Ulama Umno dicabar batal Konsert Inul
Saturday, April 23 @ 16:03:14 MYT


Oleh Saidatul Amani
KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Dewan Ulama Wilayah Persekutuan mencabar para ulama Umno supaya bertegas membatalkan Konsert 'Fenomena Dangdut Inul Daratista' kerana ia merupakan hiburan yang amat bercanggah dengan syariat Islam serta prinsip Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Ketuanya, Ustaz Salleh Sani Al-Hafiz terkilan kerana sehingga ini tidak ada satu suara bantahan daripada para ulama yang duduk dalam Umno terhadap konsert Inul Daratista yang akan menambahkan kelalaian serta merosakkan akhlak muda-mudi Islam.

Menurut beliau, sejak Malaysia melaksanakan Islam Hadhari terlalu banyak hiburan yang bercanggah dengan syariat Islam dibenarkan umpamanya konsert Scorpions, konsert Aid Tsunami yang mengundang artis dari Barat dan akan datang ini pula konsert Inul Daratista.

Beliau berkata, semua bentuk hiburan itu akan membawa kepada kerosakan akhlak muda-mudi dan apabila akhlak mereka telah rosak maka negara akan menjadi huru-hara dan runtuh.

Menurutnya, pepatah Arab mengatakan; "Sesuatu bangsa jadi gagah disebabkan akhlak muda-mudinya dan kalau runtuh maka akan hilang suatu bangsa itu."

Tambah beliau, kerajaan seolah-olah menentang hukum daripada Allah dan ini jelas apabila Mufti Perak, Dato' Seri Dr Haji Harussani Haji Zakaria telah mengeluarkan hukum bahawa konsert Sureheboh itu haram.

Baginya, jika kerajaan Umno mahu muda-mudi menjadi generasi yang berguna untuk bangsa, negara dan agama kerajaan perlu melaksanakan sistem pentadbiran dengan kembali pada al-Quran dan sunnah.

"Kalau kita mahu menjadi orang yang gagah kita perlu baiki akhlak serta khusyuk dalam solat, dan kita perlu mematuhi ciri-ciri sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Islam, " katanya ketika dihubungi Harakahdaily, tengahari tadi.

Menurutnya, kerajaan perlu menekankan rakyatnya supaya membanyakkan pengabdian diri kepada Allah bukan sahaja terhadap solat tetapi dalam keseluruhan kehidupan seharian.

Beliau berkata, untuk menjadi mukmin yang gagah umat Islam wajib menjaga maruah diri serta tidak bebas pergaulan di antara lelaki dan perempuan, kaum wanita menutup aurat manakala lelaki pula perlu menjaga pandangan.

Katanya, jika ciri-ciri itu tidak ada dalam negara ini maka akan bertambah parah gejala sosial dari peringkat bawah hingga atasan yang akhirnya akan mengakibatkan keruntuhan suatu ummah.

Selain itu tambah beliau, pemimpin juga perlu menjaga amanah agar tidak rasuah barulah mereka dianggap manusia yang berjaya.

Sehubungan itu beliau berkata, ulama Umno telah menjadi pak turut dengan mendiamkan diri kerana menjaga kepentingan pangkat.

Katanya, "kita mengharapkan mereka dapat menyatakan kebenaran dan berani menanggung risiko kerana bila duduk dalam Umno mereka perlu mengubah apa sahaja kelalaian dan kerosakan yang berlaku." - mks.

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke