Minyak Kelapa Dara NUFERA : http://www.maynetwork.net/nufera/ AS berundur dari al-Qa'im Sebahagian besar dari tentera AS telah kelihatan mula berundur keluar dari al-Qa'im bermula pada waktu subuh hari Ahad, hanya beberapa jam selepas tentera Allawai dilihat menuju ke arah kawasan tersebut. Dalam laporanya, wartawan Mafkarat al-Islam melaporkan bahawa selepas gagal menawan bandar al-Qa'im yang terletak di sempadan Syriadengan cara melancarkan serangan besar-besaran minggu lalu, sebahagian besar tentera AS telah mula berundur dari kawasan tersebut sejak waktu subuh hari Ahad. Pengunduran tersebut masih berlaku semasa wartawan mengirim laporannya. Wartawan berkata menjelang pagi Ahad, empat konvoi tentera AS telah meninggalkan pinggir bandar di bawah kawalan pesawat pejuang dan helikopter. Konvoi tersebut telah menuju ke arah bandar al-Hadithah, juga di barat Iraq, tetapi ke timur al-Qa'im. Wartawan melaporkan bahawa tentera AS telah bersetuju dengan syarat yang dikenakan oleh pejuang mujahiddin awal minggu lalu selepas usaha mereka menemui kegagalan. Walau bagaimanapun mereka telah menolak syarat yang lain, dan dipercayai bahawa pengunduran dari kawasan bandar pada hari Ahad adalah hasil dari persetujuan AS pada salah satu dari syarat tersebut, di mana dalam syarat tersebut tentera AS hendaklah berundur sekurang-kurangnya enam kilometer dari al-Qa'im. Pada hari Sabtu, sepasukan besar tentera boneka telah dilihat menuju ke arah barat Iraq. Wartawan Mafkarat al-Islam melaporkan bahawa konvoi tersebut telah mula dilihat pada jam 1:00 tengahari dan melalui lebuhraya menuju ke barat dengan dilindungi oleh pesawat AS. Konvoi tersebut dikatakan telah menuju ke bandar di sebelah barat Iraq seperti 'Anah atau Rawah; iaitu bandar yang terletak di antara al-Hadithah dan al- Qa'im. Saksi berkata panjangnya konvoi tersebut dikatakan sejauh lapan kilometer, iaitu bermula dari jambatan as-Saqlawiyah sehingga ke Fallujah. Dalam konvoi tersebut adalah kenderaan pengangkut tentera yang terdiri daripada tentera Allawi. Minyak Kelapa Dara NUFERA : http://www.maynetwork.net/nufera/ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
