assalamualaikum sidang yahoogroups dan sahabat-sahabat yang dikasihi. Saya cuma ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang satu petikan dari ceramah ustaz Shamsuri yang bagi saya begitu menyentuh hati saya dan semoga ianya dapat menyentuh hati sahabat-sahabat juga. Bagi yang pernah mendengar isi ceramah ini, anggaplah ianya satu peringatan dan bagi yang belum pernah anggaplah ianya sebagai salah satu ilmu baru untuk kita lebih mendekatkan diri kita kepadaNya, insyaAllah.

Dalam salah satu ceramah Ust Shamsuri ada menceritakan tentang pada suatu hari, Nabi dan sahabat-sahabat baru selesai berperang dan di dalam perang tersebut Islam telah menang.(wallahua'lam tidak dinyatakan dalam perang mana) Maka tibalah masa untuk para muslimin mengutip harta rampasan perang serta tawanan-tawanan.

Di antara tawanan-tawanan yang berjaya di tawan oleh
kaum muslimin adalah seorang ibu yang telah kehilangan anaknya semasa keadaan gamat berperang sebentar tadi. Ibu tersebut kelihatan amat sedih dan murung. Tetapi tiba-tiba muncul anaknya yang tadinya telah hilang berlari ke arah si ibu tadi.

Si ibu tadi amat gembira dan terus mencium, memeluk
serta terus memberikan susu badannya kepada si
anak. Peristiwa ini diperhatikan oleh Nabi dan
sahabat-sahabat.

Nabi bertanya kepada sahabat."Apakah kalian rasa si
ibu yang tadinya murung bila kehilangan anak, lepas
dia dah jumpa balik anak dia, dipeluk, diciumnya anak tersebut dan terus diberi susu, kalian rasa adakah si ibu tadi gamak untuk mencampakkan anaknya ke dalam api?"(Bagi muslimat yang telah menjadi ibu pasti dapat merasakan betapa kita amat menyayangi anak kita)

Para sahabat menjawab" sudah tentu tidak ya Rasulullah kerana dari tingkahlakunya tadi telah menunjukkan dia sangat sayangkan anaknya itu"

Nabi menjawab"Kalau kalian nak tahu, Allah Tuhan kita sayang kita ni lebih dari sayangnya si ibu tadi kepada anaknya itu"

wallahua'lam
______________________________________________________

Tak taulah saya begitu tersentuh dengan cerita ni
walaupun agak pendek tapi mampu membuat kita berfikir betapa kasihnya Allah kepada kita.Cuma kita sahaja yang selalu ingkar denganNya.

Seringkali nikmat yang diberi olehNya kita lupa tapi
setiap ujian yang amat jarang sekali diturunkanNya
kita  meratapinya dan mengeluh. Sedangkan ujian
tersebut adalah tanda ingat dan kasihNya Allah kepada kita. Sebab hanya orang yang dalam keadaan susah yang selalu ingat pada Allah.Allah nak kita selalu ingat kepada Dia. Allah nak kita selalu mengadu masalah kita pada Dia. Allah nak kita bergantung harap hanya padaNya.

Jadi kalau telah Allah beri serta tunjukkan kasih dan sayangNya kepada kita maka telah menjadi tugas kita sebagai hambaNya menurut segala perintahNya. Hidup ini hanya untuk mendapat redhaNya. Kita masuk syurga bukan sebab banyaknya amalan kita tapi kerana redha Allah. Maka carilah keredhaan Allah di sepanjang hayat kita. Ingat! Allah akan bantu mereka yang membantu agamaNya.

Wallahu a'lam


Don't walk ahead of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me And be my friend
 


Yahoo! Messenger - Communicate instantly..."Ping" your friends today! Download Messenger Now


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke