Pengguna, penduduk Pulau Pinang bantah kenaikkan tambang feri
Friday, April 22 @ 16:42:59 MYT


Oleh Mohd Sabri Said
BUTTERWORTH, 22 April (Hrkh) - Hampir seratus penduduk termasuk daripada parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melahirkan bantahan mereka terhadap kenaikkan tambang feri yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Bantahan yang dibuat pada pagi tadi di hadapan kaunter Penang Port Sdn Bhd (PPSB) jelas menggambarkan rasa tidak puas hati penduduk dan pengguna feri Pulau Pinang yang sering menggunakan perkhidmatan tersebut setiap hari.

"Ketiadaan sebarang bantahan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap kenaikan tambang feri membuatkan rakyat negeri ini terus ditindas" kata, Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pulau Pinang, Cheah Kah Peng.

Ujar beliau, kerelaan kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon termasuk tidak membawa usul membantah ketika Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kali Ke Sebelas beberapa hari lalu membuktikan mereka tidak membela rakyat sebaliknya mementingkan kedudukan sahaja.

"Kita kesal Kerajaan Negeri tidak langsung prihatin tentang kenaikan tambang feri yang secara jelas membebankan rakyat bawahan, " jelas beliau.

Kenaikkan 10 peratus sehingga 100 peratus membabitkan pejalan kaki, basikal, motosikal, kereta dan kenderaan berat lain.

Contoh katanya, pejalan kaki akan menikmati kenaikan dari RM0.60 sen kepada RM1.20, motosikal RM1.40 kepada RM2.00 manakala basikal dari RM0.70 naik ke RM1.40 sen.

"Kenaikkan ini benar-benar membebankan golongan berpendapatan rendah. Gaji tak naik tapi pengangkutan meningkat, " terangnya.

Kini sambung beliau, Kerajaan Negeri umpama 'Pak Turut' kerana mengiakan tindakan Kerajaan Pusat yang mahukan kenaikan tanpa memperdulikan nasib rakyat.

Tidak mustahil ujar Cheah, tol jambatan Pulau Pinang akan dinaikkan berikutan langkah menaikkan tambang feri.

"Jadi rakyat yang ingin berurusan melalui kedua-dua laluan terperangkap dalam keputusan kerajaan selepas memenangi pilihan raya umum lalu, " tegasnya.

Menurut beliau, nasib rakyat terus tertekan selagi memberi mandat kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN). Jesteru itu, rakyat kena menilai secara halus supaya kerajaan yang dipilih tidak mempergunakan kesempatan undi untuk mencari keuntungan.

Ini merupakan 'hadiah' kepada rakyat negeri ini yang telah memberikan kepercayaan kepada BN memerintah.

"Kita anggap semua kenaikkan barangan sama ada keperluan dapur, minyak kenderaan dan pemakanan sebagai hadiah dari kerajaan untuk mereka yang bersusah payah memenangkan BN dalam pilihan raya umum lalu, " tegasnya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.

Hadir sama menjayakan piket berhampiran kaunter Penang Port Sdn Bhd (PPSB) itu ialah Ketua Wanita PKR Negeri, Puan Aminah Abdullah dan Ketua Angkatan Muda PKR Negeri, Amirzudin Ahmat. - mks.

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke