----- Original Message -----
From: Qimy
Sent: Friday, February 18, 2005 9:17 AM
Subject: RAHSIA MEMOTONG KUKU

***********************
Your mail has been scanned by InterScan.-ITSC, PAVCJM.
***********-***********

Hukum, hikmat potong kuku


KUKU yang diciptakan Allah mempunyai peranan dan kepentingannya kepada
manusia. Dalam Islam, kuku berperanan dalam beberapa perkara hukum yang
tidak seharusnya diabaikan umat Islam. Walaupun dilihat seolah-olah perkara
kecil, kadang-kadang ia menjadi perkara besar. Contohnya, ketika seseorang
masih dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kuku.
Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wuduk atau mandi junub, jika
air tidak atau terhalang sampai ke kuku.



Hukum dan hikmat memotong kuku.

Memotong kuku termasuk amalan sunat. Hal ini disebutkan dalam hadis daripada
Saidatina Aisyah yang maksudnya: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah
(sunah) iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke
hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur
bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: "Aku lupa
yang ke-10 kecuali berkumur." (Hadis riwayat Muslim)


Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan
atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku adalah
menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celahnya.
Kotoran itu jika tidak dibersihkan boleh menghalang air ketika bersuci.


Selain itu, jika kuku dibiarkan panjang dan segala kotoran atau najis
melekat padanya, nescaya ia menjejaskan kesihatan.


Cara dan benda untuk memotong kuku


Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan, kemudian tangan kiri,
memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.


Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan
keseluruhannya daripada jari telunjuk hingga ke jari kelingking dan diikuti
ibu jari. Kemudian tangan kiri daripada jari kelingking hingga ibu jari.


Sementara, kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking
hingga ibu jari. Kemudian kaki kiri daripada ibu jari hingga kelingking.


Harus seseorang memotong kuku menggunakan gunting, pisau atau benda khas
seperti alat pemotong kuku supaya tidak memudaratkan kuku atau jari.


Selesai memotong kuku, segera membasuh tangan (tempat kuku yang dipotong)
dengan air.


Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh
memotong kuku menggunakan gigi kerana boleh mewarisi penyakit kusta.


Waktu memotong kuku


Islam juga mengambil kira waktu memotong kuku yang tidak tertakluk pada
panjang kuku.

Kuku harus dipotong pada bila-bila masa. Bagaimanapun, jangan membiarkan
kuku tidak dipotong melebihi 40 hari. Hal ini diriwayatkan daripada Anas bin
Malik yang maksudnya: "Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai,
memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami
tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam." (Hadis riwayat Muslim)


Menurut Imam Al-Syafie dan ulama Al-Syafi'eyah, sunat memotong kuku sebelum
mengerjakan solat Jumaat seperti disunatkan mandi, bersugi, berharuman,
berpakaian kemas sebelum ke masjid.


Diriwayatkan Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah, katanya, Rasulullah saw
bersabda bermaksud: "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi,
berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian
keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk)
orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja
(sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak
berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus
dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya." (Hadis riwayat Ahmad)


Daripada Abu Hurairah, katanya bermaksud: "Nabi Muhammad memotong kuku dan
menggunting misai pada hari Jumaat sebelum Baginda keluar untuk
bersembahyang." (Hadis riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani)


Sementara, menurut Ibnu Hajar, sunat memotong kuku pada Khamis, pagi Jumaat
atau Isnin.


Menanam potongan kuku

Islam sangat prihatin terhadap memuliakan anak Adam, termasuk anggota
badannya. Kuku yang potong, sunat ditanam dalam tanah sebagai tanda
menghormatinya kerana ia anggota manusia. Hal ini disebut dalam kitab Fath
al-Bari, bahawa Ibnu 'Umar menanam potongan kuku'.


Memotong kuku ketika haid, nifas dan junub

Menurut kitab Al-Ihya, jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas
besar, jangan memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong
sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Hal ini kerana
segala potongan itu pada akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan
junub.


Memanjangkan kuku

Tabiat memanjangkan kuku bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad yang
menggalakkan supaya memotong kuku. Jika dibiarkan kuku panjang, nescaya
banyak perkara yang membabitkan hukum seperti wuduk, mandi wajib dan
sebagainya.


Selain itu, antara perkara sunat yang dilakukan bagi orang sakit atau hampir
nazak adalah mengelokkan diri iaitu dengan memotong kuku, misai, mencabut
bulu ketiak, mencukur bulu ari, bersugi, mandi, berwangian dan memakai
pakaian yang bersih.


Imam Al-Syafie tidak menyatakan dalam kitabnya sunat memotong kuku mayat,
tetapi beliau menyatakan perselisihan pendapat antara gurunya dalam
menggalak dan meninggalkan perbuatan memotong kuku mayat. Beliau memilih dan
mentarjih pendapat untuk meninggalkan perbuatan memotong kuku mayat.


Pendapat yang betul adalah membiarkan kuku mayat kerana segala anggota mayat
itu dimuliakan dan tidak ada hadis sahih yang menggalakkan memotong kuku
mayat. Malah, makruh hukumnya jika berbuat demikian. Demikian juga menurut
Imam Ibnu Hajar, pendapat yang azhar adalah makruh memotong kuku mayat.


Adapun orang yang meninggal ketika dalam ihram haji atau umrah, haram
dipotong kuku mayat itu, seperti haram mewangikan tubuh badan dan memotong
rambutnya. Ini diibaratkan keadaannya ketika masih hidup, dengan haram ke
atasnya memotong kuku ketika ihram. Namun, jika kuku mayat itu menyukarkan
tukang mandi untuk membersihkannya, tidak mengapa jika dipotong dan tidak
juga dikenakan dam ke atas orang yang memotong kuku itu.

"ZARINA PDZ (pkl)" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:


> >RAHSIA MEMOTONG KUKU

> >

> >RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG

> >ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya

> >pada ;

> >

> >* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam

> >tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

> >

> >* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya

> >kekayaan dan masuk kemiskinan

> >

> >* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan

> >masuk sihat

> >

> >* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat

> >dan masuk penyakit

> >

> >* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-

> >was dan masuk kepadanya kepapaan.

> >

> >* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila

> >dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

> >

> >* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya

> >seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan

> >masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
With effect from 23 January 2005, Panasonic AVC Networks (M) Sdn Bhd, Pasir Gudang, Johor,has migrated
its e-mail domain from [EMAIL PROTECTED] to [EMAIL PROTECTED]
Please refer to this sender address as example.



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke