From: Rozmal bin Malakan <[EMAIL PROTECTED]>
> Date: Thu, 14 Apr 2005 17:29:23 -0700 (PDT)
> Subject: Alhamdulillah, Majlis Mufti &
> Majlis Fatwa bertegas isu moral
> 
> BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
> 
> Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
> Pengasihani
> 
> Assalamualaikum wrt wbt ,
> 
> Alhamdulillah, Majlis Fatwa Kebangsaaan dan
> Mufti-Mufti telah mengadakan muzakarah di Putrajaya
> semalam bagi membincang isu kepentingan umat Islam
> di
> Malaysia. Sesungguhnya ini hanyalah baru permulaan
> sahaja kegemilangan Islam mula bersinar, usaha harus
> terus dilakukan agar golongan-golongan yang inginkan
> kebebasan moral seperti Sisters In Islam atas dasar
> hak asasi manusia tidak terus mempengaruhi
> masyarakat
> kita. Kerana selepas ini golongan-golongan ini tidak
> akan berhenti untuk melakukan usaha atas nama-nama
> lain. Antaranya ialah ialah konsert-konsert yang
> begitu mudah diberi permit oleh pihak berkuasa
> antaranya Konsert Ghariah Goyang Gerudi Gelek Inul
> penyanyi seksi dangdut Indonesia yang akan
> mengadakan
> konsert terbuka di Stadium Merdeka pada 1 Mei , di
> Bulan RabiulAwal , Bulan Maulidur Rasul.
> 
> Dilampirkan risalah ringkas , InsyaAllah, yang dapat
> memberi kesedaran kepada umat Islam di Malaysia
> mengenai kesan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama
> dan
> kesan pemansuhan undang-undang moral. 
> 
> Antara resolusi yang dibuat semasa muzakarah Majlis
> Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan ialah (rujuk
> Utusan
> Malaysia 15 April 2005) :
> 
> 1. Tindakan penguatkuasaan berteraskan amal makruf
> nahi mungkar perlu diteruskan kerana ia dituntut
> oleh
> Islam bagi mempertahankan kewibawaan rakyat dan imej
> sesebuah negara.
> 2. Apabila kita memilih sesebuah kerajaan, kita
> memberi kuasa kepadanya untuk mempertahankan nilai
> moral rakyatnya kerana kerosakan moral itu akan
> membawa banyak bencana kepada negara
> 3. Menjadi tugas kerajaan mempertahan dan menjaga
> kesejahteraan dan kewibawaan rakyat Malaysia
> termasuk
> dari sudut moral dan akhlaknya.
> 4. Soal menjaga moral dalam pengertian Islam bukan
> setakat menangkap orang berkhalwat atau bercumbu di
> padang, tetapi merangkumi amalan seperti rasuah,
> penyelewengan kuasa dan sebagainya
> 5. Undang-undang yang memberi kuasa kepada jabatan
> atau majlis agama Islam supaya menjalankan
> penguatkuasaan mencegah perbuatan orang Islam minum
> arak, berkhalwat dan sebagainya, harus dipertahankan
> 6. Mengingatkan kumpulan NGO agar tidak mencari
> alasan
> mengetepikan kewajipan kepada agama demi kepentingan
> diri.
> 7. Janganlah mencari satu alasan yang sesuai dengan
> kehendak kita, sedangkan kita tahu dalam dunia ini
> tak
> ada kebebasan mutlak sama sekali kerana kebebasan
> yang
> diberi mengikut had atau sempadan tertentu
> 8. Tidak ada sesiapa pun yang tidak tertakluk
> langsung
> kepada undang-undang walaupun dalam merealisasikan
> hak
> asasinya
> 9. Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama tidak
> diteruskan
> 10. Meluluskan garis panduan umat Islam mengenai
> amalan berkongsi perayaan seperti yang diperkenalkan
> kerajaan sejak beberapa tahun lalu
> 
> Semoga Allah memberi kekuatan kepada ulama-ulama,
> guru-guru tarikat, guru-guru tasauf, para pendakwah
> untuk bersatu hati dan tenaga melakukan Amal Makruf
> Nahi Mungkar. Dan kita umat Islam haruslah sentiasa
> bersama dengan golongan para ulama dalam melakukan
> tugas Amal Makruf Nahi Mungkar yang diamanahkan
> Allah
> swt.
> 
> Amin.
> 
> Sekian. Wassalam.
> 
> 
> Layari http://rozmal.blogspot.com





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke