa tidak bertanda
yg mulai ditumbuhi rumput. Bagaimanapun kedai-kedai
ada yg mula dibuka walaupun banyak yg masih tutup.

#Suhu/cuaca panas siang-malam akibat terjejasnya
ekosistem selepas tsunami ditambah dgn gempa yg
berlarutan.

YANG MENCABAR (THRILL)
#Perjalanan ke Meulaboh melalui
                   .Jalan berlekuk-lekuk, ala camel
trophy gitu, terhentak-hentak macam naik kuda dan
tergelek-gelek macam menari dangdut, lepas tu pening
sebab jalan berliku-liku seperti ular kena palu.
Perjalanan agak jauh bermula jam 8.00pagi dan tiba di
Posko Meulaboh jam 6.00 petang.

YANG MENGASYIKKAN LAGI MENENANGKAN
Pemandangan alam semulajadi yg sangat cantik,
menakjubkan dan mendamaikan; gunung
-ganangnya, sawah padinya, dua sungai yg mengalir
semasa ke Meulaboh .

YANG MENGHARUKAN DAN MENYENTUH PERASAAN
#Saat bertemu dan meladeni anak-anak yatim di Desa
Pante Ayer Itam 3 seramai 28org. Kami telah mengadakan
sesi minum petang bersama anak-anak dan 3 ibu yg dapat
hadir, melukis, slot B.Inggeris dan solat maghrib
berjemaah. Sebahagian besar ibu/bapa/wali anak-anak
ini tinggal di Lamno/Calang.

#Saat bertemu dan bermesra dengan anak-anak yatim di
Daayah Darul Hijrah seramai 47org. kami telah
mengadakan tayangan video tentang tsunami oleh
Dr.Roslan, solat Isya berjemaah, makan malam, taaruf
sambil ambil data dan sesi bergambar.

#Saat bertemu dan meladeni anak-anak yatim di
Naganraya, Meulaboh. Anak-anak dibahagikan kpd 3
kumpulan; < 6thn, >6thn <13 thn; >13thn. Aktiviti
berasingan dilakukan sebelum sumbangan disampaikan.

#Saat bertemu dan bermesra dengan anak-anak yatim di
Baznas, Meulaboh. Aktiviti yg dapat dilakukan ialah
sesi motivasi oleh Ust.Arwani, makan malam bersama,
sampaikan sumbangan dan sesi bergambar.

#Saat menziarahi anak-anak yatim, ibu tunggal dan bapa
tunggal di barak stadiun, Lampenerut. Ada di kalangan
anak-anak ini yg trauma, minta dicarikan pekerjaan,
dapatkan biaya utk sambung belajar. Para ibunya pula
minta wang utk dijadikan modal
berniaga..........Kehadiran kami amat dihargai kerana
ada yg datang ziarah bertanya khabar. Moga-moga ada
bantuan yg dihulurkan.

#Saat menziarahi anak-anak yatim dan guru-guru di Suak
Timah,Meulaboh. Mereka belajar dalam suasana serba
kekurangan, terutama alatulis dan bahan mengajar.
Guru-gurunya cukup tabah mengajar dalam khemah-khemah
agar anak-anak bisa terus belajar. Anak-anak mengekori
kami sambil meminta : Ibu, buku gambarnya ada?

YANG MEMBANGKITKAN SEMANGAT (DAYA JUANG)
Pertemuan dan perkenalan dengan akhawat PKS. Kegigihan
dan ketabahan mereka meneruskan agenda ummah dan
menggerakkan aktiviti kemanusiaan dgn peralatan dan
dana yg terbatas.
Ada di antara mereka masih muda usianya. Ana sangat
menghormati peribadi seperti Ibu Andi (Deputi
Kewanitaan DPW-PKS), Ibu Rofiana (Ketua Bidang
Kewanitaan,Meulaboh), Ibu Roswati (Pendidikan), Yanti
(Ekonomi), Didis (Ekonomi,Meulaboh) dll. Tidak
ketinggalan Putri Fitriyah (Pengurus Desa Pante Ayer
Itam 3).

YANG MENGHIBURKAN
Sesi-sesi yg dilakukan dalam kenderaan bagi
memanfaatkan masa kerana masa banyak habis di jalanan
seperti taaruf, temubual dgn Ibu Andi, kuiz/games,
perbincangan dsb. Lagipun tak kan nak tidur aje......
Pak Abu perlu ditemankan juga.

Makan di Wong Solo.
Minum jus alpokat , matabe dan terung belanda yg tak
pernah ana minum sebelum ni.
Ronda-ronda sekitar Medan ie ke toko buku, toko kek
dan pajak perenggan.

YANG TERKILAN
Banyaknya kerja yg perlu dibuat tapi masa membatasi.
Tidak dapat berkomunikasi dgn baik dgn anak-anak yatim
di Meulaboh kerana mereka hanya fasih berbahasa Aceh.
Tidak dapat bertemu dan mengadakan slot
tazkeerah/motivasi dgn akhawat atau kader-kader baik
di Banda Aceh mahupun di Meulaboh.
Tidak mampu membantu ibu-ibu tunggal dan anak-anak
remaja yg ditemui di barak-barak yg mengharapkan
sumbangan wang utk dijadikan modal berniaga dan/atau
mendapatkan pekerjaan walaupun terpaksa ke Msia.

Doa dan harapan agar Allah swt merahmati dan
meringankan kesusahan dan kepayahan yg mereka
alami.Moga-moga dibukakan pintu rezeki melalui orang
lain yg diutuskan......


Sheariza @ Ibu Sha 






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke