-----Original Message----- 
From: Ramlan Othman - SOM. UM 
Sent: Wednesday, April 06, 2005 2:02 PM 
To: brch.um 
Subject: FW: Surat 




Mari kita berfikir..mengapa sedemikian boleh berlaku??!! 




> 
> Ya ALLAH... 
> Aku memohon cintaMU... 
> Dan cinta orang yang mencintaiMU... 
> Serta semua amalan yang mendekatkanku 
> kepada cintaMU... 
> 
> 
> 
> -------------------------------------------------------------- 
> Memorandum ini diserahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu. 
> Turut hadir ialah Dr Mohd Hayati Othman, Ahli Parlimen Pendang dan Ustaz 
> Idris Ahmad, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat 
> ------------------------------------------------------------- 
> 
> Mengadap: 
> Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 
> Dan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, 
> Istana Negara, 
> Kuala Lumpur. 
> 
> 24 Safar 1426/ 4 April 2005 
> 
> Ampun Tuanku, 
> 
> MEMORANDUM MENDESAK CAMPUR TANGAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU UNTUK 
> MENANGANI ANCAMAN TERHADAP UMAT ISLAM 
> 
> Pertama-tamanya patik bagi pihak rakyat jelata khususnya umat Islam di 
> negara ini menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas kesedian pihak Seri 
> Paduka Baginda dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku mencemar duli untuk 
> mendengar permasalahan yang sedang dihadapi oleh umat Islam di negara 
> hari ini. 
> 
> Patik merujuk kepada perkara di atas. Untuk pengetahuan Tuanku, pada 
> hari ini umat Islam di negara ini sedang mengalami ancaman yang serius 
> sama ada dari aspek aqidah, perlaksanaan syariat mahupun kebersihan 
> makanan sehingga menyebabkan umat Islam tidak dapat hidup dengan selesa 
> di negara ini. 
> 
> Tujuan patik menyerahkan memorandum ini adalah menarik perhatian Tuanku 
> supaya campur tangan terhadap pentadbiran kerajaan yang pada hari ini 
> semakin longgar dalam menangani masalah-masalah ini. 
> 
> Ampun Tuanku, 
> 
> Pada dasarnya patik ingin mengemukakan empat isu besar yang sedang 
> mengancam umat Islam pada hari ini yang pada pandangan patik ia sangat 
> penting untuk diberikan perhatian oleh pihak Tuanku. 
> 
> Berikut adalah empat isu tersebut: 
> 
> 1. Campur tangan politik dalam urusan penguatkuasaan undang-undang 
> syariah 
> 
> Menjelang Hari Raya Korban yang lepas, satu tangkapan telah dilakukan 
> oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ke atas 
> beberapa umat Islam yang disyaki melakukan kesalahan di kelab malam The 
> Zouk, Jalan Ampang. 
> 
> Walau bagaimanapun, usaha-usaha untuk mencegah kemungkaran yang 
> dilakukan oleh JAWI seperti yang diperuntukan oleh undang-undang telah 
> mendapat respon yang sangat negatif daripada pemimpin Kerajaan BN. 
> 
> Para menteri seperti Menteri Pembangunan Masyarakat, Keluarga dan Wanita 
> dan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah memberikan 
> komen-komen yang memihak kepada pelaku maksiat, dalam masa yang sama 
> Umno sebagai parti utama komponen BN melalui sayap Puterinya telah 
> melantik peguam-peguam bagi memberikan sokongan kepada pelaku maksiat. 
> 
> Beberapa pemimpin NGO seperti Sister in Islam dan Datin Paduka Marina 
> Mahathir telah membuat kenyataan-kenyataan terbuka yang mengkritik usaha 
> pencegahan kemungkaran yang dibuat oleh JAWI. 
> 
> Kesan daripada kritikan dan campur tangan secara terbuka terhadap usaha 
> mencegah maksiat oleh JAWI yang dilakukan oleh pemimpin politik ini, 
> pihak JAWI telah bertindak membatalkan saman-saman yang telah 
> dikeluarkan kepada pelaku maksiat, sekaligus membebaskan mereka daripada 
> tuduhan melanggar undang-undang syariah Wilayah Persekutuan. 
> 
> Ini bukan pertama kali kejadian campur tangan politik yang menghalang 
> penguatkuasaan undang-undang syariah di negara ini. 
> 
> Sebelum ini dua kes telah berlaku di Selangor di mana Mufti Negeri 
> Selangor, Dato' Seri Utama Diraja Haji Ishak Baharom telah dipecat 
> ekoran penangkapan tiga orang gadis Melayu yang menyertai pertandingan 
> ratu cantik, dan tindakan disiplin ke atas beberapa pegawai Jabatan 
> Agama Islam Selangor (JAIS) ekoran serbuan ke atas kelab malam The Ship, 
> Damansara. 
> 
> Patik juga memandang berat kenyataan terbuka YB Dato Zaid Ibrahim, Ahli 
> Parlimen Kota Bahru yang secara terbuka mempertikaikan peranan Mufti dan 
> Ulama serta undang-undang syariah semasa membahaskan titah DiRaja di 
> dalam parlimen baru-baru ini. 
> 
> Patik berpandangan, sekiranya perkara ini tidak dihalangan oleh pihak 
> Seri Paduka Baginda dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku, ia bukan bukan 
> sahaja akan memberikan kesan buruk terhadap kedudukan undang-undang 
> Islam di negara ini, tetapi akan turut menjejaskan keyakinan rakyat 
> terhadap kedudukan Tuanku dan Raja-raja Melayu yang lain sebagai Ketua 
> Agama Islam. 
> 
> Patik percaya sikap 'talam dua muka' yang ditunjukkan oleh Kerajaan BN 
> terhadap penguatkuasaan undang-undang Islam menjejaskan kedudukan Islam 
> sebagai agama Persekutuan. 
> 
> 2. Cadangan penubuhan ICM yang mengancam kesucian agama Islam 
> 
> Ampun Tuanku, 
> 
> Baru-baru ini juga beberapa NGO yang diketuai oleh Majlis Peguam (Bar 
> Council) telah mengadakan satu persidangan untuk membincangkan penubuhan 
> sebuah suruhanjaya yang dinamakan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia 
> (ICM) yang berperanan untuk merundingkan beberapa perkara yang 
> disyariatkan oleh Allah dalam ajaran Islam. 
> 
> Pada asasnya ICM cuba campur tangan terhadap kesucian agama Islam untuk 
> diselaraskan dengan apa yang mereka simpulkan sebagai 'hak asasi 
> manusia'. 
> 
> Walaupun Perdana Menteri telah membuat kenyataan supaya cadangan 
> penubuhan ICM ini ditangguhkan, ia tidak menghilangkan kebimbangan umat 
> Islam kerana 'penangguhan' boleh ditarik balik pada bila-bila masa. 
> 
> ICM secara terbuka cuba melakukan pencerobohan terhadap kesucian Islam 
> di mana para pemimpin agama-agama bukan Islam melakukan perundingan 
> berkenaan kedudukan agama Islam, seolah-olah mendesak supaya Islam 
> disamatarafkan dengan agama-agama lain. 
> 
> Adalah sesuatu yang sangat memalukan apabila pemimpin agama bukan Islam 
> cuba mempersoalkan kesucian agama Islam, agama yang diterima sebagai 
> agama Persekutuan. 
> 
> Lebih membimbangkan apabila Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan 
> yang merasmikan persidangan ICM dalam ucapannya telah menyebutkan bahawa 
> "tidak ada pihak yang boleh mendakwa agama mereka yang paling tinggi 
> daripada agama lain". 
> 
> Kenyataan ini bertentangan sama sekali dengan aqidah umat Islam yang 
> percaya "Islam adalah yang tertinggi dan tidak ada yang lebih tinggi 
> daripadanya". Kenyataan menteri ini secara terbuka telah menjatuhkan 
> kedudukan Islam sebagai agama disyariatkan oleh Allah di hadapan 
> pemimpin agama bukan Islam. 
> 
> Pada pandangan patik, usaha-usaha yang dibuat oleh pihak di atas untuk 
> mendesak penubuhan ICM, kenyataan menteri yang menafikan kesucian agama 
> Islam dan kegagalan Perdana Menteri membatalkan cadangan ICM telah 
> membuka ruang kepada pihak tertentu khususnya orang bukan Islam untuk 
> mencabuli kesucian agama Islam. 
> 
> Dalam soal ini, sekali lagi kedudukan Tuanku sebagai Ketua Agama Islam 
> menjadi sandaran rakyat untuk melihat agama yang suci ini dapat 
> dipertahankan. 
> 
> 3. Penolakan undang-undang akhlak berasaskan agama 
> 
> Ampun Tuanku, 
> 
> Pada bulan lepas, satu kumpulan 50 NGO dan 200 individu telah 
> mengemukakan desakan kepada kerajaan untuk menolak sebarang perlaksanaan 
> undang-undang yang mengawal akhlak atau tingkah laku rakyat terutama 
> yang berasaskan agama. 
> 
> Kumpulan ini telah diketuai oleh dua tokoh wanita iaitu Nori Abdullah 
> Badawi daripada Sister In Islam dan Datin Paduka Marina Mahathir dari 
> Majlis Aids Malaysia. 
> 
> Kumpulan ini berpandangan bahawa rakyat negara perlu diberikan kebebasan 
> sepenuhnya untuk melakukan apa sahaja tanpa dikawal oleh satu kod atau 
> undang-undang yang berasaskan agama. 
> 
> Bagi mereka penguatkuasaan undang-undang akhlak berasaskan agama akan 
> mencabul hak-hak sivil rakyat termasuk hak untuk melakukan 
> perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. 
> 
> Patik melihat perkara ini sangat berbahaya kepada masa depan umat Islam 
> sekiranya kerajaan melayan desakan mereka. Jika tidakpun, ia telah 
> menjadi satu permulaan bagi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk 
> mengemukakan pandangan-pandangan yang sangat berbahaya kepada aqidah 
> Islam secara terbuka. 
> 
> Sekiranya pihak ini berterusan menjadikan 'wacana batil' mereka untuk 
> membentuk pemikiran sesat rakyat, tidak mustahil suatu hari nanti mereka 
> akan mendesak supaya wanita menjadi imam solat Jumaat seperti yang 
> dilakukan oleh satu kumpulan wanita di Amerika Syarikat. 
> 
> 4. Masalah makanan umat Islam yang dicemari oleh unsur haram 
> 
> Ampun Tuanku, 
> 
> Pada bulan lepas juga, umat Islam telah dikejutkan oleh satu pendedahan 
> tentang masalah makanan yang dilabelkan sebagai halal tetapi sebenarnya 
> haram. 
> 
> Pendedahan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ini telah 
> membongkar kegiatan beberapa pengilang sosej di Selangor yang 
> menggunakan label halal pada produk mereka, tetapi telah mencampurkan 
> usus babi dalam makanan tersebut. 
> 
> Kilang-kilang ini dikenal pasti membekalkan 'sosej halal' tersebut 
> kepada pasaraya-pasaraya utama dan hotel-hotel di sekitar Lembah Kelang. 
> Beberapa minggu kemudian didedahkan pula penggunaan logo halal oleh satu 
> produk daging babi kisar yang dikesan di Sarawak. 
> 
> Penggunaan logo halal pada asasnya bertujuan untuk membolehkan umat 
> Islam hanya menggunakan produk yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan 
> Islam Malaysia (JAKIM) sahaja. 
> 
> Tetapi malangnya, logo halal ini telahdisalah gunakan oleh pihak yang 
> tidak bertanggungjawab dengan meletakkan label halal pada produk yang 
> haram sehingga mengelirukan umat Islam. 
> 
> Mungkin akibat penipuan tersebut, telah terdapat umat Islam yang 
> menggunakan produk haram sebagai makanan kerana menyangka ia adalah 
> halal. Perkara ini sebenarnya memberikan kesan yang besar terhadap umat 
> Islam khususnya terhadap kebersihan rohani. 
> 
> Setelah diselidiki puncanya, media massa mendedahkan bahawa JAKIM 
> sebagai badan bertanggungjawab sebenarnya hanya mempunyai enam (6) orang 
> penguatkuasa sahaja di seluruh negara bagi memantau pematuhan terhadap 
> penggunaan logo halal. 
> 
> Ini bermakna seorang pegawai bagi setiap hampir tiga juta pengguna 
> Islam. Kelemahan penguatkuasaan ini telah diambil kesempatan oleh pihak 
> tidak bertanggungjawab untuk melakukan penyalahgunaan logo halal untuk 
> memperdayakan pengguna Islam. 
> 
> Ampun Tuanku, 
> 
> Berasaskan isu-isu yang telah patik cerakinkan secara ringkas di atas, 
> patik penuh percaya bahawa Tuanku dapat memahami apakah maksud tersirat 
> yang ingin patik sampaikan kepada Tuanku bagi pihak rakyat, khususnya 
> umat Islam. 
> 
> Patik bagi pihak rakyat sangat berharap supaya Tuanku dapat membawa isu 
> ini kepada Majlis Raja-raja kerana ia melibatkan semua Raja Melayu 
> secara langsung sebagai Ketua Agama Islam negeri-negeri. 
> 
> Berasaskan perkara-perkara di atas, patik dengan ini memohon kepada 
> pihak Tuanku dan Majlis Raja-raja supaya mengambil sikap tegas dan 
> bertindak terhadap perkara-perkara berikut: 
> 
> i. Menghalang perbuatan pemimpin-pemimpin politik yang cuba mencampuri 
> sebarang urusan penguatkuasaan undang-undang, khususnya undang-undang 
> Islam di negara ini; 
> 
> ii. Cadangan penubuhan ICM dibatalkan sama sekali dan sebarang tindarang 
> tindakan ke arah tersebut dianggap menggugat kedudukan Raja-raja Melayu 
> sebagai Ketua Agama Islam; 
> 
> iii. Mengingatkan kepada Perdana Menteri supaya menyiasat dan mengambil 
> tindakan ke atas menteri-menteri yang campur tangan tangan dalam 
> penguatkuasaan undang-undang dan membuat kenyataan-kenyatan yang 
> bertentangan dengan aqidah Islam; 
> 
> iv. Mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang secara 
> terbuka mencabar kesucian Islam Islam kerana ia telah menimbulkan 
> kegelisahan rakyat dan mungkin mendorong tindakan di luar batas 
> undang-undang; 
> 
> v. Mengarahkan supaya jabatan-jabatan agama di seluruh negara 
> memperkasakan bahagian penguatkuasaan mereka sama ada untuk mencegah 
> kemaksiatan, memastikan logo halal tidak disalahgunakan atau untuk 
> menguatkuasakan sebarang peruntukan undang-undang yang lain; dan 
> 
> vi. Mengarahkan supaya JAKIM bertindak tegas terhadap pihak yang 
> memalsukan logo halal. 
> 
> vii. Memperteguh kenyataan Majlis Mufti Kebangsaan yang menyatakan 
> bahawa penubuhan ICM adalah bertentangan denagan ajaran agama Islam. 
> 
> Demikianlah pandangan dan cadangan-cadangan patik bagi pihak rakyat 
> untuk dipertimbangkan oleh KDYMM Tuanku. Patik doakan semoga Seri Paduka 
> Baginda Yang DiPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri 
> Agong serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dilimpahi oleh hidayat 
> Allah SWT. 
> 
> Sekian, patik menjunjung kasih. Ampun Tuanku. 
> 
> Patik yang menjalankan amanah, 
> 
> SALAHUDDIN HAJI AYUB 
> Ahli Parlimen Kubang Kerian 
> Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat 
> 
> DATO ABD HALIM ABD RAHMAN 
> Ahli Parlimen Pengkalan Chepa 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke