Apa yg menjadi persoalan lagi pengerusi jawatan kuasa ini adalah seorang mentari (islam) dari
JPM...dlm hal ini harap semua hidayah group dapat memberi pendapat masing2...malaysia negara islam..!!!!!...mana arah tujunya walaupun seringkali dilaungkan malaysia negara...???
IslahGateway <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
IslahGateway <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Sabtu 26 Mac 2005
Mengawasi Akhlak Masyarakat
Entah apalah nasib umat ini, bertubi-tubi dihadapkan dengan masalah
yang amat menguji jati diri dan kesabarannya. Belum reda isu perlakuan
tidak senonoh remaja Islam yang mengakibatkan tekanan dari berbagai
pihak kepada institusi Islam, JAWI, meletup pula isu penubuhan
Suruhanjaya Antara-Agama (IFC). Belum reda isu IFC yang bakal campur
tangan dalam hal ehwal Islam, timbul pula sosej bertanda halal yang
mengunakan usus babi. Belum reda lagi isu darah-daging itu, timbul
pula cadangan 50 NGO untuk mengkaji semula (baca: mansuhkan) enakmen,
undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan akhlak (moral).
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) memandang serius
perkembangan-perkembangan yang seolah-olah mencabar pendirian kerajaan
dan ketabahan umat. Jika 50 NGO itu mengatakan kawalan tidak berkesan
untuk membenteras keruntuhan moral, adalah wajar mereka mengemukakan
kaedah yang lebih berkesan. Hujah memansuhkan enakmen, undang-undang
dan peraturan moral tidak munasabah kerana itu akan hanya membawa
kepada perlakuan maksiat secara terbuka.
JIM menyeru kerajaan agar bertegas untuk tidak memansuhkan enakmen,
undang-undang dan peraturan ini kerana peranannya sebagai pertahanan
terakhir (last defence) masih perlu walaupun kita meningkatkan usaha
pendidikan dan penyemaian akhlak mulia. Malah JIM berpandangan usaha
membina akhlak mulia perlu diperhebatkan kerana ia juga menjadi
benteng yang menghalang dari perbuatan jenayah.
JIM menyokong penuh pendirian ABIM yang akan menggerakkan usaha di
kalangan NGO Islam dan umat untuk menentang usaha pemansuhan
"undang-undang moral" ini.
JIM juga berpandangan kenyataan kerajaan yang mengkehendaki operasi
jabatan agama mendapat kelulusan pihak polis terlebih dahulu sebagai
merendahkan martabat dan bidang kuasa penguasa agama. Beberapa tahun
lalu pihak polis pernah mengeluarkan kenyataan yang mereka tidak akan
memberi kerjasama dalam menguatkuasakan suatu enakmen yang telah
diluluskan oleh DUN sebuah negeri di Pantai Timur. Oleh kerana itu
tidak wajar polis diberi kuasa dalam isu ini. Lebih baik setiap
operasi dirancang secara bersama.
Zaid Kamaruddin
Presiden
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Do you Yahoo!?
Yahoo! Small Business - Try our new resources site!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
