Beri dadah percuma untuk cegah penagihan bukan cara bertamadun - Haji Hadi
Thursday, April 21 @ 16:58:27 MYT


KOTA KINABALU, 21 April, (Hrk) - Presiden PAS Dato� Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata cadangan kerajan memberikan dadah secara percuma kepada penagih sebagai langkah menangani gejala itu sebagai tidak bertamadun.

Katanya, untuk menyelesaikan sebarang masalah yang melanda masyarakat dan negara mestilah mencari puncanya dan memberikan rawatan dan penyelesaian yang sewajarnya.

�Dalam soal dadah ini, antara kaedahnya ialah mengambil tindakan pemulihan yang menjurus kepada pembinaan rohani, akhlak dan peribadi berasas kepada tuntutan agama termasuk memberikan rawatan pemulihan yang sebaiknya,� kata Tuan Guru ketika diminta mengulas laporan akhbar tempatan mengenai perkara itu dalam satu sidang media di Bilik Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang kelmarin.

Laporan itu menyebut Setiausaha Parlimen Kementerian Keselamatan dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop berkata, cadangan itu boleh diteliti berdasarkan sejarah masa lalu kedai-kedai candu dilesenkan bagi membekalkan candu secara percuma kepada penagih secara sah.

�Mungkin ini boleh dijadikan panduan kepada kerajaan untuk buat kajian� katanya.

Sebelum ini, Baharum Mohamed (BN-Sekijang) dalam perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu mencadangkan kepada kerajaan agar membekalkan dadah secara percuma kepada penagih yang kemudiannya ditempatkan disebuah pulau terpencil bagi memudahkan pemantauan.

Sebagai contoh kata Ustaz Hadi, masalah jenayah seperti rompakan bukan diselesaikan dengan cara melesenkan bagi mengatasi masalah itu.

�Ini adalah cadangan yang tidak bertamadun yang lahir dari pemikiran Islam Hadhari,� tambahnya.

Ustaz Hadi berkata, memberikan pendidikan keagamaan serta rawatan yang bersesuaian dan berterusan adalah lebih baik dan sekaligus dapat mencegah daripada mereka mempengaruhi orang lain.

�Saya melihat punca berlakunya pelbagai masalah dalam negara ini kerana adanya undang-undang yang rapuh dan perlaksanaannya yang mengecewakan,� tegas Ustaz Hadi lagi. - SAM/mns

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke