Minyak Kelapa Dara NUFERA : http://www.maynetwork.net/nufera/ Pertempuran al-Qa'im membolehkan mujahiddin menguasai bandar Laporan demi laporan yang datang dari pertempuran di al-Qa'im manakala memakin ramai warga yang mampu telah menjawab seruan untuk memikul senjata menentang tentera AS. Pada masa ini, bandar tersebut telah jatuh ke tangan mujahiddin. Berikut adalah laporannya. Mujahiddin meletupkan pengkalan tentera AS membunuh lima; serangan Amerika membunuh 37 orang awam Wartawan Mafkarat al-Islam di al-Qa'im di sempadan Syria melaporkan bahawa lima anggota tentera AS telah terbunuh dan 11 yang lain cedera apabila pejuang mujahiddin melancarkan serangan roket ke arah pengkalan tentera AS yang dikenali sebagai A22 berhampiran bandar tersebut sebentar tadi. Wartawan melaporkan bahawa Captain Lu'ay Khalid dari pasukan tentera Allawi berkata bahawa pejuang mujahiddin telah melancarkan roket Tariq ke arah kem Amerika. Beliau berkata bahawa roket tersebut telah mengakibatkan kemusnahan pada sebuah bangunan di pusat tentera AS itu. Tentera Amerika kemudiannya membalas dengan melepaskan tembakan artileri ke arah satu kawasan yang mereka percaya roket tersebut dilancarkan, di pusat bandar al-Qa'im yang dibebaskan. Serangan Amerika menyebabkan enam rakyat Iraq syahid, tiga dari kalangan mereka adalah kanak-kanak dan seorang wanita. Sehingga kini jumlah orang awam yang telah dibunuh oleh tentera AS di bandar tersebut adalah seramai 32 orang. 17 daripada mereka adalah wanita dan kanak- kanak dan yang paling muda ialah seorang bayi berusia empat hari, demikian menurut pengarah hospital al-Qa'im. AS melancarkan serangan dengan bantuan udara, risalah mengugut disebarkan Wartawan Mafkarat al-Islam di al-Qa'im melaporkan bahawa lebih dari 100 buah kenderaan tentera AS dengan dibantu oleh pesawat pejuang dan helikopter telah mara ke arah timur bandar al-Qa'im yang dibebaskan. Wartawan melaporkan saksi berkata bahawa tentera AS telah mara dari lapangan terbang `Ayn al-Asad di bandar Hit, juga di wilayah al- Anbar. Pesawat tentera AS telah menggugurkan risalah yang mengugut wanita dan kanak-kanak bahawa tindakan akan dikenakan ke atas mereka jika sekiranya mereka memberi bantuan dan menyokong atau melindungi pejuang mujahiddin. Risalah tersebut mengugut: "peluru kami tidak akan membezakan wanita dan kanak-kanak di dalam peperangan yang akan menghancurkan pemberontak. Oleh itu tinggallah di dalam rumah masing- masing dan jangan cuba untuk membantu mereka." Pada hari Isnin, tentera AS sekali lagi telah menggunakan senjata kimia dalam serangan ke atas al-Qa'im. Mujahiddin menembak jatuh sebuah helikopter Apache Wartawan Mafkarat al-Islam di al-Qa'im melaporkan bahawa Mujahiddin telah menembak jatuh sebuah helikopter Apache di bahagian timur bandar. Saksi memberitahu wartawan bahawa kesemua anggota di dalam helikopter tersebut telah terbunuh dan bangkai helikopter tersebut masih terbakar. Tentera Amerika meletupkan tempat bekalan air, depo simpanan makanan, memotong bekalan eletrik dan menghalang semua pengangkutan makanan Wartawan Mafkarat al-Islam melaporkan bahawa tentera kafir AS telah mengebom tangki simpanan air di al-Qa'im, memotong bekalan eletrik dan mengebom depo simpanan makanan yang terletak di barat al-Qa'im, Mereka juga telah menghalang penghantaran makanan daripada memasuki bandar. Tentera Amerika juga mengugut akan meletupkan hospital yang merawat pejuang mujahiddin. Mujahiddin menerima bantuan pejuang, lelaki dan wanita dari bandar berhampiran Wartawan Mafkarat al-Islam di al-Qa'im melaporkan bahawa tentera AS agak gugut di beberapa tempat di garisan hadapan dalam kubu mereka membuktikan mereka sebenarnya takut menghadapi pejuang mujahiddin secara berdepan. Mafkarat al-Islam melaporkan bahawa dalam pertempuran yang telah berlaku sejak jam 7:00 pagi Isnin, seramai 78 anggota tentera Allawi telah melarikan diri. Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh tentera AS. Pejuang Mujahiddin mengumumkan bahawa seramai 150 ke 200 pejuang telah memasuki bandar bertujuan untuk membantu pejuang mujahiddin. Di kalangan mereka termasuk seramai 16 wanita dari Hit, al-Qa'im dan Hadithah. Mereka telah berjaya merampas 14 senjata M4 Amerika dan juga peluru dan peralatan termasuk baju kalis peluru dari tentera AS. Pejuang Mujahiddin telah berikrar dalam sebuah masjid terbesar di bandar al-Qa'im bahawa mereka akan berjuang sehingga mencapai kemenangan atau syahid manakala kaum wanita memenuhi bumbung sambil memohon kemenangan untuk para mujahiddin, memberikan mereka dokongan moral untuk meningkatkan perjuangan. Sebanyak 20 buah masjid di bandar meneruskan doa agar Allah memberi kemenangan kepada pejuang mujahiddin melalui pembesar suara. Seorang wartawan Mafakrat al-Islam telah melawat kedudukan di bahagian barat bandar, tempat di mana tentera AS berkumpul pada hari Isnin tetapi mereka telah dihalau oleh pejuang mujahiddin. Wartawan mendapati kawasan tersebut dipenuhi dengan dadah jenis "Arteen" dan "Makdoon" di kawasan tersebut. Wartawan Mafkarat al-Islam berkata bahawa lebih dari 100 pejuang mujahiddin dari Fallujah telah berada di al-Qa'im bertujuan untuk membantu saudara mereka di bandar tersebut. Minyak Kelapa Dara NUFERA : http://www.maynetwork.net/nufera/ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
